Friday, June 29, 2007

Mengaku secara sedar kehebatan diri kunci kejayaan

SEORANG insan yang bertaubat daripada keterlanjuran mempunyai rasa harga diri sangat rendah membawa kepada putus asa, malah ada membunuh diri. Kesakitan fizikal, seksaan mental dan deraan emosi memang tidak tertanggung. Pandangan negatif yang menghina penuh celaan daripada masyarakat keliling memang tidak dapat dielakkan.

Itu hanya seksaan dan balasan di dunia. Untuk menghadapi cabaran dahsyat ini, selain mendekatkan diri kepada Allah kita perlu bina kekuatan dalaman. Proses membersih diri adalah tazkirah yang perit daripada Allah. Perkara itu lebih dirasai apabila seseorang wanita itu mengandung dan melahirkan anak tanpa mempunyai suami sah.

Kesan peristiwa ini sangat mendalam dalam diri mereka, malah menghantui kehidupan mereka sehingga akhir hayat. Mereka ini tiada pilihan kecuali bertaubat nasuha, reda menerima ujian Allah dan cuba melawan perasaan berdosa, hina dan memperkasa diri.

Memperkasa diri melawan perasaan hina diri memerlukan seseorang mengubah gaya hidup, menukar cara bersosial, mencari rakan baru yang salih dan paling penting berfikiran positif. Perkara yang sukar dilakukan pada awalnya boleh membuahkan hasil menakjubkan.

Seseorang itu akan rasa lebih tenteram, sihat mental, bertenaga dan positif menjalani kehidupan. Sentiasa beristighfar (memohon ampun) kepada Allah dan sentiasa memperbaharui niat untuk melakukan amalan salih dan tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu lagi.

Anak kunci kepada kejayaan adalah terus melakukan perubahan positif dan ia bermula dengan mengenali diri. Cabaran untuk mengenal diri bermula dengan memahami dan menerima diri kita. Ia bukan bermaksud kita tidak boleh memperbaiki diri. Jika kita fikir tidak cukup baik, kita mesti belajar bekerja lebih kuat, berubah menjadi lebih baik dan memperbaiki diri .

Sering kali kita mencari faktor luaran dan percaya bahawa kita kekurangan kasih sayang, ilmu, kejayaan dan kepuasan. Jarang sekali kita mengaku secara sedar bahawa tenaga atau kuasa hebat itu berada dalam diri kita. Cabaran kita sebagai manusia adalah untuk sedar apa yang sekarang ini berada di bawah sedar.

Setiap insan dilahirkan dengan pelbagai potensi berjaya seperti firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami mencipta insan dalam bentuk penciptaan yang terbaik.” (Surah At-Tin, ayat 4)

Kita dilahirkan dengan anugerah, kebolehan, kekuatan dan keperibadian tersendiri yang menjadikan kita unik dan berbeza daripada orang lain. Sepanjang kehidupan, kita juga memperoleh pelbagai kemahiran dan ilmu yang membolehkan kita menjalani kehidupan dengan cara tersendiri. Kebanyakan kita bersikap agak tertutup untuk mengenali kekuatan dan cara kita yang tersendiri.

Bila kita mengenali diri, kita akan kurang terikat kepada diri dan keunikan akan terserlah. Kita juga akan menjalani hidup dengan menggunakan potensi diri secara optimum. Nur hidayah Allah sentiasa menerangi seluruh alam dan hambanya.

Firman Allah yang bermaksud: “Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah misykaat yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam gelok kaca, gelok kaca itu laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak daripada pokok yang banyak manfaatnya; (iaitu) pokok zaitun yang bukan saja disinari matahari semasa naiknya dan bukan saja semasa turunnya; hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinar nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda): cahaya berlapis cahaya, Allah memimpin sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang dan peraturannya) kepada nur hidayahnya itu; dan Allah mengemukakan pelbagai contoh perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah An- Nur, ayat 35)

Penghalang kepada perubahan dan kemajuan diri adalah kita sendiri. Oleh itu, antara rahsia kejayaan diri adalah berdoa, berzikir, bersembahyang, bertafakur, melakukan muhasabah diri dan menggilap hati. Ia bagi memastikan nur hidayah Allah dapat menembusi diri kita dan tidak terhalang oleh hati gelap.

Apapun, kita sering kecundang dalam usaha menyerlahkan potensi kerana masalah dan cabaran. Daripada perspektif spiritual, masalah dan cabaran bukanlah ancaman, tetapi ia membuka ruang untuk kita memahami dan menerima kenyataan mengenai diri.

Dengan berbekalkan kesedaran, kesungguhan, keikhlasan, sikap terbuka dan tawakal yang tinggi kita dapat memenuhi antara ciri masyarakat bertamadun iaitu memperkasakan diri.

Peluang huni syurga besar, tetapi tak direbut


DARIPADA Abdullah, katanya Rasulullah SAW bersabda kepada kami: “Tidakkah kamu gembira bahawa satu perempat daripada penghuni syurga itu daripada kamu?” Kata Abdullah, kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula Baginda: “Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu daripada kamu?” Kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah SAW berkata: Sesungguhnya saya mengharap bahawa satu perdua daripada penghuni syurga itu daripada kamu. Ketahuilah! Bahawa bandingan jumlah kaum Muslimin dengan kaum kafir itu, laksana sehelai bulu putih ditubuh sapi hitam atau sehelai bulu hitam di tubuh sapi putih.” (Hadis riwayat Muslim)

Umat Islam seharusnya bersyukur kerana dikurniakan hidayah yang benar dan diredai Allah. Namun, fenomena hari ini memperlihatkan kepada kita tidak semua yang menganut Islam itu benar-benar menghayati ajaran agamanya bahkan ada juga yang memilih agama lain.

Betapa mudahnya iman mereka goyah kerana godaan dan hasutan duniawi. Oleh itu, benarlah seperti sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam itu ramai, namun nilaian mereka hanyalah seperti buih di lautan yang tidak mendatangkan apa-apa kesan.

Mereka mudah dipermainkan pihak musuh, bahkan mereka sendiri bertelagah di antara satu sama lain. Justeru, peluang untuk kita menghuni syurga Allah amat besar namun peluang itu tidak direbut oleh semua orang.

Ramai berebut mengejar nikmat dunia yang sedikit ini berbanding dengan nikmat akhirat yang jauh lebih besar. Kesesatan manusia hari ini tidak mustahil membuatkan iman mereka semakin kurang yang akhirnya cara hidup mereka seolah-olah tiada bezanya lagi dengan orang kafir.

Wednesday, June 13, 2007

Tips Pengurusan Kad Kredit Anda...

Dengan hasil pulangan sebegini lumayan, hampir kesemua bank berebut-rebut untuk mendapatkan pelanggan bagi menguasai pasaran kad kredit di Malaysia, samada melalui pelanggan baru mahupun pindahan baki dari kad kredit lama. Ini termasuklah Bank Islam yang juga telah memperkenalkan kad kredit mereka sendiri yang berbentuk pembiayaan Islamik. Saya berpendapat, bukan menjadi satu kejutan lagi, jika lebih banyak institusi kewangan lain seperti Bank Rakyat, Malaysian Building Society, Syarikat Insurans & syarikat Unit Trust turut ‘terjun’ ke dalam pasaran ini nanti, samada secara terus menerus, mahupun melalui anak syarikat mereka.

Perkara-Perkara Asas Mengenai Kad Kredit

Untuk melangsai hutang kad kredit, memang tiada jalan lain untuk anda selesaikannya melainkan anda membayar balik apa yang sudah terhutang. Sebelum merangka plan atau strategi untuk menyelesaikan kad kredit, anda perlu sedar beberapa perkara mengenai kad kredit.

  1. Secara kasar, interest kad kredit 1.5% sebulan atau kadar APR 18% - 21% setahun.

  2. Tempoh Tanpa Interest (Interest-Free Period) biasanya 20 hari dari Tarikh Penyata Bil Bulanan

  3. Caj pengeluaran tunai biasanya 5% atau minima RM 50 (yang mana lebih tinggi) bagi setiap kali pengeluaran dibuat (tidak termasuk caj faedah bulanan)

  4. Caj RM 5 atau 1%-3% (yang mana lebih tinggi) dari bayaran minima bulanan untuk setiap kad bagi pembayaran lambat (Late Payment Interest)

  5. Pada sesetengah bank, jika anda gagal membuat pembayaran pada bulan tersebut, caj tambahan RM50 akan dikenakan ke atas baki hutang kad kredit.

