Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya.
Sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku."
(Riwayat Bukhari)
Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu menjadi perkara yang rumit dan menyusahkan. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Ramai di antara kita yang beranggapan untuk berkahwin memerlukan kenderaan, memiliki rumah besar, wang yang banyak dan sebagainya. Cuba kita renungkan dan mengambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1,400 tahun dahulu yang boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya Allah.
Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi, Rasulullah SAW terus menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin. Lelaki tersebut sangat gembira dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin.
Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, "Ya Rasulullah! Aku telahpun berkahwin, tetapi masih dalam keadaan miskin. Apa yang harus aku lakukan wahai Rasulullah?". "Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat.
Si lelaki tersebut tidak banyak bertanya. Beliau mempercayai Rasulullah SAW sepenuhnya kerana tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : "Wahai Rasulullah, isteriku sudah dua pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah...?" keluh lelaki itu." Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga.
Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati, beliau menemui Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. "Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus aku lakukan? ", adu lelaki itu. "Berkahwinlah lagi,"kata Rasulullah. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat.
Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada ketiga-tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi keperluan rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah rezeki dengan menikah"
(Riwayat Ibnu Abbas)
Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. "
(Surah an-Nur : 32)
Dengan mengambil iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan
Saturday, October 27, 2007
4 Cara Untuk Kekalkan Keimanan
KENIKMATAN memiliki iman yang sebenar adalah cita-cita mulia setiap hamba Allah. Tetapi, ramai yang hampa ketika beribadat. Ritual yang dijalankan hanya sekadar melepas tanggungjawap fardu, tetapi di manakah kenikmatan dan kemanisannya?
Apakah khilafnya sehingga diri terasa jauh daripada Allah walaupun tidak meninggalkan ibadat fardu dan sunat? Bukankah Allah berfirman dalam hadis qudsi bermaksud: “Tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku melainkan seperti mereka yang mengerjakan apa-apa yang Aku fardukan ke atas mereka. Dan sentiasalah hamba-Ku menghampirkan diri kepada-Ku dengan yang sunat sehingga Aku mencintainya, maka apabila Aku telah mencintainya Akulah pendengaran yang dengannya ia mendengar dan Akulah penglihatan yang dengannya ia melihat dan Akulah lidah yang dengannya ia bercakap dan Akulah tangan yang ia menyentuh dan Akulah kaki yang ia berjalan dengannya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Hadis di atas menerangkan bahawa sesiapa yang sudah mengerjakan fardu dan sunat dalam ibadat hariannya, semestinya akan menjadi manusia baru yang sempurna keperibadiannya.
Tetapi mengapa hati kita tidak dapat meresapi kasih Allah itu. Mungkinkah kerana terlalu yakin sehingga melahirkan sikap berpuas hati dengan iman dan amal? Kita merasakan syurga di depan mata sedang menanti, padahal itu hanya tipu daya syaitan yang menghiasi pandangan mata. Akhirnya, kita meremehkan dosa maksiat kerana berasakan ada modal ibadat yang telah dilakukan.
Ada beberapa cara untuk mengekalkan iman dan rasa takut kepada Allah.
Tetapi, jangan jadikan hadis di atas sebagai pukulan yang mematikan hasrat untuk beramal. Hal ini cukup berbahaya! Hikmah hadis ini diajarkan oleh Rasulullah agar kita tidak sombong dengan amal salih dan berasa cukup terjamin dengan ibadat itu. Sehingga perasaan takut itu menjadi pemacu kepada kuat beramal ibadat.
Rasulullah bersabda: “Tidak ada seorang daripada kamu melainkan telah dituliskan tempat duduknya di neraka dan tempat duduknya di syurga.” Lalu mereka berkata: “Ya Rasulullah kalau begitu maka apakah kami patut berserah saja kepada tulisan kami dan tinggalkan amal? Rasulullah bersabda: “Beramallah kamu, maka semuanya akan dipermudahkan kepada apa yang telah dituliskan bagi kamu. Adapun orang yang berbahagia, maka ia akan beramal dengan amal golongan bahagia. Dan orang yang celaka, maka ia beramal dengan golongan orang yang celaka.”

- Pertama, ingatlah kepada roh kita ketika berada dalam rahim ibu yang dikasihi. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan ruh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan perbuatan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan, lalu ia pun mengerjakan amalan ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tetapi, jangan jadikan hadis di atas sebagai pukulan yang mematikan hasrat untuk beramal. Hal ini cukup berbahaya! Hikmah hadis ini diajarkan oleh Rasulullah agar kita tidak sombong dengan amal salih dan berasa cukup terjamin dengan ibadat itu. Sehingga perasaan takut itu menjadi pemacu kepada kuat beramal ibadat.
Rasulullah bersabda: “Tidak ada seorang daripada kamu melainkan telah dituliskan tempat duduknya di neraka dan tempat duduknya di syurga.” Lalu mereka berkata: “Ya Rasulullah kalau begitu maka apakah kami patut berserah saja kepada tulisan kami dan tinggalkan amal? Rasulullah bersabda: “Beramallah kamu, maka semuanya akan dipermudahkan kepada apa yang telah dituliskan bagi kamu. Adapun orang yang berbahagia, maka ia akan beramal dengan amal golongan bahagia. Dan orang yang celaka, maka ia beramal dengan golongan orang yang celaka.”
- Kedua, takut jika amal tidak diterima oleh Allah. Mungkin amal yang dibuat itu terlalu kotor dengan riak atau kerana terpaksa, bukan lahir dari hati dan kerana Allah. Atau mungkin beramal kerana sombong dan berasa kita yang menggerakkan tubuh badan untuk beramal. Padahal, semua itu adalah gerakan kuasa Allah Yang Maha Besar. Kerana petunjuk Allahlah kita beribadat bukan kerana semangat yang membara atau ilmu yang menggunung atau sebutan dan sanjungan manusia kepada diri kita. Tanyakan pada diri sendiri adakah amal ini tidak terjangkit oleh kuman yang merosakkannya?
- Ketiga, takut kepada kematian ketika beramal. Maka akan lahirlah perasaan takut kepada kuasa Allah. Kita mahu ketika ajal sampai, sedang beribadat kepada Allah dan takut kepada-Nya. Masa begitu singkat, maka gunakan ia untuk sebenar-benar penghambaan. Rasulullah bersabda: “Manusia akan dibangkitkan menurut cara kematiannya.”
- Terakhir, takut kepada Allah dengan mengingati hari terpenting dalam hidup iaitu hari akhirat. Saidatina Aisyah menanyakan persoalan paling romantik kepada kekasihnya Nabi Muhammad: “Wahai kekasihku, Ya Rasulullah, di manakah tempat orang yang mencintai tidak ingat kepada yang dicintai? Jawab Baginda: “Ada tiga tempat yang ia tidak ingat iaitu: Pertama ketika ditimbang amal apakah ringan atau berat. Kedua ketika menerima catatan amal sehingga tahu dengan tangan kanan atau kiri. Ketiga ketika keluar ular besar dari neraka yang mengepung mereka dan berkata: “Aku disuruh mencari tiga jenis manusia; Orang yang syirik, orang yang kejam dan zalim serta orang yang tidak percaya dengan hari ini.”
Subscribe to:
Posts (Atom)