Menulis rancangan atau pelan perbelanjaan ini adalah penting untuk kita memantau atau menjejak setiap perjalanan wang kita. Seandainya kita mengabaikan perkara ini, bermaksud kita sebenarnya masih gagal di dalam mengurus kewangan kita.
Tahniah sekiranya kawan2 dapat mendisiplinkn diri dengan menyenaraikan setiap perjalanan (kredit dan debit) wang. Tak kisahlah sama ada korang menulis menggunakan buku lejar Microsoft Excel / Quicken / Microsoft Money, dll.
Di sini saya ingin berkongsikan sebuah perisian yang amat menarik untuk digunakan khususnya untuk kita mengawal setiap penjalanan wang kita. Jika sebelum ini kita merasa agak leceh dengan perisian Microsoft Excel, tapi melalui perisian ini buku lejar/akaun/simpan kira kita kelihatan lebih teratur, kemas dan rapi.
Perisian yang saya maksudkan itu ialah perisian Money Manager Ex yang dihasilkan oleh syarikat CodeLathe. Menariknya perisian pengurusan perbelanjaan ini adalah PERCUMA dan amat mudah untuk digunakan.
Ia turut menyediakan sebanyak 23 jenis bahasa termasuklah bahasa Melayu (Indonesia)bahasa Cina- Yii Hee Hung pun bleh pakai.:p. Jadi anda tidak punya masalah untuk memahami dan menggunakan. Bukan itu saja, anda boleh menyemak dengan lebih teliti perjalanan kewangan bulanan berdasarkan pada laporan dan carta kewangan bulanan anda. dan juga
Untuk memuat turun (download) perisian Money Manager Ex ini. Klik di sini.
http://www.codelathe.com/mmex/mmex_download.php
Pilih " Windows 2000/XP/2003 installer"
Cubalah dulu dan saya amat mengalu-alukan komen dari rakan-rakan setelah menggunakan perisian Money Manager Ex ini.
Saya pun masih baru dengan perisian ini..selama ni saya menggunakan perisian Quicken Premier untuk merekodkan semua transaksi harian - cash/online/bill payment/loan/credit card/investment (ASB and Intel Stock). saya masih menggunakan perisian ini so far. walau bagaimanapun, perisian ini agak complex kepada rakan-rakan yg masih baru dalam bidang pengurusan kewangan. so, saya syorkan guna perisian yg mudah dahulu. then, kemudian, boleh belajar perisian yg lebih complex seperti Microsoft Money and Quicken Premier.
Detail documentation for this software :
http://moneymanagerex.svn.sourceforge.net/viewvc/moneymanagerex/trunk/mmex/runtime/help/index.html
No comments:
Post a Comment