  6. Apabila anda gagal membayar kad kredit anda selama 1-2 bulan, ia sudah pun dimasukkan ke dalam rekod kredit anda di Bank Negara Malaysia (Laporan CCRIS).

Tanda-Tanda Anda Akan Menghadapi Masalah Hutang Kad Kredit

  • Pada mulanya, anda berjanji akan membayar sepenuhnya barang yang dibeli melalui kad kredit, tetapi cuma bayar sebahagian kecil sahaja apabila penyata diterima.
  • Kad kredit anda sudah penuh atau over-limit.
  • Anda cuma bayar 'minimum payment' setiap bulan
  • Anda gagal membuat bayaran 1-2 bulan (bayaran tertunggak) à masuk rekod kredit CCRIS
  • Anda selalu membuat pengeluaran tunai dari kad kredit.
  • Anda berhutang pada 2-3 kad kredit, atau lebih.
  • Anda disenarai-hitam oleh institusi perbankan atau dihadapkan ke mahkamah kerana gagal membayar hutang kad kredit anda

Apa Jadi Apabila Anda Hanya Membayar Jumlah Minima Setiap Bulan?

Dengan hanya membayar jumlah minima setiap bulan, hutang kad kredit RM 10,000 akan selesai sepenuhnya selepas lebih 89 pembayaran atau 7.4 tahun dengan jumlah faedah berbayar RM 4,055.

Year

Beginning
Balance

Interest @
18.0%

Annual
Payment

Ending
Balance

1.0

$10,000

$1,491

$4,970

$6,521

2.0

6,521

972

3,241

4,253

3.0

4,253

634

2,113

2,773

4.0

2,773

413

1,378

1,808

5.0

1,808

270

899

1,179

6.0

1,179

175

625

729

7.0

729

91

600

220

7.4

220

9

229

(0)

Bagi Jumlah hutang kad kredit RM 20,000 pula, ia akan selesai sepenuhnya selepas lebih 109 pembayaran atau 9.1 tahun dengan jumlah faedah berbayar RM 8,341.

Year

Beginning
Balance

Interest @
18.0%

Annual
Payment

Ending
Balance

1.0

$20,000

$2,982

$9,939

$13,042

2.0

13,042

1,945

6,482

8,505

3.0

8,505

1,268

4,227

5,546

4.0

5,546

827

2,756

3,617

5.0

3,617

539

1,798

2,359

6.0

2,359

352

1,172

1,538

7.0

1,538

229

764

1,003

8.0

1,003

144

600

547

9.0

547

55

600

2

9.1

2

0

2

(0)

Jadi, kesimpulan yang anda boleh dapat dari illustrasi di atas adalah, jika anda hanya membayar jumlah minima setiap bulan, : -

“semakin tinggi jumlah hutang kad kredit anda, semakin lamalah hutang kad kredit itu akan selesai dan lebih banyak faedah yang anda perlu bayar kepada bank”


dan jika anda terus membayar bulanan pada kadar minima dan kemudian, mengguna-semula kad kredit tersebut, maka hutang kad kredit anda tidak akan selesai sampai bila-bila pun!

Tetapi, jika anda sentiasa membayar 5% dari had kredit anda, (contoh : Had Kredit RM 10,000 dan anda membayar RM 500 setiap bulan, tanpa mengguna kad kredit itu semula), hutang kad kredit anda akan selesai dalam masa 2 tahun sahaja.

Bagaimana Untuk Mengurus Hutang Kad Kredit Anda?

Jika anda mempunyai sejumlah wang yang besar, anda boleh gunakan ia untuk mengurangkan atau menyelesaikan hutang kad kredit anda. Daripada melaburkan wang tersebut ke dalam akaun simpanan tetap yang hanya memberi pulangan 3.5% setahun atau ke dalam pelaburan yang hanya beri pulangan 9.25% setahun, adalah lebih sesuai jika anda selesaikan hutang kad kredit yang caj faedah 18% - 21% setahun ke atas anda.

Jika anda tidak mempunyai sejumlah wang yang besar dan hanya boleh menyelesaikan hutang kad kredit secara ansuran bulanan, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian.

1 – Pengurusan Risiko

Jika anda mempunyai hutang kad kredit lebih RM 5,000, anda seharusnya melindungi diri anda dengan Insurans kad kredit atau Insurans hayat. Mengapa insurans itu penting? Ini kerana, jika berlaku kematian atau cacat keseluruhan (lumpuh) ke atas diri anda, keluarga anda terpaksa menanggung beban hutang kad kredit anda. Menjadi lumpuh memang menyusahkan, tetapi menjadi lumpuh tanpa pendapatan berterusan dan hutang yang banyak adalah lebih perit lagi untuk ditanggung oleh keluarga anda.

2 – Cari Punca Masalah : Mengapa Berhutang Kad Kredit?

Cara mudah untuk mengesan masalah ini adalah dengan membuat Penyata Aliran Tunai Bulanan (Monthly Cash-Flow Statement). Cara membuatnya cukup mudah dan ringkas :-

+ Pendapatan Bersih Bulanan
(-) Pembayaran Bulanan untuk Pinjaman
(-) Perbelanjaan Bulanan _____________________
= Baki Positif (Surplus) atau Baki Negatif (Defisit)?

Kalau ada surplus (+), ini bermakna anda mempunyai lebihan wang yang tidak dibelanjakan dan wang ini boleh digunakan untuk membayar lebih kepada baki hutang kad kredit anda. Kalau baki defisit (-), maknanya anda berbelanja lebih dari pendapatan anda i.e berbelanja lebih dari kemampuan anda. Jadi, tidak hairanlah anda berhutang kad kredit!

Apabila mempunyai baki defisit, anda perlu mengambil tindakan secepat yang mungkin, sebelum anda menghadapi masalah kewangan yang lebih besar seperti gagal membuat bayaran bulanan kepada hutang pinjaman anda dan seterusnya dihadapkan ke mahkamah kerana gagal bayar!

Antara tindakan yang anda perlu buat adalah :-
a- Kurangkan perbelanjaan semaksima yang boleh terutamanya yang tidak penting.
b- Susun-semua pinjaman sedia ada (re-financing) sebelum anda menghadapi masalah kewangan
c- Tambah pendapatan sampingan jika boleh

Pengurusan Hutang Kad Kredit (Debt Management)

Untuk menyelesaikan hutang kad kredit, anda boleh memilih antara 3 cara di bawah :-

1 – Melalui pembiayaan-semula pinjaman rumah anda

Jika nilai pasaran rumah anda sudah naik (biasanya selepas 2-3 tahun rumah siap sepenuhnya), anda mempunyai pilihan untuk menyusun-semula pinjaman rumah anda melalui proses pembiayaan-semula pinjaman (re-financing). Bukan sahaja anda boleh mengambil kesempatan ke atas pakej pinjaman yang menawarkan pakej pinjaman tanpa yuran guaman dan kadar faedah terendah sekarang, malahan duit lebihan yang didapati dari pembiayaan-semula rumah anda boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang-hutang kad kredit tersebut.

Dengan mengumpul semua hutang kad kredit ke dalam satu akaun pinjaman rumah yang baru (debt consolidation), ia akan meringankan beban anda dari terpaksa pergi ke 4 - 5 bank sehari kepada 1 bank sahaja atau lebih mudah lagi, berurusan dengan 1 bank secara online/internet. Kadar faedah baru yang dikenakan juga lebih rendah iaitu 6.25% setahun berbanding kadar faedah kad kredit 18% - 21% setahun. Jadi, anda akan dapat menyelesaikan hutang kad kredit itu tadi dengan lebih cepat jika anda membayar pada jumlah yang sama, tetapi pada kadar faedah yang lebih murah berbanding dulu. Di sinilah penjimatan dari segi pembayaran faedah dapat dinikmati.

Bagi mereka yang mempunyai komitmen bulanan yang tinggi pula, mereka akan mendapati komitmen bulanan mereka kini berkurangan kerana hutang kad kredit tadi sudah diletakkan bersama hutang pinjaman rumah yang mempunyai kadar faedah lebih rendah. Cara ini memang berguna kepada mereka yang mempunyai baki aliran tunai yang negative (defisit) supaya mereka tidak menghadapi masalah kewangan dalam membuat pembayaran pinjaman di masa akan datang.

Walaubagaimana pun, anda dinasihatkan untuk tidak membiayai-semula pinjaman rumah anda begitu sahaja, tanpa membuat perancangan kewangan yang sempurna. Ini kerana, walaupun anda memilih pinjaman rumah baru yang mempunyai kadar faedah lebih rendah, tempoh pinjaman rumah itu biasanya sangat lama dan ini akan menyebabkan anda menanggung jumlah faedah yang besar dalam jangka masa panjang jika anda tidak membuat pembayaran lebih.

Dengan bantuan Perancang Kewangan kami, anda boleh menyusun-semula pinjaman rumah anda bersama hutang-hutang kad kredit lain ke dalam pakej pinjaman yang bersesuaian dengan keperluan anda supaya anda dapat menyelesai semua hutang pinjaman rumah dan kad-kad kredit anda dengan lebih cepat serta mengawal dan mengurus kewangan anda dengan lebih sistematik lagi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan khidmat perancangan pinjaman rumah di atas, sila klik kepada >>Loan Planning<<

2 – Melalui ansuran bulanan jika baki aliran tunai positif (surplus)

Jika anda tidak memiliki rumah yang sudah naik nilai pasarannya, tetapi mempunyai baki aliran tunai positif (ada lebihan wang yang tidak dibelanjakan setiap bulan), perkara utama yang perlu anda lakukan adalah menyediakan Tabung Kecemasan antara RM 500 - RM 1,000 atau 1-2 bulan gaji, bergantung kepada keadaan kewangan dan keperluan anda. Ini untuk mengelakkan anda dari terlalu kerap membuat pengeluaran tunai dari kad kredit anda bagi menampung keperluan kecemasan dalam jumlah kecil seperti balik kampung, kereta rosak, demam biasa dan sebagainya. Tabung kecemasan ini boleh anda simpan di dalam ASB atau Tabung Haji, berbanding akaun simpanan bank yang biasanya hanya memberi pulangan 1% – 2% setahun sahaja. Untuk risiko kehidupan yang lebih besar, anda dinasihatkan supaya memiliki insurans hayat atau insurans kad perubatan.

Gunakan lebihan wang yang anda tidak belanjakan itu, untuk membayar lebih kepada kad kredit yang mempunyai caj faedah yang lebih tinggi dari kad kredit lain. Contohnya, kad kredit konvensional mengenakan caj bulanan 1.5% berbanding kad kredit islamik 1.25% sebulan.

Jika kad kredit anda mempunyai promosi caj faedah rendah untuk tempoh tertentu bagi pindahan baki dari kad kredit lain, gunakan ia untuk mengurangkan caj faedah yang anda perlu tanggung. Promosi sebegini biasanya terdapat di kalangan bank-bank luar seperti Citibank & Standard Chartered yang menggalakkan anda memindah baki kad kredit anda ke dalam kad mereka.

Jika semua kad kredit anda mengenakan caj faedah yang lebih kurang sama, maka gunakan lebihan wang tadi untuk membayar kad kredit yang mempunyai baki yang terendah dulu. Lebih banyak baki kad kredit yang anda kurangkan, lebih cepat ia akan selesai. Anda sendiri akan merasa lebih seronok apabila melihat satu persatu kad kredit anda dapat diselesaikan (moral boost). Dengan cara begini, ia akan mengurangkan jumlah kad kredit di dalam pegangan anda kerana setiap kad kredit yang anda pegang, mempunyai yuran tahunan yang perlu dibayar.

Sesetengah orang gemar membuat potongan simpanan (forced saving) ke dalam akaun ASB atau Tabung Haji. Jika anda membuat potongan gaji bulanan ke dalam akaun pelaburan yang memberi pulangan sekadar 7% - 9% setahun, adalah lebih sesuai jika anda tangguhkan dulu simpanan bulanan tersebut dan tumpukan lebihan wang anda untuk membayar sebanyak mungkin ke atas baki hutang kad kredit anda.

Contoh: Potongan ASB/Simpanan bank RM200 sebulan. Setahun ada RM2,400.
Jika simpan di bank, dapat 2% setahun = RM 48
Jika simpan di pelaburan ASB, dapat 9% setahun = RM 216
Jika bayar pada kad kredit, jimat faedah 18% setahun = RM 432

Anda perlu ingat bahawa FAEDAH adalah sesuatu yang anda perlu bayar kepada bank.
Mana lebih baik? Anda dapat RM 216 atau anda tidak perlu bayar faedah RM 432?
(Nota : Ini cuma kiraan kasar sahaja)

Bagi menunjuk illustrasi sejauh mana keberkesanan pembayaran lebih ke atas kad kredit anda ini, saya gunakan contoh jumlah hutang kad kredit RM 10,000 tadi. Pembayaran minima setiap bulan hanya akan menyelesaikan baki hutang kad kredit anda selepas lebih 89 pembayaran atau 7.4 tahun dengan jumlah faedah berbayar RM 4,055.

Tetapi, hanya dengan menambah RM 100 sebagai bayaran lebih ke atas baki kad kredit anda, kini ia akan selesai selepas 41 pembayaran atau 3.4 tahun dengan jumlah faedah berbayar RM 2,470 sahaja.




Year

Beginning
Balance

Interest @
18.0%

Annual
Payment

Ending
Balance




1.0

$10,000

$1,403

$5,875

$5,527




2.0

5,527

736

3,653

2,610




3.0

2,610

301

2,212

699




3.4

699

31

730

0

3 – Melalui ansuran bulanan tetapi mempunyai baki aliran tunai negatif (defisit)

Jika anda tidak mempunyai rumah yang sudah naik nilai pasarannya dan mempunyai baki aliran tunai yang negative (defisit), perkara penting yang anda mesti buat adalah cuba ubah-suai semua perbelanjaan bulanan anda dengan mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting semaksima yang boleh seperti rokok, suratkhabar/majalah, kosmetik dan sebagainya.

Jika baki aliran tunai masih lagi negative selepas pengubah-suaian perbelanjaan bulanan, besar kemungkinan ia disebabkan komitmen bulanan yang tinggi ke atas bayaran pinjaman-pinjaman anda (terutamanya dari hutang kad kredit). Samada anda sedar atau tidak, anda sebenarnya di dalam keadaan bahaya kerana setiap bulan anda berbelanja lebih dari kemampuan anda. Dalam erti kata lain, setiap bulan hutang anda semakin bertambah.

Sebelum anda menghadapi masalah kewangan yang lebih teruk seperti gagal membuat pembayaran ke atas pinjaman-pinjaman anda dan diseret ke mahkamah, anda perlu menyusun-semula baki hutang kad kredit anda itu dengan memindahkan ia ke dalam pakej pinjaman yang mempunyai caj faedah lebih rendah seperti pakej pinjaman peribadi di Bank Rakyat.

Cara sebegini juga dipanggil ‘Debt Consolidation’ dan hanya perlu digunakan apabila anda sudah tidak mempunyai pilihan lain untuk mengurangkan komitmen bulanan anda agar tidak menghadapi masalah kewangan yang lebih besar kelak.

Contoh : Baki kad kredit RM 15,000 untuk 3 kad kredit dari pelbagai bank. Bayaran bulanan minima 5% tentunya RM 750. Jika jumlah hutang kad kredit RM 15,000 itu dikumpulkan dan diletakkan ke dalam satu akaun pinjaman peribadi dengan kadar faedah 7.55% setahun untuk tempoh 7 tahun, komitmen bayaran bulanan akan berkurangan menjadi RM 273 sebulan. Dalam erti kata lain, dengan pengurangan komitmen bayaran bulanan, anda sudah boleh menarik nafas lega.

Cuma dari segi penjimatan faedah, ia sebenarnya tidak menguntungkan anda kerana kadar faedah sebenar bagi pinjaman peribadi 7.55% setahun itu adalah 13% setahun (mengikut kadar APR) dan tempoh pinjaman anda juga telah dipanjangkan kepada 7 tahun i.e. 84 bulan. Memang dari segi komitmen bulanan, anda untung kerana komitmen bulanan berkurangan, tetapi jumlah faedah yang anda perlu bayar sekarang sudah bertambah atas sebab-sebab di atas. Oleh itu, apabila kewangan anda sudah bertambah kukuh, cuba bayar lebih kepada pinjaman peribadi anda pula supaya ia cepat selesai dan jumlah faedah berbayar dikurangkan.

Tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah mengawal perbelanjaan anda melalui belanjawan bulanan atau membuat penyata aliran tunai bulanan. Penyata aliran tunai ini akan mengingatkan anda – apa yang perlu dibelanjakan setiap bulan supaya anda tidak berbelanja lebih dari kemampuan anda lagi dan ditimpa masalah hutang yang sama seperti dulu.

