Wednesday, January 07, 2009

Dividen ASB 2008

Pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengumumkan bahawa pulangan pelaburan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2008 ini adalah sebanyak 7.00 sen seunit (dividen/pendapatan) manakala 1.75 sen seunit untuk bonus.

Tahun ini (2008) :

Dividen/Pendapatan = 7.00 sen seunit.
Bonus = 1.75 sen seunit.






Prestasi Dari 1993 hingga 1997

  • 1993: Dividend=9.00, Bonus=4.50*
  • 1994: Dividend=9.00, Bonus=4.50*
  • 1995: Dividend=10.0, Bonus=3.00*
  • 1996: Dividend=10.25, Bonus=3.00*
  • 1997: Dividend=10.25, Bonus=1.25*
  • 1998: Dividend=8.00, Bonus=2.50*
  • 1999: Dividend=10.5, Bonus=1.50*
  • 2000: Dividend=9.75, Bonus=2.00*
  • 2001: Dividend=7.00, Bonus=3.00*
  • 2002: Dividend=7.00, Bonus=2.00**
  • 2003: Dividend=7.25, Bonus=2.00**
  • 2004: Dividend=7.25, Bonus=2.00**
  • 2005: Dividend=7.25, Bonus=1.75**
  • 2006: Dividend=7.30, Bonus=1.25**
  • 2007: Dividend=8.00, Bonus=1.00**

berita mengenai pengagihan dividen untuk pelabur-pelabur ASB bagi 2008.

******

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hari ini mengisytiharkan agihan pendapatan 7.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2008.

Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu juga mengumumkan bonus sebanyak 1.75 sen seunit.

Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan itu akan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM4.22 bilion, hampir sama dengan peruntukan yang dibuat bagi agihan pendapatan ASB tahun lepas.

Bahagian bonus itu akan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM678.03 juta oleh PNB, kata beliau kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini.

Menurut Ahmad Sarji, pembayaran itu akan memberi faedah kepada 6.56 juta pemegang unit yang kini memegang 62 bilion unit ASB.

Sehingga 10 Dis, 2008, ASB mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM5.14 bilion dan pendapatan dividen daripada syarikat penerima pelaburan yang menyumbangkan RM3.12 bilion atau 60.71 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham pada RM1.58 bilion atau 30.75 peratus.

Selebihnya daripada pendapatan sebanyak 8.54 peratus atau RM439 juta diperoleh daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan lain.

Agihan pendapatan dan bonus akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit masing-masing yang boleh mengemas kini akaun mereka mulai 2 Jan 2009.

Semua transaksi bagi ASB di ibu pejabatnya, pejabat dan ejen-ejen ASB akan digantung mulai 9 Dis hingga 1 Jan ini bagi mempermudah pengiraan agihan pendapatan dan bonus.

ASB ialah dana pendapatan ekuiti harga tetap, yang dibuka untuk Bumiputera berusia 12 tahun ke atas, yang bertujuan menjana pendapatan jangka pendek, pulangan yang konsisten dan kompetitif kepada pemegang unit sambil memastikan pengekalan pulangan pada paras toleransi risiko yang minimum.

Presiden dan ketua pegawai eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata di bawah keadaan pasaran yang tidak stabil, rizab empat peratus dibawa ke tahun depan.

“PNB menyusun semula kedudukannya dengan kerap kerana kami adalah pengurus dana jangka panjang. Kami mahu mengekalkan prestasi dan portfolio kepada pulangan yang sentiasa memberikan pulangan yang kompetitif,” katanya.

No comments: