Friday, September 30, 2005

sebahagian yang datang pada CE Nite 2005...aku bayar lewat..selamat dapat masuk gak..kalau tak malu giler...kehkehkeh...seronok gak sekali sekala buat gini...tapi, jgn risau..tuk batch aku, kita buat lagi gempaq sem depan!!!tuk batch kita je...kat mana nak buat? singapore?kuching? pulai Sibu? Hotel2 kat JB? hahaha...
semua control je...hampeh..sina ngan izie yang lebih2 lak...aku? hilang dalam bayangan..hahah

Wednesday, September 28, 2005

Career Talk

..lega rasanya...hari ni persatuan ada anjur Career Talk for electrical students..two representative form Motorola gave a talk..very interesting..
dapat banyak tips dan maklumat berguna bagi persediaan kerja tahun depan..so, bleh la prepare awal skit.
ni program yang kedua last bagi persatuan..bulan depan dah letak jawatan...so, puas hati lah jugak..at least ada improvement dari pada tahun lepas..
terima kasih kepada Prof.Jefri, Dr. Syed, Dr mazlina,Dr Norhisyam, Prof Dr Norsheila dan lecturers lain yang bagi sokongan...
banyak pengalaman yg dapat dari program2 ni..pahit dan manis..tapi, tu la pengalaman kan..sesuatu yang tidak dapat jika hanya mengadap buku..leadership tak kan berkembang...potensi diri pun tak tau..banyak lagi yang kena improve..

Sunday, September 25, 2005

Kekurangannya adalah amanah Allah padamu

Kita hidup di dalam dunia ini penuh dengan bermacam jenis rupa perangai manusia. Tak dapat kita nafikan kehadiran mereka, malah kita juga menjadi salah satu daripada watak-watak lakonan di pentas dunia. Hari ini mungkin kita melihat manusia lain, dan esok pula kita menjadi perhatian orang lain. Bermacam-macam karakter manusia yang dapat kita temui. Sekeliling kita sahaja bukan seorang dua, malah beribu karakter yang telah kita temui.

Kita hidup di dalam dunia ini penuh dengan bermacam jenis rupa perangai manusia. Tak dapat kita nafikan kehadiran mereka, malah kita juga menjadi salah satu daripada watak-watak lakonan di pentas dunia. Hari ini mungkin kita melihat manusia lain, dan esok pula kita menjadi perhatian orang lain. Bermacam-macam karakter manusia yang dapat kita temui. Sekeliling kita sahaja bukan seorang dua, malah beribu karakter yang telah kita temui.

Saya hendak bawakan dua karakter berbeza antara dua orang sahabat saya. Seorang dari mereka merupakan anak datuk. Berasal dari keluarga kaya raya, tiada masalah kewangan. Manakala seorang lagi datang dari keluarga kurang berada, keluarga nelayan dari Perak dan kadang-kala menghadapi kesulitan kewangan.

Si anak datuk, Si S, menerima kehidupan sebagai suatu yang mudah dan senang baginya. Tidak perlu banyak memikirkan masalah, malah mampu menghadapi segala kesulitan hidup sebagai pelajar dengan wang ringgit. Si S mampu memiliki kereta sendiri ketika baru di tahun 2 pengajiannya. Tinggal di rumah sewa bukanlah masalah baginya, sewa bulanan rumahnya tiada pernah tertangguh. Pulang bercuti dengan Penerbangan Malaysia (MAS) bukan lagi AirAsia. Setakat hujung minggu terasa di hati hendak pulang ke rumah, boleh sahaja. Tiada masalah.

Manakala seorang lagi sahabat saya, si H, adalah seorang yang sangat berhati-hati di dalam menguruskan kehidupan belajarnya. Wang biasiswa yang diterima digunakan dengan penuh hemat. Jangan fikirlah hendak pakai kereta sendiri, telefon tangan pun tidak dimilikinya. Hanya setelah mengumpul wang beberapa tahun, barulah merasa telefon tangan sendiri. Harapan selalunya dapat tinggal di dalam kolej kediaman pelajar lantaran tidak mampu menyewa di luar. Kadangkala, mengikat perut untuk mengumpul wang membeli buku rujukan. Pulang bercuti hanya pada hari raya. Tiada mimpi hendak pulang di hujung minggu seperti si S.

Namun, Allah itu Maha Adil. DijadikanNya si S seorang yang pemurah. Sentiasa membantu kawan-kawan yang tiada berkemampuan. Setakat hendak menumpang kenderaan ke kuliah atau ke bandar, bila-bila masa sahaja boleh dibantu. Kalau setakat kekurangan wang untuk makan tengahari, sepuluh dua dihulur sebagai pemberian biasa sahaja. Jangankan wang, bantuan lain-lain seperti pelajaran juga tidak ketinggalan.

Akhirnya, si H berjaya dan si S juga berjaya. Menghadapi hari-hari bersama dan bakal menamatkan pengajian tidak berapa lama lagi. Sungguh pun si H tidak mampu dari segi kemewahan, ada juga bantuan lain yang disumbangkan pada si S. Ketika di dalam kesedihan dirundung malang, si H menghadiahkan kegembiraan buat temannya. Nasihat dan tegurannya membetulkan langkah si S yang bengkok. Biar pun bukan kemewahan yang diberikan tapi ianya suatu yang berharga bagi sebuah persahabatan.

Kesimpulannya, setiap insan dilahirkan Allah ke dunia ini dan diberikan pelbagai rupa perangai. Tujuannya adalah untuk sama bantu membantu. Setiap manusia ada keurangannya; maka kekurangan itulah yang akan ditampung oleh insan lain untuk menjadikan kita sempurna. Kelebihan yang Allah berikan pada kita adalah sebahagiannya milik teman kita yang lain. Dijadikannya amanah Allah pada kita untuk ditunaikan pada masa dan ketika yang sesuai. Benarlah kata-kata bahawa manusia tidak ada yang sempurna.

Panduan Mencari Kebahagiaan Di Dunia & Akhirat

SESUNGGUHNYA kebahagiaan di dunia ini adalah bersifat sementara. Bahagia dengan pangkat besar, rumah mewah dan sebagainya hanya bagi tempoh terhad. Orang yang dilimpahi nikmat kekayaan juga akan berakhir dengan mati.Dalam hal ini Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

“Dan berilah perumpamaan kepada mereka (manusia) bahawa kehidupan dunia sebagai air hujan yang Kami turunkan dari langit. Maka menjadi subur kerananya tumbuhan di muka bumi. Kemudian tumbuhan itu menjadi kering dan diterbangkan angin. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah Al Kahfi: Ayat 45)

Islam amat menggalakkan umatnya berusaha bagi mencari kebahagiaan abadi di dunia dan akhirat. Rasulullah S.A.W juga menganjurkan kita supaya sentiasa berdoa seperti yang terdapat dalam Al Quran yang bermaksud:

“Ya Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.”
(Surah Al Baqarah: Ayat 201)

Para ulama mentafsirkan kalimah hasanah dunia dan hasanah akhirat dengan pengertian berikut:



Kesihatan badan dan jiwa.


Ilmu yang bermanafaat.


Amalan yang soleh.


Keimanan yang teguh.


Ikhlas beramal dan mendapat keredaan Allah.


Disenangi umat manusia.


Hidup bahagia dengan rezeki dan harta.


Rumah tangga yang bahagia dan mendapat anak yang soleh.


Selamat dari seksaan kubur.


Dapat masuk syurga dengan segala kenikmatan yang abadi.

Islam memperingatkan sesiapa yang hanya mencari kebahagiaan dunia akan hilang kenikmatan itu kerana ia bersifat sementara. Keadaan ini jelas dinyatakan Allah dengan Firman-Nya yang bermaksud:

“Kesenangan di dunia ini hanya sementara dan akhirat itu lebih baik untuk orang-orang yang bertakwa dan Kami tidak akan anianya sedikit pun.” (Surah an Nisa’: Ayat 77)

Sesungguhnya kebahagiaan di dunia dan akhirat boleh dicapai dengan berpegang teguh dan yakin kepada tuntutan al-Quran dan sunnah rasul yang menjadi pedoman hidup manusia sama ada untuk dirinya,keluarga, jiran dan masyarakat.

Al-Quran berulang kali memperingatkan keimanan yang teguh serta amalan soleh dan ikhlas kepada Allah yang dapat memberi kebahagiaan abadi.

Keadaan ini jelas kalau kita perhatikan Firman Allah yang bermaksud:

“Barang siapa mengerjakan amal soleh, lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”
(Surah An Nahl: Ayat 97)

Untuk mendapat kebahagiaan abadi, kita perlu mengamalkan prinsip-prinsip berikut:


Menjadikan diri orang yang baik dan patuh kepada segala perintah Allah. Kita hendaklah bersikap ramah dalam pergaulan, gembira dan bersyukur atas segala nikmat dan tidak berdendam serta bersabar atas qada dan qadar.


Bersungguh-sungguh mengerjakan ibadat siang dan malam agar mendapat keredaan Allah dalam kehidupan.


Menjauhkan diri daripada sifat munafik, noda dan dosa yang menyebabkan masuk neraka di akhirat kelak.


Bersifat murah hati menderma dengan mengeluarkan harta atau sedekah, tidak kikir. Firman Allah s.a.w bermaksud: “Dan belanjalah (harta benda mu) di jalan Allah dan janganlah kamu men jatuhkan diri sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik.”
(Surah Al Baqarah: Ayat 195)


Mentauhidkan Allah iaitu mengesakan-Nya tanpa syirik kepada-Nya dengan segala yang lain. Firman Allah yang bermaksud: “Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa. Tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.” (Surah Al Baqarah: Ayat 163)


Menjauhi zina kerana ia perbuatan mungkar, keji dan hina serta terkutuk dan berdosa besar. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan keji dan suatu jalan
yang buruk.” (Surah Al Israk: Ayat 32)


Tidak membunuh iaitu tidak membunuh terhadap diri sendiri dan terhadap orang lain yang halal darahnya. Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah, melainkan dengan hak. Dan barang siapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah berikan kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli itu melampau batas dalam membunuh. Sesungguhnya ia adalah orang ang mendapat pertolongan.” (Surah Al Israk: Ayat 33)

Sesungguhnya kebahagiaan selalunya datang secara kebetulan saja. Kebahagiaan bukan seperti sebuah rumah yang dapat dibangunkan dengan tangan. Kebahagiaan itu
laksana lagu merdu yang didengari ketika sedang memanjat tanah tinggi dan apabila turun dari sebelah sana bunyi itu akan lenyap dari telinga kita. Dan hidup bahagia yang abadi ialah hidup yang diredai Allah dan Rasul-Nya serta disenangi semua manusia.

AL-QURAN: DAHULU DAN SEKARANG

Orang yang beriman tentu mengetahui hikmat diturunkan al-Quran, dan tentu sedar tentang keistimewaannya dari segala kitab. Huruf dan kalimahnya menimbulkan kelazatan pendengaran yang tidak jemu-jemu. Manakala maknanya membangkitkan hati, membukakan fikiran untuk berbakti serta mengubah pandangan hidup ke arah usaha melipatgandakan amal kebaikan yang lebih suci demi mencari keredhaan Ilahi di dalam dunia yang sementara ini.

Demikianlah kitab Allah al-Quran, sebuah kitab petunjuk sepanjang zaman, perlembagaan hidup orang mukmin yang inginkan kemuliaan. Yang demikian hendaklah diamalkan pengajarannya dan janganlah diutamakan saja hurufnya, tetapi ditinggalkan hududnya (hukumnya) atau dipelajari tajwidnya, tidak dipedulikan pantang larangnya, sebagaimana yang pernah berlaku sepanjang zaman kemunduran umat Islam, sesuai dengan maksud hadith Ibn Mas’ud yang menyatakan sebagai berikut:

“SESUNGGUHNYA ENGKAU BERADA PADA SATU ZAMAN YANG DIDAPATI BANYAK FUQAHA’NYA (ORANG-ORANG YANG FAHAM AYAT AL-QURAN) DAN SEDIKIT PULA QARA’NYA (ORANG-ORANG YANG PANDAI MEMBACA AYAT-AYATNYA) TETAPI HUDUD AL-QURAN (LARANGAN-LARANGANNYA) TETAP DIPELIHARANYA SEDANGKAN HURUFNYA TIDAK PULA SANGAT DIWAJIBKANNYA. SEDIKIT ORANG MEMINTA, BANYAK ORANG MEMBERI. MEREKA MEMANJANGKAN SEMBAHYANG DAN MEMENDEKKAN KHUTBAH. MEREKA MULAKAN SAJA AMAL-AMAL MEREKA SEBELUM PERCAKAPAN MEREKA. DAN AKAN DATANG SATU ZAMAN KEPADA MANUSIA YANG DIDAPATI SEDIKIT SEKALI FUQAHA’NYA, BANYAK PULA QARA’NYA (QARI-QARINYA), DIPELIHARA BENAR HURUFNYA TETAPI DISIA-SIAKAN HUDUDNYA (LARANGANNYA). BANYAK ORANG MEMINTA, SEDIKIT ORANG YANG MEMBERI. MEREKA MEMANJANGKAN KHUTBAH, MEMENDEKKAN SEMBAHYANG. MEREKA MULAI MENURUTI KEMAHUAN-KEMAHUAN MEREKA SEBELUM MELAKUKAN AMAL-AMAL MEREKA”

*hadith ini di dalam kitab al-Muwatta’ dan Imam Shatabi menerangkannya dalam al-Muwafaqat.

Demikianlah maksud hadith tersebut yang menggambarkan kepada kita bahwa zaman pertama, iaitu zaman sahabat dan kemudiannya zaman yang cukup terpelihara kehormatan isi al-Quran kerana fiqh al-Quran (pengertian al-Quran) dan fahamnya serta memelihara hudud atau larangannya dan mengambil hukumnya adalah didahulukan dan diutamakan daripada semata-mata bacaan kosong pengertiannya.

Pada zaman itu, pengajaran al-Quran mempengaruhi jiwa, rasa kasih sayang meresap ke lubuk hati, hingga sedikit orang yang meminta, tetapi banyak orang yang memberi. Mereka di kala itu memanjangkan solatnya kerana solat adalah munajat dan bisikan kepada Ilahi yang perlu dilambatkan masa mengerjakannya. Sedangkan khutbah mereka diringkaskan kerana khutbah semata-mata percakapan gerak lidah pertuturan huruf yang habis begitu sahaja. Dan mereka mengutamakan amal dan memulakannya sebelum mereka bercakap, berbual dan bertukar fikiran.

Zaman tersebut telah berubah…sekarang tibalah pula zaman baru di mana keadaan telah berubah sama sekali. Kini, telah banyak orang yang membaca al-Quran tetapi bacaannya tidak sampai ke hati. Banyak orang mengutamakan dan menghafaz al-Quran tetapi disia-siakan terus hududnya,hukumnya,nasihatnya,pelajarannya. Sebab itulah al-Quran tidak dapat menginsafi mereka dan mereka pula tidak insaf sesame mereka. Hingga banyak orang yang meminta tetapi sedikit orang yang memberi di antara mereka. Mereka memanjangkan khutbah kerana khutbah tidak menyusahkan mereka. Dan mereka memendekkan solat kerana solat menggelisahkan jiwa mereka disebabkan tidak ada hubungan langsung dengan Allah yang Maha Kuasa. Akhirnya mereka suka bercakap mengikut kemahuan mereka sendiri sebelum mereka melakukan amal yang sepatutnya mereka mulai.

Maka dengan keterangan ini jelaslah al-Quran tidaklah dapat dipatuhi maksud utama dari turunnya dengan membaca ayat demi ayat selagi belum diperhatikan pengertiannya dan tujuannya menurut cara yang sepatutnya. Firman Allah:

“(INI) IALAH KITAB YANG KAMI TURUNKAN DIA KEPADA ENGKAU YANG DIBERKATI, SUPAYA MEREKA PERHATIKAN AYAT-AYATNYA DAN SUPAYA MENGAMBIL PERINGATAN ORANG-ORANG YANG MEMPUNYAI FIKIRAN”
(Sad:29)

Dengan ini teranglah lagi bahawa al-Quran diturunkan untuk diperhatikan maksudnya di samping membaca huruf-hurufnya. Kerana di antara maksudnya ialah memberi penyampaian ke arah jalan yang lebih lurus dalam kehidupan dan menjamin kurniaan kepada orang-orang yang berusaha mewujudkan amal soleh atau kebaikan. Juga, al-Quran itu bukan sahaja memperkatakan perkara atau soal kerohanian. Tetapi ada pula antara ayatnya yang menyatakan asal kejadian langit dan bumi, dan alam yang besar ini adalah terdiri dari keduanya. Sedang manusia adalah sebahagian kecil dari alam yang besar itu. Firman Allah:

“SESUNGGUHNYA AL-QURAN INI MEMIMPIN KEPADA (JALAN) YANG LEBIH LURUS DAN MENGGEMBIRAKAN KEPADA ORANG –ORANG YANG BERIMAN YANG BERAMAL SOLEH BAHAWA BAGI MEREKA ADA GANJARAN YANG BESAR”
(Al-Isra’: 9)

“DAN TIDAKLAH ORANG KAFIR ITU MELIHAT BAHAWA SESUNGGUHNYA LANGIT-LANGIT DAN BUMI ITU (DAHULUNYA) ADALAH SEKETUL, LALU KAMI PISAHKAN KEDUANYA”
(Al-Anbiya’:30)

Ayat ini menerangkan bahawa langit-langit (tiap-tiap sesuatu di atas kita dinamakan langit) dan bumi asalnya adalah satu bahagian atau satu ketul kemudiannya dipisahkan di antara keduanya dengan cara yang beransur-ansur. Maka, terjadilah daripadanya langit dan bumi yang mengelilingi matahari.

Sesungguhnya, banyaklah ayat-ayat ilmiah (pengetahuan) yang menjadi mukjizat al-Quran sejak 13 abad yang lalu ada terbukti kejadiannya di dunia pada hari ini. Bahkan, makin bertambah ilmu pengetahuan manusia, makin teranglah kebenaran al-Quran. Dan sememangnya begitulah al-Quran itu tidak dapat difahami ayatnya berhubungan dengan kejadian alam dan ilmu pengetahuan melainkan dengan dasar-dasar ilmu.

Alangkah mulianya al-Quran, sebuah kitab Allah berisi segala hikmat. Tetapi malangnya, walaupun al-Quran itu masih ada, rohnya, ajarannya, falsafahnya telah kehilangan belaka.

(Sumber: Hadith 40 oleh Imam Nawawi)


"DAN DEMI SESUNGGUHNYA! KAMI TELAH MUDAHKAN AL-QURAN UNTUK MENJADI PERINGATAN DAN PENGAJARAN, MAKA ADAKAH SESIAPA YANG MAHU MENGAMBIL PERINGATAN DAN PELAJARAN (DARIPADANYA)?"
(Al-Qamar:17)(Al-Qamar:22)(Al-Qamar:32)(Al-Qamar:40)

IMAN CERMIN KEPERIBADIAN SETIAP INSAN

Tazkirah ALLAH SWT hanya akan menilai apa yang diperbuat dan dilakukan seseorang sebagai balasan dan bekalan pada hari kemudian kelak.

Sehubungan itu,orang tidak akan menilai lagi apa yang terpendam dalam hati seseorang. Sebaliknya, apa yang dizahir dan dilahirkan melelui anggota tubuh badan yang juga cerminan apa yang tersemat dalam hati itulah yang akan menjadi neraca penilaian.

Oleh itu , amalan tidak beretika dan tidak bermoral yang semakin berleluasa dalam masyarakat adalah isyarat hati yang ketandusan nilai kerohanian yang luhur dan jauh daripada prinsip ajaran Islam sebenar.

Pernah berlaku satu peristiwa seperti diriwayatkan oleh pasal bin Sa’ad yang berkata: “Ada seorang lelaki yang lalu melewati hadapan Rasulullah SAW lalu melewati hadapan Rasulullah SAW, lalu Baginda bertanya kepada sahabat yang duduk di sebela Baginda: Apakah pendapatmu mengenai orang ini?

“Maka sahabat itu pun berkata: Dia adalah seorang lelaki dari kalangan terhormat. Demi Allah! Orang ini sangat layak untuk dinikahi jika dia datang melamar, diberi syafaat jika dia meminta syafaat.

“Rasulullah pun diam seketika. Kemudian, datang pula seorang lelaki melewati hadapan Baginda. Baginda kembali bertanya: Apakah pendapatmu tertang orang ini pula?

“Lantas sahabat itu pun berkata: Wahhai Rasulullah! Dia ini adalah dari kalangan orang fakir miskin. Dia ini sememangnya layak ditolak jika datang melamar, tidak layak diberi syafaat jika dia meminta dan juga tidak layak diberi perhatian jika dia berbicara.

“Maka Rasulullah bersabda yang bermaksud: Orang ini (yang kedua) jauh lebih baik daripada orang yang pertama tadi.”

Jelas daripada kisah yang dipaparkan di atas bahawa nilai dan taraf seseorang manusia bukannya diukur daripada kebesaran rupa lahiriyahnya. Begitu juga bukannya daripada kekayaannya, kemuliaan nasab keturunannya, keterampilannya yang menarik dan kemasyhuran atau ketinggian pangkatnya di kalangan manusia ramai.

Sebaliknya, neraca piawaian sebenarnya di sisi Allah SWT ialah sepohon iman yang bertapak kukuh di dasar hatinya dan buah amal yang dihasilkan oleh pepohon iman yang dibajai dengan keikhlasan. Begitu juga dengan ketakwaan dan ketundukan yang penuh tulus ke hadrat Allah SWT.

Tidakkah Allah SWT berfirman dalam surah al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud: “Sesunggunya semulia-mulia kamu di sisi kamu ialah orang yang lebih takwanya antara kamu (bukan yang lebih keturunannya atau bangsanya)."

*untuk diriku dan juga dirimu

Erti rakan kongsi hidup..

Perkahwinan ialah salah satu daripada fitrah kehidupan manusia di dunia ini. Ikatan perkahwinan sering dikaitkan dengan bisikan hati dan perasaan halus yang wujud dalam sanubari manusia.

Perasaan begini terlalu sukar untuk difahami oleh individu lain kerana perasaan ingin berkongsi kehidupan dengan individu yang berbeza fizikal dan perasaan hanya terukir apabila gerakan dan bisikan hati mendesak individu tersebut melakukannya.

Islam mengharamkan ibu bapa memaksa anak berkahwin dengan orang yang tidak disukai olehnya.

Ini disebabkan perasaan cinta itu adalah satu anugerah Allah kepada manusia yang ingin membina kebahagiaan dalam perkongsian hidup dengan teman yang dapat menawan hatinya. Ini adalah satu asas utama dalam pembinaan perkongsian hidup antara lelaki dan wanita.

Apabila wujud perasaan cinta yang mendalam, lelaki dan wanita sanggup mengharungi bahtera kehidupan walaupun dalam kesukaran.

Kesabaran, pertimbangan akal yang rasional dan kesedaran dalam memegang amanah Allah adalah asas didikan Islam dalam pembinaan rumah tangga.

Konsep hidup mawaddah warahmah (kasih sayang) yang wujud dalam diri manusia tidak perlu kepada kursus dan ilmu yang tinggi. Ia adalah bisikan hati yang menyenangkan perasaan manusia yang berkongsi hidup dengan rakan yang berbeza jantina.

Oleh itu tidak ada sebarang petua yang ideal berhubung kait dengan perkahwinan kerana ia berkaitan dengan perasaan hati.

Terdapat kes di mana pasangan yang cacat anggota badan - bahagia dalam kehidupan berumah tangga walaupun salah seorang daripada mereka memerlukan banyak pengorbanan dalam kehidupan bersama.

Suasana begini wujud disebabkan oleh perasaan kasih sayang yang mendalam hingga membangkitkan semangat ingin berkorban.

Dalam soal perkahwinan, Allah meminta manusia supaya menanamkan perasaan kasih sayang, belas kasihan dan sabar. Ini disebabkan sesuatu yang berkaitan dengan perasaan dan bisikan hati tidak dapat dizahirkan dan dinyatakan kerana ia merupakan perkara yang amat sukar untuk difahami.

Bagi menjamin kebahagiaan rumah tangga, Allah dan rasul menyeru umat Islam supaya mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan.

Keimanan dan ketakwaan yang tinggi adalah penawar yang paling mujarab untuk mewujudkan perasaan belas kasihan, kesabaran dan penderitaan dalam hidup berumah tangga.

Perkahwinan dalam Islam didasarkan pada perasaan indah dan kerelaan memegang amanah Allah dalam pembentukan dan perkembangan umat manusia.

Apabila lelaki dan wanita memahami konsep perkongsian hidup berdasarkan pelaksanaan amanah, maka umat Islam akan kurang prihatin terhadap penderitaan batin dan kehendak hawa nafsu yang boleh meruntun seseorang melakukan sesuatu yang bertentangan dengan etika perkahwinan dan pelaksanaan amanah Allah.

Panduan yang dikemukakan oleh Allah di dalam al-Quran dalam soal perkahwinan lebih menumpukan perhatian kepada konsep menanggung amanah dalam memelihara isteri dan anak-anak. Allah cuba membuka minda umat Islam supaya mengimbangi kehendak hawa nafsu dengan pemikiran yang rasional.

Allah menciptakan manusia dengan hawa nafsu bertujuan untuk memperkembangkan umat manusia kerana matlamat manusia diciptakan adalah untuk menjadi hamba dan khalifah-Nya di dunia ini.

Hubungan antara suami dan isteri adalah perkara yang terlalu rahsia dan sukar untuk difahami oleh orang lain. Allah meminta pasangan yang berkahwin supaya bersabar, bertolak-ansur serta berkorban demi kebaikan diri mereka dan juga anak-anak.

Allah juga menunjukkan cara untuk menyelesaikan masalah perkahwinan di dalam al-Quran. Rasulullah s.a.w. menjadi contoh teladan kepada umat Islam dalam urusan rumah tangga.

Perceraian diizinkan apabila keadaan rumah tangga tidak boleh dipulihkan lagi. Allah juga menunjukkan cara-cara yang baik untuk bercerai.

Orang yang paling bertanggungjawab dalam penyelesaian rumah tangga ialah ahli-ahli keluarga dan rakan-rakan yang akrab bagi pasangan tersebut.

Apabila Allah menjelaskan bahawa ahli-ahli keluarga bertanggungjawab dalam penyelesaian rumah tangga, maka umat Islam perlu memahami soal rumah tangga, perceraian dan sebagainya bukan dapat diselesaikan dengan formula-formula yang berasaskan kepada andaian dan pemikiran manusia yang berbeza-beza corak hidup dan latar belakang.

Setiap pasangan hidup mempunyai perasaan, corak pemikiran dan persepsi berbeza. Oleh itu orang yang paling bijak dan warak pun tidak mampu untuk menyelesaikan permasalahan perkahwinan orang lain kerana perasaan manusia berbeza antara satu sama lain berdasarkan pada berlainan latar belakang, pendidikan dan pendedahan.

Oleh itu Rasulullah s.a.w. meminta umat Islam supaya melihat isteri atau suami sebagai rakan perkongsian hidup. Jika rumah tangga yang dibina itu dapat memberi kepuasan dan kebahagiaan hidup maka itu merupakan kebahagiaan yang perlu diteruskan.

Jika perkahwinan itu merupakan satu penderitaan batin maka perpisahan dibenarkan secara hormat dan dirahmati.