Diharap tips kewangan yang saya beri ini dapat membantu anda. Terima kasih.


KOMEN ??

Sejuta wanita Malaysia makin gebu, gempal, gemuk


Kajian Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan menunjukkan hampir 20 peratus penduduk dewasa dan 21 peratus kanak-kanak di negara ini mengalami ‘Masalah 3G’ iaitu Gebu, Gempal dan Gemuk.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, kajian tahun lalu itu menunjukkan satu juta atau 18.8 peratus wanita berusia 25 hingga 64 tahun adalah gemuk, manakala bagi lelaki sebanyak 13.9 peratus atau 850,000 orang.

Beliau berkata, ini bermakna bagi setiap 100 orang di kalangan mereka yang berumur 25 hingga 64 tahun, terdapat 14 orang lelaki yang gemuk sementara bagi wanita pula seramai 19 orang.

Trend obesiti yang serupa, katanya, turut melanda kanak-kanak.

Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke atas 12,000 murid sekolah di Semenanjung Malaysia menunjukkan 10.5 peratus daripada mereka berlebihan berat badan dan enam peratus dikategorikan sebagai gemuk.

‘‘Kalau dulu mungkin orang yang gebu, gempal serta gemuk dikatakan sihat dan sejahtera tetapi kini tidak lagi kerana ia menjurus kepada bahaya dan bencana.

“Gejala 3G sekarang sudah menjadi masalah kesihatan yang semakin serius, justeru langkah-langkah pencegahan perlu dilaksanakan oleh semua pihak,” kata Soi Lek pada seminar kesihatan Masalah 3G dan Kesannya Kepada Kesihatan Wanita anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon.

Soi Lek berkata, berbanding kajian serupa 10 tahun lalu, jumlah penduduk dewasa berumur 18 tahun ke atas yang berlebihan berat badan adalah 16.6 peratus sementara kegemukan dianggarkan 4.4 peratus.

Beliau menambah, Malaysia merupakan negara rantau Asia Tenggara yang mempunyai masalah kegemukan kedua tertinggi.

Tegasnya, pendidikan kesihatan yang betul amat penting kerana kegemukan adalah permulaan untuk mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung koronari, diabetes dan strok.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kegemukan turut meningkatkan risiko mendapat kanser payu dara, kanser kolon, prostat, uterus, buah pinggang dan penyakit pundi hempedu menerusi perubahan hormon akibat kegemukan.

‘‘Kegemukan juga menjadi penyumbang kepada penyakit sendi atau ‘osteoartritis’ yang kerap dialami oleh golongan dewasa sehingga mengehadkan pergerakan mereka,” katanya.

Perkembangan ini antara lain berpunca daripada perubahan gaya hidup rakyat negara ini ekoran pertumbuhan pesat sosioekonomi yang memberangsangkan.

Sehubungan itu, Soi Lek mahu dua amalan asas dipatuhi oleh semua terutama kanak-kanak iaitu mengambil makanan berkhasiat mengikut keperluan tubuh dan melakukan aktiviti fizikal mencukupi.

‘‘Kegemukan tidak berlaku dalam sekelip mata. Penurunan berat badan juga tidak boleh dilakukan dalam tempoh singkat kerana mereka yang mengalami masalah 3G perlu menurunkan berat badan secara sistematik iaitu antara 0.5 hingga satu kilogram seminggu,” katanya.

Soi Lek menambah, penurunan berat badan yang drastik melalui pengambilan ubat-ubatan tidak diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan akan mendatangkan kemudaratan dan seterusnya kematian.



p/s : beramai2 lah subcribe 3G dari maxis or Celcom..hahahah..yg ni tak perlu risau..janji bayor aje bulan2..

Tuesday, June 05, 2007

Doktor, Saya dan Harga : Halalkah Pendapatan Doktor ?

Mula-mula kaki saya merasa sedikit sakit, saya menjangkakan ianya hanya sakit biasa dan akan hilang sendiri.

Harga di hospital boleh menakutkan
Keyakinan itu menjadikan saya terus buat tidak endah kesakitan di kaki kanan saya, dan terus ke sana ke mari walapun terpaksa berdengkut-dengkut sedikit.

