i met supervisor, and discuss about my PSM topic...smart card for student attendance..fuh...a lot of thing to be done..from the coding in C/C++ to PHP and MySql...futhermore, need to know well about networking..socket programming and also need to do market survey about the smart card. .firstly, i thought this is the simple project, but now i dont think so..i'll working on it with my partner...we have to split the work and likely i'm going to do more on smart card and also socket programming...the thing that i never learn in class!...it's ok..but, apparently i have to be more serious and find the information as well as enhancing my programming skills...
but for this semester i have to understand the flow and at the same time, trying to meet my objective(s)....
hopefully, Allah give me the strength to work harder and make me feel calm all the time...
Wednesday, August 03, 2005
Media Massa Barat dan Penghinaan Terhadap Islam
Assalamualaikum.....
PENGENALAN Sebagai sebuah institusi sosial, media massa kerapkali dikecam kerana menjadi salah satu punca utama kepada kebejatan masyarakat dan kegawatan umat. Tulisan-tulisan jurnalistik, ceramah-ceramah agama, wacana pendidikan atau ucapan-ucapan politik lazimnya menyimpulkan bahawa media massa merupakan sumber kepada pelbagai gejala sosial: pencemar budaya pribumi, ejen yang memberi representasi salah kepada citra Islam, sumber propaganda Yahudi untuk menjahanamkan umat Islam, penyemai nilai-nilai kebendaan, penyebar hedonisme dan nihilisme, faktor keruntuhan akhlak dan seterusnya.
Pada asasnya, penggunaan media massa seperti akhbar, radio dan televisyen sebenarnya berkait rapat dengan usaha membangunkan sosioekonomi umat. Organisasi-organisasi pembangunan seperti UNESCO misalnya memberi perhatian yang khusus kepada media massa supaya dapat memberi sumbangan kepada pembinaan bangsa dan negara, pengurangan kadar buta huruf, peningkatan mutu pemakanan dan kesihatan, peningkatan pendidikan dan membaiki taraf hidup negara-negara sedang membangun dan negara-negara miskin. Negara-negara membangun meletakkan harapan yang tinggi kepada media massa seperti untuk membina identiti bangsa dan budaya atau untuk pembangunan keseluruhannya. Selain itu, di peringkat antara budaya, media massa diharap supaya menjadi jambatan penting bagi dialog antara agama dan peradaban pelbagai bangsa di dunia. Namun, fungsi membina negara-negara sedang membangun dan fungsi antara budaya ini dianggap tercabar apabila kita mengkaji mekanisma, proses dan aliran media antara bangsa dan media antara budaya. Dependency Theory misalnya mengesahkan sumbangan media massa dalam mempromosikan pembangunan kapitalis dan menjadi saluran kepada “penjajahan” negara-negara miskin. Dalam tulisan-tulisan tentang hal ini, para pengkaji media kebanyakannya sepakat bahawa “kajian tentang media dan komunikasi massa adalah berdasarkan premis bahawa media menghasilkan kesan yang signifikan kepada masyarakat” walaupun tidak jelas kesepakatan tentang bagaimana keadaan dan sejauh mana kesan tersebut. PENGHINAAN TERHADAP ISLAM Demikianlah kesan, kuasa, pengaruh dan peranan media kepada masyarakat. Nampaknya dalam konteks yang tersebut itu, media massa lebih bersifat praktikal, bukannya abstrak atau filosofis bentuknya. Namun, kandungan media seperti laporan berita, informasi, hiburan, wacana politik, ekonomi, sosial, agama tidak dapat dielakkan daripada suatu sistem nilai, kepercayaan dan kuasa. Inilah yang menyebabkan media amat mudah untuk diputar-belitkan dan dimanipulasi untuk kepentingan sesuatu pihak yang menguasainya. Dalam hal ini, penggunaan media oleh barat sebagai senjata terhadap Islam bukanlah sesuatu yang baru. Masalah ini dapat dijejaki sejak 1,400 tahun iaitu ketika Islam and Kristian terlibat dalam Perang Salib pada kurun ke-11. Islam berkembang dengan pesat dan dilihat sebagai mengancam pihak berkuasa dan juga pihak gereja. Golongan elit terutamanya pemerintah berkempen untuk memberi imej-imej negatif tentang Islam bagi memastikan bahawa Islam tidak mempunyai simpatisan atau pengikut. Keadaan berterusan hingga ke hari ini khususnya selepas keruntuhan komunisme yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam “global power equation.” Kebangkitan semula kesedaran Islam dan perjuangan politik Islam menyebabkan Barat berusaha untuk memaparkan Islam sebagai musuh yang baru iaitu suatu kuasa global yang membawa ancaman ideologi dan ancaman fizikal. Ini menyebabkan pentingnya barat mengukuhkan semula kuasanya ke atas negara-negara yang kaya dari segi sumber ekonomi semulajadi. Dengan cara sedemikian maka identiti keagungan barat serta hegemoni mereka dapat dikekalkan. Media sebagai instrumen hegemonik digunakan sebagai alat penting untuk memburuk-burukkan Islam, memutar-belitkan fakta Islam dan mengherot-berotkan suasana sehingga Islam ditonjolkan sebagai pengancam. Umat Islam dilonggokkan dengan gambaran dan paparan yang menunjukkan mereka sebagai mundur, tidak rasional, misoginis, berbahaya dan manipulatif. Penghinaan terhadap Islam oleh media berlaku dalam beberapa cara. Antaranya adalah melalui kecaman yang langsung terhadap Nabi Muhammad, al-Quran dan prinsip-prinsip Islam. Kedua adalah dengan memutar-belitkan penafsiran ayat-ayat al-Quran dan hadith. Penghinaan juga berlaku dengan membuat tafsiran-tafsiran yang salah terhadap konsep-konsep Islam seperti jihad, fundamentalis, poligami dan sebagainya. Semua ini merupakan representasi yang salah oleh media, liputan yang berat sebelah atau tidak adil langsung dan penstereotaipan yang membahayakan umat Islam. Selepas peristiwa 11 September, media barat digunakan sepenuhnya oleh oleh pihak-pihak tertentu untuk menyerang Islam dengan cara yang sengaja, lebih agresif dan lebih meluas. Penyerangan Afghanistan telah bermula melalui media dan malahan sebahagian besarnya berlaku melalui media untuk mewajarkan tindakan Amerika itu dan untuk mendapatkan sokongan antarabangsa. Usaha untuk menangkap Osama bin Laden bukanlah sekadar pemburuan ke atas orang yang disyaki menjadi perancang tragedi 11 September tetapi juga pemburuan ke atas rangkaian al-Qaedah dan semua gerakan serta organisasi Islam. Begitu juga dengan kempen Amerika ke atas Iraq. Media masa telah memainkan peranannya untuk menghancurkan umat Islam seluruhnya. MENANGANI CABARAN Bagaimanakah putar belit dan pengherotan media Barat terhadap umat Islam dapat ditangani? Negara-negara Islam yang mengandungi lebih satu bilion orang tidak mempunyai kuasa kawalan ke atas sumber-sumber maklumat dan ke atas cara bagaimana sumber-sumber itu mesti disebarkan atau dipancarkan walaupun mereka memiliki lebih 600 akhbar harian, 1,500 mingguan, 1,200 majalah bulanan dan lebih 500 penerbitan Islam yang pelbagai. Pengamal-pengamal media di kalangan orang Islam tidak mempunyai strukturnya sendiri yang bebas. Dengan ini tidak berlakulah kerjasama, pertukaran idea dan pengalaman atau perkongsian kepakaran di kalangan mereka. Akibatnya, terdapatlah pertindihan dan pembaziran tenaga yang sememangnya terhad. Suatu pendekatan Islam yang mantap dalam proses komunikasi massa perlulah diwujudkan dengan segera melalui kerjasama yang kuat antara pengamal-pengamal media. Pada peringkat tempatan, struktur ini sepatutnya dibina dan disuburkan dengan segera supaya dapat mewujudkan struktur dan rangkaian antarabangsa yang berkesan. Masalahnya sekarang ialah kurangnya kerjasama; kurangnya pertukaran idea, pengalaman dan kepakaran di kalangan pengamal-pengamal atau pengkaji media sama ada di peringkat tempatan, nasional apatah lagi antarabangsa. Satu lagi usaha yang penting ialah membangunkan kepakaran dan tenaga terlatih di kalangan umat Islam dalam bidang media dan komunikasi massa. Tenaga terlatih ini perlu mengisi “pusat kuasa” media untuk membentuk watak dan peribadi media massa yang Islamik. Oleh itu badan penyelidikan dan latihan media Islam perlu diwujudkan bagi memainkan peranan ini. Badan ini boleh menjalankan pelbagai usaha yang bermakna seperti mewujudkan kumpulan pemantauan media, kempen literasi media, menyediakan direktori pengamal media di kalangan umat Islam, mengadakan seminar dan konvensyen di kalangan pengamal-pengamal media Islam dan bukan Islam, dan menghasilkan bahan-bahan bacaan untuk meningkatkan pengetahuan tentang media. Dibentangkan di Bengkel Peranan Media Massa dan Sastera untuk Pembangunan Ummah dari Perspektif Islam pada 28 Januari 2003 anjuran IKIM BIBLIOGRAFI Aslam Abdullah (1987), “Muslim media”, kertas kerja, persidangan anjuran Kementerian pendidikan Malaysia. Boyd-Barrett, J.O (1982), “Cultural dependency and the mass media” dalam Culture, society and the media , 174-195. Cooper, Thomas W. (1989), Communication ethics and global change, New York: Longman, xi. Gerbner, G. (1967), “An institutional approach to mass communication research.” Dalam Thayer, L. (ed), Communication Theory and Research, Springfield: Charles C. Thomas. Hamid Mawlana, “Communication, ethics, and the Islamic tradition” dalam Thomas Cooper, Communication ethics and global change, New York: Longman, 137-146.

Tuesday, August 02, 2005
My first blog
apa aku nak tulis? hahah..ni kiranya second blog web..aku dah ada satu..kat friendster..
masa2 akan datang, may be banyak skit boleh tulis..sekrang ni tengah pening ngan Projek Sarjana Muda.dan bermaca2 jenis mini projek lagi..yang aku kena settle kan..tapi, skrg selambanya boleh lepak2 lagi...tak lama tu...ish..ish..kena insaf cepat2..
apa2 pun, aku kena belajar bersungguh2..cam orang lain gak..hehehe...
bye
assalamualaikum...

Subscribe to:
Posts (Atom)