Sunday, August 19, 2007

Budu Oh Budu....


Misteri yang baru terungkap Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelantan - Budu - atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia , New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes,kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare,penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah.

Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 riboflavin) ,asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12(sianokobalamin) .

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitamin ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi,kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser,penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh.Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu,di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain. Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti,stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan,mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tghari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan. oleh itu, jgn kutuk budu, makanlah budu beramai-ramai.

Tuesday, July 24, 2007

Sikap positif bawa kejayaan di dunia, akhirat


PERSAINGAN hidup penuh mencabar yang mewarnai pentas alam maya ini menuntut manusia bersabar dan bersemangat waja dalam melayarkan bahtera kehidupannya menuju matlamat disasarkan.

Salah satu daripada sifat yang sewajarnya menjadi perhiasan diri seseorang manusia untuk mencipta kejayaan dalam hidupnya ialah berfikiran positif. Secara harfiah, berfikir positif dapat didefinisikan sebagai satu pandangan atau sikap seseorang yang sentiasa memandang baik terhadap segala keadaan menimpa dirinya.

Dalam istilah bahasa Arab, perkataan berfikiran positif lebih dikenali sebagai Husnu al Zhan yang bermaksud berprasangka baik iaitu lawan kepada perkataan Su’u al Zhan yang bermaksud berprasangka buruk.

Antara kedua-dua sifat berlawanan itu, Islam menganjurkan umatnya supaya bersifat berprasangka baik dalam hidupnya berbanding dengan berprasangka buruk yang tercela.

Perlu diinsafi bahawa sikap prasangka memainkan peranan penting dalam mencorak dan menentukan hala tuju hidup seseorang manusia. Menurut Razzi Armansur dalam bukunya Hidup Untuk Menang menegaskan, apa yang disangka itulah yang selalunya terjadi.

Selain prasangka buruk dihantar ke otak untuk diproses bagi menghasilkan penjara sendiri, prasangka juga adalah doa dalam senyap. Apabila anda berprasangka buruk, bermakna anda sedang berdoa di dalam hati, mendoakan sesuatu yang buruk supaya terjadi.

Ini memang tidak disedari, tetapi itulah yang selalunya terjadi. Semua orang tidak mahu dan sentiasa mengelakkan yang buruk tetapi itulah selalu yang diminta dan didoakan. Kerana itu Islam menyuruh dan menggalakkan supaya umatnya berprasangka baik. Berprasangka baik bermakna hati sedang berdoa supaya mendapat kebaikan dan kejayaan.

Prasangka buruk merugikan. Tidak ada kejayaan dan kemenangan dalam kehidupan, perniagaan, pelajaran dan apa saja jika berprasangka buruk. Kenyataan itu disokong Imran Jafar dalam bukunya Kunci Kejayaan Napoleon Hill dengan menegaskan, sikap mental positif ialah sikap mental yang betul dalam sebarang keadaan dihadapi dan biasanya terdiri daripada ciri positif seperti kepercayaan, integriti, harapan, sikap optimis, keberanian, inisiatif, murah hati, toleransi, kebijaksanaan, baik hati dan akal budi yang baik.

Ditambah lagi, sikap mental positif adalah salah satu daripada 17 prinsip kejayaan yang diperkenalkan Napoleon Hill sebagai inti pati tindakan dan sikap setiap orang yang pernah mencapai kejayaan berkekalan.

Oleh sebab itulah, Rasulullah SAW menyanjungi seorang mukmin yang berfikir positif dalam hidupnya, bahkan sifat itu adalah antara ciri mukmin sejati. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Amat menakjubkan sikap seorang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Sikap ini sebenarnya tidak pernah wujud pada umat lain kecuali kepada golongan mukmin. Apabila seseorang mukmin itu memperoleh kebaikan, dia terus bersyukur kepada Allah dan itu adalah baik baginya. Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya.” (Hadis riwayat Muslim)

Seseorang mukmin sejati sudah pasti menginsafi bahawa hal baik mahu pun buruk dalam kehidupan ini akan datang silih berganti menimpa dirinya. Pada satu ketika, dia mengecapi nikmat kesenangan yang dikurniakan Allah dan mungkin pada satu ketika lain. dia akan ditimpa kesusahan dan kesedihan yang menguji kesabarannya.

Begitu juga pada waktu ini dia diulit kesihatan memuaskan yang memungkinkan dia melakukan sesuatu kerja dengan lancar sekali dan pada waktu lain, dia ditakdirkan jatuh sakit hingga kerja rutin hariannya akan terbantut buat seketika.

Ada juga yang mudah memperoleh limpahan rezeki datang mencurah-curah yang dianugerahkan Allah. Sedangkan pada ketika lain, dia akan rasa kesukaran mendapatkan rezeki biarpun sesuap nasi walaupun tenaga dikerahkan dan keringat dicurahkan. Namun semuanya itu sudah menjadi ketetapan dan ketentuan Ilahi yang mengatur dan menyusun perjalanan alam maya terbentang luas.

Perjalanan hidup dilalui setiap makhluk tidak tetap dan sentiasa berubah dari satu masa ke satu masa yang lain, dari satu keadaan kepada keadaan lain menurut sunnatullah yang termaktub di Loh Mahfuz.

Keadaan itu bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkannya antara sesama manusia (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya).” (Surah Ali-Imran, ayat 140)

Bagi seorang mukmin yang mengaku beriman kepada Allah, tetap akan menerima apa yang berlaku dalam hidupnya dengan penuh reda dan insaf, tidak kira peristiwa itu manis atau pahit, suka mahu pun duka.

Oleh itu, apabila seorang mukmin menerima kebaikan dan nikmat kesenangan, maka dia akan memanjatkan kesyukuran tidak terhingga kepada Allah di atas kurniaan nikmat itu. Pengertian syukur di sini tidak hanya terbatas kepada ucapan syukur Alhamdulillah ratusan kali, malah ia mesti dijelmakan dalam bentuk praktikal amali supaya kebaikan dan nikmat kesenangan yang diperoleh itu bukan saja bermanfaat untuk dirinya bahkan kepada orang lain, seumpama berzakat, bersedekah, menderma serta mewakafkan harta.

Dalam ketika lain, apabila seorang mukmin itu ditimpa musibah atau kesusahan kepada dirinya, keluarganya, hartanya dan hidupnya, dia akan bersabar dan tidak pula rasa keluh kesah. Mereka meyakini Allah menyediakan ganjaran berlipat ganda atas kesabaran.

Allah berfirman yang bermaksud: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang bersabar. (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jugalah kami kembali. Mereka itu ialah orang yang dilimpahi pelbagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 155 - 157)

Selama seseorang manusia itu menjalani hidup ini bersesuaian dengan sunnatullah berbekalkan iman dan takwa di sudut jiwa serta tidak bercanggah dengan batas agama dan nilai hidup yang murni, ini bermakna musibah dan kesulitan itu sebenarnya ujian Allah. Sedangkan Allah sendiri menimpakan ujian lebih berat kepada orang yang lebih kuat imannya kepada-Nya. Dari sinilah wujudnya buah kesabaran dan ketabahan yang akan bertapak kukuh dalam sanubari hamba yang bertakwa.

Sehubungan itu, Allah berfirman yang bermaksud: “Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang berlaku kepada orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh) sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman yang ada bersertanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Surah al-Baqarah, ayat 214)

Sebaliknya, jika musibah dan bencana yang timbul itu akibat daripada ingkar terhadap peraturan Allah dengan melakukan larangan-Nya, maka tidak ada jalan keluar daripada musibah melainkan dengan bertaubat nasuha kepada Allah.

Demikianlah bagaimana Islam menganjurkan umatnya menghiasi dirinya dengan sifat sabar dan bersikap positif dengan harapan matlamat kebahagiaan sejati dan keredaan Ilahi di dunia dan akhirat akan tercapai.

Friday, July 06, 2007

Ini cerita benar....Astaghfirullah hal azim!!

Firman Allah SWT, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran..."

semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang, dalam kereta, saya dengar satu cerita yang sungguh dahsyat. cerita ini diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung. ini cerita benar sekali.....

satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil.
tiada apa yang terjadi disana.

dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai. di satu persimpangan susur keluar lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam.

mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. tapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati.
sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya. mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini.

pemandu mpv mewah itu telahpun mati terkulai dikerusi pemandu kerana kecederaan parah dikepala. mpv tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menhimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.

di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia. seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam duapuluhan. tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain. dahsyat sekali. tulang punggung wanita itu pula hancur.

lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih didalam kemaluan wanita itu. langsung mereka tidak dapat dipisahkan. lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala. dan sayup-sayup kedengan suaranya memanggil.. mummy....mummy. ...mummy. .....tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.

ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. mereka mesti melakukanya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.

dalam kegelapan malam itu mereka mertungkus lumus membuat apa yang patut. dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangan dengan gaya orang yang tersangat marah. dalam hati ahli bomba itu berkata ' Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah dia malaikal maut yang dikatakan itu"

mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang tidak dapat dipisahkan itu. pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang memanchar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan. Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi???

Selepas memeriksa dukumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. agama yang tertera dalamnya ialah islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur.........

beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah. balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang. Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain.

apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat? mereka akan melakukan kemungkaran hasil pengaruh kita. selagi mereka melakukanya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu. apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? itulah tanggungan kita hinggalah keakhir hayat mereka dan cucu cicit mereka.

akan datang apabila kita telah berumur, janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita, mengapa anaku cacat? mengapa aku, anaku cucuku kena kanser? mengapa berlaku kemalangan yang dahsyat hingga mencacatkan aku, anaku dan ahli keluarga ku?
mengapa aku di tipu?, mengapa aku, anaku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum?

sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak. Bertaubat dan kembalilah kejalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia.Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun sebesar mana sekalipun. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita.

renungkanlah. ....... dan selamat beramal..... ...

Friday, June 29, 2007

Mengaku secara sedar kehebatan diri kunci kejayaan

SEORANG insan yang bertaubat daripada keterlanjuran mempunyai rasa harga diri sangat rendah membawa kepada putus asa, malah ada membunuh diri. Kesakitan fizikal, seksaan mental dan deraan emosi memang tidak tertanggung. Pandangan negatif yang menghina penuh celaan daripada masyarakat keliling memang tidak dapat dielakkan.

Itu hanya seksaan dan balasan di dunia. Untuk menghadapi cabaran dahsyat ini, selain mendekatkan diri kepada Allah kita perlu bina kekuatan dalaman. Proses membersih diri adalah tazkirah yang perit daripada Allah. Perkara itu lebih dirasai apabila seseorang wanita itu mengandung dan melahirkan anak tanpa mempunyai suami sah.

Kesan peristiwa ini sangat mendalam dalam diri mereka, malah menghantui kehidupan mereka sehingga akhir hayat. Mereka ini tiada pilihan kecuali bertaubat nasuha, reda menerima ujian Allah dan cuba melawan perasaan berdosa, hina dan memperkasa diri.

Memperkasa diri melawan perasaan hina diri memerlukan seseorang mengubah gaya hidup, menukar cara bersosial, mencari rakan baru yang salih dan paling penting berfikiran positif. Perkara yang sukar dilakukan pada awalnya boleh membuahkan hasil menakjubkan.

Seseorang itu akan rasa lebih tenteram, sihat mental, bertenaga dan positif menjalani kehidupan. Sentiasa beristighfar (memohon ampun) kepada Allah dan sentiasa memperbaharui niat untuk melakukan amalan salih dan tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi.

Anak kunci kepada kejayaan adalah terus melakukan perubahan positif dan ia bermula dengan mengenali diri. Cabaran untuk mengenal diri bermula dengan memahami dan menerima diri kita. Ia bukan bermaksud kita tidak boleh memperbaiki diri. Jika kita fikir tidak cukup baik, kita mesti belajar bekerja lebih kuat, berubah menjadi lebih baik dan memperbaiki diri .

Sering kali kita mencari faktor luaran dan percaya bahawa kita kekurangan kasih sayang, ilmu, kejayaan dan kepuasan. Jarang sekali kita mengaku secara sedar bahawa tenaga atau kuasa hebat itu berada dalam diri kita. Cabaran kita sebagai manusia adalah untuk sedar apa yang sekarang ini berada di bawah sedar.

Setiap insan dilahirkan dengan pelbagai potensi berjaya seperti firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami mencipta insan dalam bentuk penciptaan yang terbaik.” (Surah At-Tin, ayat 4)

Kita dilahirkan dengan anugerah, kebolehan, kekuatan dan keperibadian tersendiri yang menjadikan kita unik dan berbeza daripada orang lain. Sepanjang kehidupan, kita juga memperoleh pelbagai kemahiran dan ilmu yang membolehkan kita menjalani kehidupan dengan cara tersendiri. Kebanyakan kita bersikap agak tertutup untuk mengenali kekuatan dan cara kita yang tersendiri.

Bila kita mengenali diri, kita akan kurang terikat kepada diri dan keunikan akan terserlah. Kita juga akan menjalani hidup dengan menggunakan potensi diri secara optimum. Nur hidayah Allah sentiasa menerangi seluruh alam dan hambanya.

Firman Allah yang bermaksud: “Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah misykaat yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca, gelok kaca itu laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak daripada pokok yang banyak manfaatnya; (iaitu) pokok zaitun yang bukan saja disinari matahari semasa naiknya dan bukan saja semasa turunnya; hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinar nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda): cahaya berlapis cahaya, Allah memimpin sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang dan peraturannya) kepada nur hidayahnya itu; dan Allah mengemukakan pelbagai contoh perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah An- Nur, ayat 35)

Penghalang kepada perubahan dan kemajuan diri adalah kita sendiri. Oleh itu, antara rahsia kejayaan diri adalah berdoa, berzikir, bersembahyang, bertafakur, melakukan muhasabah diri dan menggilap hati. Ia bagi memastikan nur hidayah Allah dapat menembusi diri kita dan tidak terhalang oleh hati gelap.

Apapun, kita sering kecundang dalam usaha menyerlahkan potensi kerana masalah dan cabaran. Daripada perspektif spiritual, masalah dan cabaran bukanlah ancaman, tetapi ia membuka ruang untuk kita memahami dan menerima kenyataan mengenai diri.

Dengan berbekalkan kesedaran, kesungguhan, keikhlasan, sikap terbuka dan tawakal yang tinggi kita dapat memenuhi antara ciri masyarakat bertamadun iaitu memperkasakan diri.

Peluang huni syurga besar, tetapi tak direbut


DARIPADA Abdullah, katanya Rasulullah SAW bersabda kepada kami: “Tidakkah kamu gembira bahawa satu perempat daripada penghuni syurga itu daripada kamu?” Kata Abdullah, kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula Baginda: “Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu daripada kamu?” Kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah SAW berkata: “Sesungguhnya saya mengharap bahawa satu perdua daripada penghuni syurga itu daripada kamu. Ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.” (Hadis riwayat Muslim)

Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah yang benar dan diredai Allah. Namun, fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain.

Betapa mudahnya iman mereka goyah kerana godaan dan hasutan duniawi. Oleh itu, benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai, namun nilaian mereka hanyalah seperti buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan.

Mereka mudah dipermainkan pihak musuh, bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu sama lain. Justeru, peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang itu tidak direbut oleh semua orang.

Ramai berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang kafir.

Wednesday, June 13, 2007

Tips Pengurusan Kad Kredit Anda...

Dengan hasil pulangan sebegini lumayan, hampir kesemua bank berebut-rebut untuk mendapatkan pelanggan bagi menguasai pasaran kad kredit di Malaysia, samada melalui pelanggan baru mahupun pindahan baki dari kad kredit lama. Ini termasuklah Bank Islam yang juga telah memperkenalkan kad kredit mereka sendiri yang berbentuk pembiayaan Islamik. Saya berpendapat, bukan menjadi satu kejutan lagi, jika lebih banyak institusi kewangan lain seperti Bank Rakyat, Malaysian Building Society, Syarikat Insurans & syarikat Unit Trust turut ‘terjun’ ke dalam pasaran ini nanti, samada secara terus menerus, mahupun melalui anak syarikat mereka.

Perkara-Perkara Asas Mengenai Kad Kredit

Untuk melangsai hutang kad kredit, memang tiada jalan lain untuk anda selesaikannya melainkan anda membayar balik apa yang sudah terhutang. Sebelum merangka plan atau strategi untuk menyelesaikan kad kredit, anda perlu sedar beberapa perkara mengenai kad kredit.

  1. Secara kasar, interest kad kredit 1.5% sebulan atau kadar APR 18% - 21% setahun.

  2. Tempoh Tanpa Interest (Interest-Free Period) biasanya 20 hari dari Tarikh Penyata Bil Bulanan

  3. Caj pengeluaran tunai biasanya 5% atau minima RM 50 (yang mana lebih tinggi) bagi setiap kali pengeluaran dibuat (tidak termasuk caj faedah bulanan)

  4. Caj RM 5 atau 1%-3% (yang mana lebih tinggi) dari bayaran minima bulanan untuk setiap kad bagi pembayaran lambat (Late Payment Interest)

  5. Pada sesetengah bank, jika anda gagal membuat pembayaran pada bulan tersebut, caj tambahan RM50 akan dikenakan ke atas baki hutang kad kredit.

