WANITA Islam yang bercuti bersama keluarga di pusat peranginan terutama di negara ini selalunya dilihat memakai baju-T, seluar panjang dan bertudung ketika di kolam renang.
Pakaian berkenaan memang tidak sesuai dan menyusahkan si pemakainya. Sebab itu kebanyakan pengurusan hotel dan pusat peranginan tidak membenarkan pelanggan memakai pakaian seperti itu untuk mandi di kolam renang mereka.Menyedari masalah dihadapi wanita Islam untuk bersukan dan beriadah, seorang rakyat Lubnan yang menetap di Sydney, Australia, Aheda Zanetti mencipta pakaian renang menutup aurat untuk wanita Islam dipanggil ‘burqini’.
Penulis bersama sekumpulan wartawan Malaysia yang menyertai lawatan ke Australia anjuran Institut Australia-Malaysia (AMI), baru-baru ini berkesempatan menemui Aheda di Condell Park, Sydney untuk melihat sendiri hasil ciptaannya.
Aheda berkata, idea untuk mencipta pakaian khas itu timbul apabila dia melihat seorang wanita memakai tudung bermain bola jaring.
“Saya kasihan melihatnya berpeluh-peluh ketika bermain,” katanya yang juga bertudung ketika itu.
Beliau kemudian mendapat ilham untuk mencipta ‘burquni’, pakaian wanita Islam yang menutup aurat yang boleh digunakan untuk berenang dan bersukan.
Pakaian berjenama ‘Ahiida’ itu diperbuat 100 peratus daripada kain polyester dan kalis air. Ia mudah kering, ringan dan selesa, jadi tidak ada masalah kepada pemakainya berendam lama dalam air.
Aheda berkata, sejak diperkenalkan pada November 2003, beliau tidak menang tangan melayan permintaan pengguna yang banyak dari Poland, Switzerland, Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom, yang sebahagian besarnya membuat tempahan melalui internet.
Katanya, pelanggan dari Malaysia dan Indonesia agak kecewa kerana harganya agak mahal iaitu antara RM420 dan RM518. Selepas memperkenalkan produk berkenaan, beliau terkejut kerana sambutan yang diterimanya di luar jangkaan.
Bagaimanapun, ada juga yang mengkritiknya kerana berpendapat pakaian renang dan sukan itu akan menggalakkan wanita Islam keluar rumah.
Aheda, 48, berasal dari Lubnan dan kini menjadi pemastautin tetap (PR) Australia mempunyai empat anak, tiga daripadanya berusia di bawah lima tahun tidak menghadapi masalah membawa mereka berenang di kolam renang.
Selain pakaian renang, beliau juga mereka cipta baju dan seluar pemain tenis wanita yang tidak panas dan selesa.
“Tahun lalu saya menaja pakaian atlit wanita dalam ekspedisi amal berbasikal dari United Kingdom ke Baitulmaqdis,” katanya yang berharap dapat menghasilkan pakaian renang lelaki muslim pula selepas ini.
3 comments:
saya pun ada beli baju renang dari ahiida tu. Mahal gak.....plus kos penghantaran dah hanpir RM600. Sekarang harga baju renang ahiida dah naik. Mungkin kos marketing dah tinggi.
Tapi di m'sia pun ada yg menjual baju renang muslim ni di website www.wanisapparel.com
hahah..thanks for sharing.oo, ye ke..ambil perhatian wahai kaum wanita muslim kat luar sana..hehe..
thanks a lot noralia.
mahalnye......
Post a Comment