Kali ni lak, aku nak cerita pasal sifat-sifat umum kaum lelaki. Perwatakan umum lelaki :
1) Kurang sabar dalam memelihara dan mendidik anak-anak
2) Lelaki berorientasikan kepada fikiran(bukan hati).
3) Keras kemahuannya dan kasar perlakuannya
4) Mudah terpedaya oleh wanita
5) Selalu ingin berkuasa
6) Tidak mahu diatasi
7) Suka dipuji dan dipuja
Sifat Pertama – Kurang sabar dalam memelihara dan mendidik anak-anak
Lelaki sifatnya kurang sabar dalam mengasuh dan mendidik anak-anak. Berbeza dengan si ibu yang memang penyayang terhadap anak-anaknya. Lelaki kekadang memukul anak disebabkan kesalahan yang kecil. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan bahawa masih ada di kalangan para suami yang lembut(bukan lembut ala-ala mak nyah), sabar dan pandai mengasuh dan mendidik anak-anaknya. Bahkan, adakalanya lebih lembut dan sabar daripada isterinya. Tetapi, jumlahnya mungkin tak ramai. Memang bernasib baiklah jika dapat suami cam ni. Kalau tak dapat, jangan berkecil hati, sebab ada la tu kelebihan dia yang lain yang mungkin isteri tak tau lagi.
Fitrah wanita, mempunyai sifat kasih sayang yang kuat terhadap anak-anaknya. Sejak hamil lagi, Allah telah menurunkan kasih dan sayang dalam diri seorang ibu, meskipun anak masih berbentuk janin. Perasaan cinta semakin lama semakin mendalam (aik, cam lagu safura lak..hehehe). Kegembiraan terpancar bagi si ibu apabila mampu melahirkan anaknya dengan selamat, dan sempurna tanpa kecacatan. Hati seorang isteri dan ibu ini kini betul-betul diliputi kegembiraan dan kecintaan, siang dan malam dilalui dengan letih dan penat, mengasuh dan menyusui si anak kecil tanpa keluhan. Memang betul. aku dapat lihat pada diri kakak aku…
Sifat Kedua – Lelaki Lebih Berorientasikan Fikirannya
Akal fikiran lelaki lebih panjang daripada wanita. Ia jelas kelihatan dalam apa-apa pertimbangan dan kesimpulan-kesimpulan yang dihasilkannya. Segala masalah dan kemusykilan tidak akan diputuskan kecuali setelah berfikir panjang.
Pertimbangan seorang yang bernama lelaki tidak terlepas dari perhitungan untung dan rugi, buruk dan baiknya sesuatu itu. Sehingga bila ia berhadapan dengan keluarganya, kawan-kawan, semua itu tidak terlepas dari perhitungan untung, rugi, baik dan buruknya. Berbeza sekali dengan kaum wanita. Asalkan wujud perasaan suka dan puas, asalkan hati gembira dan menyenangkan, cukuplah memadai baginya sebagai jalan yang diambilnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah dirinya dan juga berkaitan dengan apa yang dihadapinya. Pendek kata, banyak mengikut hati daripada fikiran. Pertimbangan untuk masa depan dan hari esok sedikit sekali dipersoalkan. Bila suatu akibat buruk menimpa dirinya, barulah menyesal dan fikirannya baru mengatakan “
Nasihat kepada para lelaki, jangan terus aje terima bulat-bulat keputusan pun selagi, kita sendiri tidak berfikir. Bukan tidak percayakan mereka. Tetapi, anugerah akal fikiran yang panjang perlu digunakan dalam keadaan ini. Skop fikiran lelaki dan perempuan berbeza untuk sesuatu masalah, dan jawapannya nanti sudah tentu ada perbezaannya.
Sifat Ketiga – Lelaki Lebih Agresif dan Kasar Aksinya
Lelaki memang sifatnya agresif, aktif dan lebih cepat serta kasar perlakuannnya daripada wanita. Wanita pula lebih bersifat lambat dan lembut, kurang memberi inisiatif, bersifat pasif dan menunggu serta suka menerima dari memberi. Perwatakan lelaki lebih ketara apabila kita memperhatikan fungsi lelaki sebagai pengambil inisiatif dan pemberian sperma yang bila-bila masapun siap untuk diberikan, sedangkan kaum wanita menyediakan ovum yang tidak sentiasa subur. Walau bagaimanapun, penilaian ini bersifat relatif, subjektif dan conditional. Adakalanya wanita lebih kasar dari lelaki(yang berjiwa lembut).
Sifat Keempat – Lelaki mudah terpedaya oleh wanita
Wanita adalah perhiasan hidup, menduduki ranking teratas. Rujuk surah Ali-Imron
Sepanjang sejarah kemanusiaan, wanita telah menjadi top hit dunia, sumber perbincangan dan kekacauan serta sumber perpecahan. Malapetaka yang terjadi akibat wanita, sejak dahulu hingga sekarang kini tidak lagi menjadi rahsia. Rosaknya lelaki dan hancurnya generasi, bersumberkan daripada wanita. Habil dan Qabil pun berbunuhan disebabkan wanita. Rasullah pernah bersabda, yang maksudnya : “Aku tidak meninggalkan di belakangku suatu fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada fitnahnya wanita”.
Wanita mempunyai daya dan kemampuan mempersona yang sangat kuat. Kecantikan, kelembutan dan ransangannya sungguh memukau dan menakjubkan bagi kaum lelaki. Tak ramai yang mampu menyelamatkan diri mereka dari godaan dan gangguannya. Yang ramai adalah yang diheret oleh wanita ke lembah malapetaka yang sangat dalam. Hal ini adalah kerana perbuatan wanita dan keruntuhan akhlak manusia umumnya, disebabkan oleh kaum wanita yang buruk dan tidak bermoral. Oleh itu, sentiasalah berhati-hati. Walau bagaimanapun, bagi wanita solehah, dia tidak termasuk dalam kreteria wanita yang disebutkan sebelum ni, sebaliknya ia adalah perhiasan dunia yang terbaik di atas muka bumi ini. J
Sifat Kelima – Lelaki berkemahuan kuat untuk berkuasa dan memimpin
Jika dilihat pada kisah-kisah para Nabi dan Rasul-rasul, bagaimana berlaku konflik dan permusuhan mereka dengan para penguasa, memenuhi lembaran wahyu dan sirah perjalanan para Nabi dan Rasul. Contohnya Nabi Ibrahim dan Raja Namrud, Nabi Musa dan Firaun. Pertumpahan darah tidak dapat dielakkan, pembunuhan dan pembantaian bukanlah perkara rahsia. Segala cara menjadi halal, seakan-akan tidak ada perkara haram demi mencapai tujuan. Tak kira wanita atau lelaki, semuanya akan terlibat atau dilibatkan.
Itulah adalah contoh kemahuan seorang lelaki untuk menjadi penguasa kerana mahukan kekuasaan. Apapun yang diperlukan, jalan manapun yang dihajatkan demi memperoleh kekuasaan, betapa berat dan sulitnya akan ditempuh demi menjadi penguasa. Apabila telah mendapatkannya, tidak ada satu janjipun yang dipenuhi kecuali sangat sedikit. Rakyat yang menyokongnya tidak pernah terkenang dalan fikirannya, sebaliknya dijadikan mangsa kezaliman dan penindasan.
Sifat Keenam – Lelaki tidak mahu ada persaingan dan pencabar
Sifat dengki atau hasad telah mendorong kepada permusuhan dan pertentangan, bahkan pembunuhan. Sifat dengki itu wujud disebabkan seorang lelaki itu tidak mahu adanya persaingan dan pencabar oleh pihak yang lain. Jika ada yang mencuba dan berusaha ke arah itu, maka dia akan mempertahankan posisinya dengan apa cara sekalipun.
Sifat ketujuh – Lelaki suka dipuji dan disanjung
Siapa kata perempuan saje suka dipuji, disanjung? Lelaki pun sama. Watak suka dipuji, suka dikenali orang, menyukai populariti, suka pangkat dan suka dihormati adalah perwatakan yang dimiliki oleh seorang lelaki.
Melalui kedudukan dan pangkat, dia akan menjadi perhatian orang ramai, mendengar segala arahannya serta mentaati perintahnya. Tambahan pula, dengan adanya kedudukan, ia akan menjadi terkenal dan popular. Dengan pangkat dan kedudukan juga, ia merasakan dirinya terbebas dari celaan dan penhinaan orang, dialah yang terbaik, yang terpandai. Ia
Golongan lelaki yang amat suka jika dirinya dipuji, diagungkan adalah para penguasa dan mereka yang berada di puncak tampuk pemerintahan. Untuk itu, ia tidak segan-segan menyebutkan dirinya atau meminta namanya dipanggil dengan panggilan yang sejajar dengan panggilan Allah. Contohnya, panggilan “Shahhan Shah”(Raja segala raja). Itulah antara variasi karenah makhluk Allah yang bernama manusia (dan lelaki).
Dalam skop kekeluargaan, pujian daripada isteri dan ahli keluarga lain kepada si suami sebenarnya menjadi pendorong semangat dan memberi synergy kepada suami untuk terus berusaha menjadi pemimpin keluarga yang baik. Tetapi, jangan terlebih puji pulak.
Next posts adalah mengenai topic bagaimana membina personality unggul untuk menjadi lelaki soleh. 28 ciri asas akan diceritakan, satu persatu. Tunggu ya!
No comments:
Post a Comment