  6. Apabila anda gagal membayar kad kredit anda selama 1-2 bulan, ia sudah pun dimasukkan ke dalam rekod kredit anda di Bank Negara Malaysia (Laporan CCRIS).

Tanda-Tanda Anda Akan Menghadapi Masalah Hutang Kad Kredit

  • Pada mulanya, anda berjanji akan membayar sepenuhnya barang yang dibeli melalui kad kredit, tetapi cuma bayar sebahagian kecil sahaja apabila penyata diterima.
  • Kad kredit anda sudah penuh atau over-limit.
  • Anda cuma bayar 'minimum payment' setiap bulan
  • Anda gagal membuat bayaran 1-2 bulan (bayaran tertunggak) à masuk rekod kredit CCRIS
  • Anda selalu membuat pengeluaran tunai dari kad kredit.
  • Anda berhutang pada 2-3 kad kredit, atau lebih.
  • Anda disenarai-hitam oleh institusi perbankan atau dihadapkan ke mahkamah kerana gagal membayar hutang kad kredit anda

Apa Jadi Apabila Anda Hanya Membayar Jumlah Minima Setiap Bulan?

Dengan hanya membayar jumlah minima setiap bulan, hutang kad kredit RM 10,000 akan selesai sepenuhnya selepas lebih 89 pembayaran atau 7.4 tahun dengan jumlah faedah berbayar RM 4,055.

Year

Beginning
Balance

Interest @
18.0%

Annual
Payment

Ending
Balance

1.0

$10,000

$1,491

$4,970

$6,521

2.0

6,521

972

3,241

4,253

3.0

4,253

634

2,113

2,773

4.0

2,773

413

1,378

1,808

5.0

1,808

270

899

1,179

6.0

1,179

175

625

729

7.0

729

91

600

220

7.4

220

9

229

(0)

Bagi Jumlah hutang kad kredit RM 20,000 pula, ia akan selesai sepenuhnya selepas lebih 109 pembayaran atau 9.1 tahun dengan jumlah faedah berbayar RM 8,341.

Year

Beginning
Balance

Interest @
18.0%

Annual
Payment

Ending
Balance

1.0

$20,000

$2,982

$9,939

$13,042

2.0

13,042

1,945

6,482

8,505

3.0

8,505

1,268

4,227

5,546

4.0

5,546

827

2,756

3,617

5.0

3,617

539

1,798

2,359

6.0

2,359

352

1,172

1,538

7.0

1,538

229

764

1,003

8.0

1,003

144

600

547

9.0

547

55

600

2

9.1

2

0

2

(0)

Jadi, kesimpulan yang anda boleh dapat dari illustrasi di atas adalah, jika anda hanya membayar jumlah minima setiap bulan, : -

“semakin tinggi jumlah hutang kad kredit anda, semakin lamalah hutang kad kredit itu akan selesai dan lebih banyak faedah yang anda perlu bayar kepada bank”


dan jika anda terus membayar bulanan pada kadar minima dan kemudian, mengguna-semula kad kredit tersebut, maka hutang kad kredit anda tidak akan selesai sampai bila-bila pun!

Tetapi, jika anda sentiasa membayar 5% dari had kredit anda, (contoh : Had Kredit RM 10,000 dan anda membayar RM 500 setiap bulan, tanpa mengguna kad kredit itu semula), hutang kad kredit anda akan selesai dalam masa 2 tahun sahaja.

Bagaimana Untuk Mengurus Hutang Kad Kredit Anda?

Jika anda mempunyai sejumlah wang yang besar, anda boleh gunakan ia untuk mengurangkan atau menyelesaikan hutang kad kredit anda. Daripada melaburkan wang tersebut ke dalam akaun simpanan tetap yang hanya memberi pulangan 3.5% setahun atau ke dalam pelaburan yang hanya beri pulangan 9.25% setahun, adalah lebih sesuai jika anda selesaikan hutang kad kredit yang caj faedah 18% - 21% setahun ke atas anda.

Jika anda tidak mempunyai sejumlah wang yang besar dan hanya boleh menyelesaikan hutang kad kredit secara ansuran bulanan, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian.

