Wednesday, December 31, 2008

Bila Suami Menjadi Pendiam

Tentunya anda menjadi hairan dan tertanya dengan diri sendiri kenapa suami anda tiba-tiba menjadi pendiam. Walaupun sebelum ini dia seorang suami yang peramah dan ceria. Suka bercerita dengan isterinya tentang apa jua perkara. Tetapi apabila suami dengan tiba-tiba menjadi pendiam, isteri pula mula terasa curiga. Timbul pula prasangka dihati dan paling dikhuatiri jika suaminya sedang dilamun cinta. Peristiwa yang terjadi tentunya bukan kerana suami kehilangan cita-cita, keinginan dan melupakan masa depan keluarga. Lebih lebih lagi bercinta. Suami hilang kata-kata ataupun menjadi pendiam kerana tingkahlaku isterinya sendiri.


1. ISTERI BUKAN PENDENGAR YANG BAIK

Sudah menjadi kebiasaan orang yang sedang bercakap inginkan perhatian. Lebih-lebih lagi masalah yang diutarakan itu bersangkut paut masalah keluarga. Tapi sayangnya isteri tidak memberikan sepenuh perhatian dengan apa yang diperkatakan oleh suaminya. Isteri pula sibuk memperkatakan hal lain bila suami sedang berbual dengannya. Ataupun isteri leka menonton rancangan televisyen kegemarannya tanpa mempedulikan apa yang diperkatakan oleh suaminya. Dia membiarkan suaminya bercakap seorang diri sedangkan dia asyik menonton televisyen. Adan juga isteri yang mendengarkan setiap kata yang diucapkan oleh suaminya. Tapi sekadar mendengar tetapi tidak memberi sepenuh perhatian sehingga isteri tidak tahu apa yang diperkatakan oleh suami kepadanya. Sikap isteri yang acuh tak acuh dengan perbualan suami amat membosankan.

2. ISTERI SUKA MENYAMPUK PERBUALAN SUAMI

Sudah menjadi amalan dan tabiat kaum wanita yang suka menyampuk perbualan suami. Malahan di dalam pertemuan yang dihadiri oleh kaum wanita, mereka saling suka menyampuk perbualan teman-temannya. Tabiat sampuk menyampuk perbualan sudah menjadi perkara biasa bagi wanita serta sukar untuknya menghindari. Begitu juga bila suami sedang berbual dan belum selesai apa yang hendak diucapkan terhenti kerana isteri menyampuk dan membawa kepada tajuk perbualan yang tidak ada kena mengena dengan apa yang dituturkan oleh suaminya.
Lama kelamaan hal ini membuat suami menjadi bosan untuk mengemukakan perbualan yang terkandas itu. Meskipun hal itu bersangkut paut dengan masalah keluarga dan rumahtangga.

3. ISTERI TAK ACUH DALAM MENDENGARKAN APA YANG DIKEMUKAKAN OLEH SUAMINYA

Adakalanya ketika suami berbual dengan isteri, apa yang dituturkan oleh suami tidak mendapat perhatian dari isterinya. Isteri tidak mendengar dengan serius. Pada hal sebetulnya ia sedang berfikir masalah lain. Mungkin saja ia sedang berfikir tentang pakaian yang akan dikenakan pada malam minggu depan untuk menghadiri perkahwinan kenalannya.

4. TIDAK UPAYA MENJAGA RAHSIA

Pada umumnya wanita paling tidak suka dengan hal-hal yang dianggapnya sebagai sesuatu yang rahsia sifatnya. Tetapi, mereka juga senang menceritakan kepada orang lain. Apabila suami menganggap sesuatu yang dibicarakan dengan isterinya itu adalah sesuatu yang rahsia tetapi isteri menceritakan hal tersebut kepada orang lain. Oleh kerana itu suami akan mengambil langkah tidak mahu menceritakan sesuatu yang berbentuk rahsia sifatnya kepada isteri.

No comments: