Thursday, September 17, 2009

Carta Berbelanja Rakyat Malaysia

Berdasarkan kajian Visa Travel Smart, pengembara Malaysia berada dalam senarai lima teratas gemar berbelanja barangan bebas cukai di Asia Pasifik dengan purata kos perbelanjaan AS$195 (RM678) seorang.

Malaysia berada di tempat keempat yang mana Korea berada dalam posisi teratas, dengan perbelanjaan sebanyak AS$358 (RM1,245.84) seorang, di ikuti oleh China sebanyak AS$333 (RM1,158.84) dan Hong Kong sebanyak AS$224 (RM779.52) seorang.

Kajian itu dilakukan terhadap 2,226 pengembara dari seluruh rantau Asia Pasifik.

Penilaian tabiat mengembara yang dilakukan terhadap pengembara menunjukkan pengembara Korea dan China membelanjakan lebih banyak wang mereka kepada barangan bebas cukai dengan masing-masing membelanjakan AS$358 (RM 1,245.84) dan AS$333 (RM1,158.84).

Jumlah perbelanjaan tersebut lebih AS$100 (RM 348) daripada purata perbelanjaan di rantau Asia.

Selain itu jugak, kajian ini juga ada menyatakan bahawa pengembara Australia dan New Zealand adalah paling banyak menggunakan kad kredit diikuti Korea dan China. Kemudahan pembayaran secara kad kredit di mana-mana mendorong para pengembara memilih kaedah pembayaran tersebut. Pembayaran tunai dilihat menyukarkan proses tukaran wang asing.