1 – Pengurusan Risiko

Jika anda mempunyai hutang kad kredit lebih RM 5,000, anda seharusnya melindungi diri anda dengan Insurans kad kredit atau Insurans hayat. Mengapa insurans itu penting? Ini kerana, jika berlaku kematian atau cacat keseluruhan (lumpuh) ke atas diri anda, keluarga anda terpaksa menanggung beban hutang kad kredit anda. Menjadi lumpuh memang menyusahkan, tetapi menjadi lumpuh tanpa pendapatan berterusan dan hutang yang banyak adalah lebih perit lagi untuk ditanggung oleh keluarga anda.

2 – Cari Punca Masalah : Mengapa Berhutang Kad Kredit?

Cara mudah untuk mengesan masalah ini adalah dengan membuat Penyata Aliran Tunai Bulanan (Monthly Cash-Flow Statement). Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas :-

+ Pendapatan Bersih Bulanan
(-) Pembayaran Bulanan untuk Pinjaman
(-) Perbelanjaan Bulanan _____________________
= Baki Positif (Surplus) atau Baki Negatif (Defisit)?

Kalau ada surplus (+), ini bermakna anda mempunyai lebihan wang yang tidak dibelanjakan dan wang ini boleh digunakan untuk membayar lebih kepada baki hutang kad kredit anda. Kalau baki defisit (-), maknanya anda berbelanja lebih dari pendapatan anda i.e berbelanja lebih dari kemampuan anda. Jadi, tidak hairanlah anda berhutang kad kredit!

Apabila mempunyai baki defisit, anda perlu mengambil tindakan secepat yang mungkin, sebelum anda menghadapi masalah kewangan yang lebih besar seperti gagal membuat bayaran bulanan kepada hutang pinjaman anda dan seterusnya dihadapkan ke mahkamah kerana gagal bayar!

Antara tindakan yang anda perlu buat adalah :-
a- Kurangkan perbelanjaan semaksima yang boleh terutamanya yang tidak penting.
b- Susun-semua pinjaman sedia ada (re-financing) sebelum anda menghadapi masalah kewangan
c- Tambah pendapatan sampingan jika boleh

Pengurusan Hutang Kad Kredit (Debt Management)

Untuk menyelesaikan hutang kad kredit, anda boleh memilih antara 3 cara di bawah :-

1 – Melalui pembiayaan-semula pinjaman rumah anda

Jika nilai pasaran rumah anda sudah naik (biasanya selepas 2-3 tahun rumah siap sepenuhnya), anda mempunyai pilihan untuk menyusun-semula pinjaman rumah anda melalui proses pembiayaan-semula pinjaman (re-financing). Bukan sahaja anda boleh mengambil kesempatan ke atas pakej pinjaman yang menawarkan pakej pinjaman tanpa yuran guaman dan kadar faedah terendah sekarang, malahan duit lebihan yang didapati dari pembiayaan-semula rumah anda boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang-hutang kad kredit tersebut.

Dengan mengumpul semua hutang kad kredit ke dalam satu akaun pinjaman rumah yang baru (debt consolidation), ia akan meringankan beban anda dari terpaksa pergi ke 4 - 5 bank sehari kepada 1 bank sahaja atau lebih mudah lagi, berurusan dengan 1 bank secara online/internet. Kadar faedah baru yang dikenakan juga lebih rendah iaitu 6.25% setahun berbanding kadar faedah kad kredit 18% - 21% setahun. Jadi, anda akan dapat menyelesaikan hutang kad kredit itu tadi dengan lebih cepat jika anda membayar pada jumlah yang sama, tetapi pada kadar faedah yang lebih murah berbanding dulu. Di sinilah penjimatan dari segi pembayaran faedah dapat dinikmati.

Bagi mereka yang mempunyai komitmen bulanan yang tinggi pula, mereka akan mendapati komitmen bulanan mereka kini berkurangan kerana hutang kad kredit tadi sudah diletakkan bersama hutang pinjaman rumah yang mempunyai kadar faedah lebih rendah. Cara ini memang berguna kepada mereka yang mempunyai baki aliran tunai yang negative (defisit) supaya mereka tidak menghadapi masalah kewangan dalam membuat pembayaran pinjaman di masa akan datang.

Walaubagaimana pun, anda dinasihatkan untuk tidak membiayai-semula pinjaman rumah anda begitu sahaja, tanpa membuat perancangan kewangan yang sempurna. Ini kerana, walaupun anda memilih pinjaman rumah baru yang mempunyai kadar faedah lebih rendah, tempoh pinjaman rumah itu biasanya sangat lama dan ini akan menyebabkan anda menanggung jumlah faedah yang besar dalam jangka masa panjang jika anda tidak membuat pembayaran lebih.

Dengan bantuan Perancang Kewangan kami, anda boleh menyusun-semula pinjaman rumah anda bersama hutang-hutang kad kredit lain ke dalam pakej pinjaman yang bersesuaian dengan keperluan anda supaya anda dapat menyelesai semua hutang pinjaman rumah dan kad-kad kredit anda dengan lebih cepat serta mengawal dan mengurus kewangan anda dengan lebih sistematik lagi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan khidmat perancangan pinjaman rumah di atas, sila klik kepada >>Loan Planning<<

2 – Melalui ansuran bulanan jika baki aliran tunai positif (surplus)

Jika anda tidak memiliki rumah yang sudah naik nilai pasarannya, tetapi mempunyai baki aliran tunai positif (ada lebihan wang yang tidak dibelanjakan setiap bulan), perkara utama yang perlu anda lakukan adalah menyediakan Tabung Kecemasan antara RM 500 - RM 1,000 atau 1-2 bulan gaji, bergantung kepada keadaan kewangan dan keperluan anda. Ini untuk mengelakkan anda dari terlalu kerap membuat pengeluaran tunai dari kad kredit anda bagi menampung keperluan kecemasan dalam jumlah kecil seperti balik kampung, kereta rosak, demam biasa dan sebagainya. Tabung kecemasan ini boleh anda simpan di dalam ASB atau Tabung Haji, berbanding akaun simpanan bank yang biasanya hanya memberi pulangan 1% – 2% setahun sahaja. Untuk risiko kehidupan yang lebih besar, anda dinasihatkan supaya memiliki insurans hayat atau insurans kad perubatan.

Gunakan lebihan wang yang anda tidak belanjakan itu, untuk membayar lebih kepada kad kredit yang mempunyai caj faedah yang lebih tinggi dari kad kredit lain. Contohnya, kad kredit konvensional mengenakan caj bulanan 1.5% berbanding kad kredit islamik 1.25% sebulan.

Jika kad kredit anda mempunyai promosi caj faedah rendah untuk tempoh tertentu bagi pindahan baki dari kad kredit lain, gunakan ia untuk mengurangkan caj faedah yang anda perlu tanggung. Promosi sebegini biasanya terdapat di kalangan bank-bank luar seperti Citibank & Standard Chartered yang menggalakkan anda memindah baki kad kredit anda ke dalam kad mereka.

Jika semua kad kredit anda mengenakan caj faedah yang lebih kurang sama, maka gunakan lebihan wang tadi untuk membayar kad kredit yang mempunyai baki yang terendah dulu. Lebih banyak baki kad kredit yang anda kurangkan, lebih cepat ia akan selesai. Anda sendiri akan merasa lebih seronok apabila melihat satu persatu kad kredit anda dapat diselesaikan (moral boost). Dengan cara begini, ia akan mengurangkan jumlah kad kredit di dalam pegangan anda kerana setiap kad kredit yang anda pegang, mempunyai yuran tahunan yang perlu dibayar.

Sesetengah orang gemar membuat potongan simpanan (forced saving) ke dalam akaun ASB atau Tabung Haji. Jika anda membuat potongan gaji bulanan ke dalam akaun pelaburan yang memberi pulangan sekadar 7% - 9% setahun, adalah lebih sesuai jika anda tangguhkan dulu simpanan bulanan tersebut dan tumpukan lebihan wang anda untuk membayar sebanyak mungkin ke atas baki hutang kad kredit anda.

Contoh: Potongan ASB/Simpanan bank RM200 sebulan. Setahun ada RM2,400.
Jika simpan di bank, dapat 2% setahun = RM 48
Jika simpan di pelaburan ASB, dapat 9% setahun = RM 216
Jika bayar pada kad kredit, jimat faedah 18% setahun = RM 432

Anda perlu ingat bahawa FAEDAH adalah sesuatu yang anda perlu bayar kepada bank.
Mana lebih baik? Anda dapat RM 216 atau anda tidak perlu bayar faedah RM 432?
(Nota : Ini cuma kiraan kasar sahaja)

Bagi menunjuk illustrasi sejauh mana keberkesanan pembayaran lebih ke atas kad kredit anda ini, saya gunakan contoh jumlah hutang kad kredit RM 10,000 tadi. Pembayaran minima setiap bulan hanya akan menyelesaikan baki hutang kad kredit anda selepas lebih 89 pembayaran atau 7.4 tahun dengan jumlah faedah berbayar RM 4,055.

Tetapi, hanya dengan menambah RM 100 sebagai bayaran lebih ke atas baki kad kredit anda, kini ia akan selesai selepas 41 pembayaran atau 3.4 tahun dengan jumlah faedah berbayar RM 2,470 sahaja.




Year

Beginning
Balance

Interest @
18.0%

Annual
Payment

Ending
Balance




1.0

$10,000

$1,403

$5,875

$5,527




2.0

5,527

736

3,653

2,610




3.0

2,610

301

2,212

699




3.4

699

31

730

0

3 – Melalui ansuran bulanan tetapi mempunyai baki aliran tunai negatif (defisit)

Jika anda tidak mempunyai rumah yang sudah naik nilai pasarannya dan mempunyai baki aliran tunai yang negative (defisit), perkara penting yang anda mesti buat adalah cuba ubah-suai semua perbelanjaan bulanan anda dengan mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting semaksima yang boleh seperti rokok, suratkhabar/majalah, kosmetik dan sebagainya.

Jika baki aliran tunai masih lagi negative selepas pengubah-suaian perbelanjaan bulanan, besar kemungkinan ia disebabkan komitmen bulanan yang tinggi ke atas bayaran pinjaman-pinjaman anda (terutamanya dari hutang kad kredit). Samada anda sedar atau tidak, anda sebenarnya di dalam keadaan bahaya kerana setiap bulan anda berbelanja lebih dari kemampuan anda. Dalam erti kata lain, setiap bulan hutang anda semakin bertambah.

Sebelum anda menghadapi masalah kewangan yang lebih teruk seperti gagal membuat pembayaran ke atas pinjaman-pinjaman anda dan diseret ke mahkamah, anda perlu menyusun-semula baki hutang kad kredit anda itu dengan memindahkan ia ke dalam pakej pinjaman yang mempunyai caj faedah lebih rendah seperti pakej pinjaman peribadi di Bank Rakyat.

Cara sebegini juga dipanggil ‘Debt Consolidation’ dan hanya perlu digunakan apabila anda sudah tidak mempunyai pilihan lain untuk mengurangkan komitmen bulanan anda agar tidak menghadapi masalah kewangan yang lebih besar kelak.

Contoh : Baki kad kredit RM 15,000 untuk 3 kad kredit dari pelbagai bank. Bayaran bulanan minima 5% tentunya RM 750. Jika jumlah hutang kad kredit RM 15,000 itu dikumpulkan dan diletakkan ke dalam satu akaun pinjaman peribadi dengan kadar faedah 7.55% setahun untuk tempoh 7 tahun, komitmen bayaran bulanan akan berkurangan menjadi RM 273 sebulan. Dalam erti kata lain, dengan pengurangan komitmen bayaran bulanan, anda sudah boleh menarik nafas lega.

Cuma dari segi penjimatan faedah, ia sebenarnya tidak menguntungkan anda kerana kadar faedah sebenar bagi pinjaman peribadi 7.55% setahun itu adalah 13% setahun (mengikut kadar APR) dan tempoh pinjaman anda juga telah dipanjangkan kepada 7 tahun i.e. 84 bulan. Memang dari segi komitmen bulanan, anda untung kerana komitmen bulanan berkurangan, tetapi jumlah faedah yang anda perlu bayar sekarang sudah bertambah atas sebab-sebab di atas. Oleh itu, apabila kewangan anda sudah bertambah kukuh, cuba bayar lebih kepada pinjaman peribadi anda pula supaya ia cepat selesai dan jumlah faedah berbayar dikurangkan.

Tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah mengawal perbelanjaan anda melalui belanjawan bulanan atau membuat penyata aliran tunai bulanan. Penyata aliran tunai ini akan mengingatkan anda – apa yang perlu dibelanjakan setiap bulan supaya anda tidak berbelanja lebih dari kemampuan anda lagi dan ditimpa masalah hutang yang sama seperti dulu.

Diharap tips kewangan yang saya beri ini dapat membantu anda. Terima kasih.


KOMEN ??