Monday, April 06, 2009

Bank Rakyat Tambah Modal?

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sedang mengkaji kemungkinan menambah modal berbayar Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. atau Bank Rakyat. Kajian meningkatkan lagi modal bank koperasi itu daripada RM2 bilion sekarang dibuat untuk membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menjadi ahlinya.

Keupayaan Bank Rakyat yang menawarkan dividen yang tinggi menyebabkan terdapat banyak permintaan untuk memegang atau meningkatkan pegangan saham dalam bank itu. Sehingga hari ini sudah beribu-ribu orang menunggu giliran sama ada untuk menjadi ahli atau meningkatkan pegangan saham dalam Bank Rakyat. Dividen tahun 2008 adalah 15 %, manakala tahun 2007 ialah 20 %. Jika melabur Rm3000, dividen yang diperoleh untuk tahun 2008 adalah RM450.


Kementerian percaya langkah menambah modal saham berbayar itu tidak akan mengundang masalah memandangkan Bank Rakyat sudah mempunyai landasan kukuh. Bank Rakyat kini berada di tempat ketujuh sebagai bank paling kukuh di Malaysia dengan jumlah aset sebanyak RM41.7 bilion, tertinggi dalam institusi perbankan Islam. Jumlah aset itu mewakili lebih 70 peratus daripada jumlah aset koperasi dan 17.8 peratus jumlah aset perbankan Islam.

p/s : fakri, ready cash..Bank rakyat announce je, terus pi beli..hehe..

No comments: