Tahun 2008 dah hampir melabuhkan tirainye..so, make sure ada peruntukan untuk bayar zakat tahun ni. Zakat emas, zakat pendapatan,zakat wang simpanan, etc.
Zakat Pendapatan - punca pendapatan atau perolehan dari gaji, elaun, bonus, pendapatan sampingan dan hasil-hasil yang dikategorikan sebagai pendapatan. Zakat pendapatan dikenakan selepas ditolak perbelanjaan asas seperti sara hidup, elaun ibu bapa, caruman KWSP, anak, isteri dan sebagainya.
Zakat Wang Simpanan - berdasarkan jumpa wang yang disimpan sahaja. Zakat wang simpanan dikenakan pada jumlah terendah yang mencecah nisab semasa.
NISAB bagi 2008 ialah RM6400.
Klik di sini untuk pengiraan zakat anda :
http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp
HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT
Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
- Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada. Membersihkan diri pembayar zakat.
- Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
- Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
- Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.
- Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
- Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
- Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
- Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.
- Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat
2 comments:
dapat bonus bulan 12 kene bayar zakat ni..pa'an,terima kasih mengingatkan..
ye..byr zakat..tak rugi pun..ROI tinggi nih..hehe..
Post a Comment