Petang itu, sakitnya kelihatan bertambah dan amat sukar untuk menahan sakit ketika berjalan. Saya ga
gahi juga. Sebelah malam ia sampai ke kemuncak, sakit yang tidak dapat ditahan lagi. Sentuh di lantai pun sakit sangat, apatah lagi untuk memijak lantai.

Saya pelik, saya tidak pernah sakit begini, saya juga tidak ada terjatuh, terhentak dan lain-lain yang difikirkan logik boleh menyebabkan kesakitan begini.

Esoknya, saya ke sebuah pusat perubatan swasta. Malangnya saya tidak tahu untuk bertemu dengan doktor pakar bahagian apa. Sepanjang pengetahuan saya, tidak ada yang dinamakan doktor ‘pakar kaki'. JIka doctor pakar telinga, mata, tulang, kanak-kanak, jantung, saraf kerap juga saya dengari.

Akhirnya setelah merujuk bahagian pertanyaan, mereka mencadangkan saya bertemu pakar tulang. Maka menunggulah saya di atas kerusi roda beberapa minit, kemudian ambil darah dan urine test, x-ray kaki dan kemudian kembali bertemu doktor . Setelah 3 minit nasihat, saya disuruh pulang dan datang kembali esoknya untuk melihat keputusan.

Sebelum pulang saya dikehendaki membuat pembayaran terlebih dahulu. Bil dikeluarkan dan harganya hampir mencecah RM 400. Kos ‘consultation' doktor pakar tadi selama 5 minit juga mencecah RM 60. Perincian pembayaran juga ada di atas resit.

Apakah hukumnya kos seperti ini?

Jawab saya, inilah ‘gharar' dan ‘Jahalah' dalam harga perkhidmatan. Definisi Gharar menurut istilah Shariah ialah:

ما يكون مستور العاقبة أو الخطر الذي يستوي طرفاه , أي الوجود والعدم

Ertinya: Apa yang terlindung penghujungnya dan risiko yang sama tahap mungkin wujud atau tidak. (Bada'i As-Sonai'e, Al-Kasani, 5/263 ; Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 3/194)

Nabi Muhammad SAW menegaskan:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن بيع الغرر

Ertinya: "Nabi melarang daripada mengurus perniagaan dengan Gharar" (Riwayat Muslim, 5/3 )

Jahala pula bermaksud ketidaktahuan dengan jelas samada barang dibeli, atau harga barang yang perlu bayar. Justeru, secara ringkas, gambaran yang saya beritakan di atas termasuk dalam kategori ‘jahalah' dan boleh juga dikategorikan sebagai ‘gharar' atau ketidaktentuan.

Doktor, Klinik & Pendapatan Syubhah

Pengajaran ringkas saya dari tulisan ringkas ini adalah, para doktor perlu sedar, pendapatan mereka yang dihasilkan dengan cara ini adalah ‘syubhah' manakala sebahagiannya boleh dianggap tidak sah menurut Shariah.

Apa yang perlu dilakukan adalah mereka wajib mendedahkan dengan jelas sebarang kos rundingan atau rawatan sebelum ianya dilakukan. Jika perlu letak gantung di depan pintu, ye sila gantungkan saja. seperti

1 minit - 1 jam : kos rundingan : RM 60 dan sebagainya.

Cara ini dapat mengelakkan dari Jahalah dan Gharar berlaku dalam pendapatan mereka.

Ramai orang awam yang tidak biasa dengan kos doktor, mungkin sebahagiannya telah biasa dan maklum. Bagaimanapun andaian ‘orang sudah tahu harga' ini tidak menjamin elemen ‘jahalah' dapat dihindari.

Selain kos perundingan, kos ubat-ubatan yang diberikan juga menjadi ‘jahalah' dan ‘gharar' kedua.

Bayangkan, dalam kebanyakkan keadaan, orang ramai langsung tiada ‘kata' @ ‘have no say' untuk memilih ubat, semuanya di tentukan oleh doktor. Berbekalkan sangka baik kepada para doktor, semuanya redha dengan ubat yang dicadangkan oleh doktor, itu tiada isu.

Isunya adalah ubat-ubatan tersebut mempunyai harga yang pelbagai. Adakalanya kita tidak boleh memilih, sedangkan mungkin wujud ubat yang sama fungsinya tetapi lebih murah. Malangnya, doktor telah menulis kepada farmasi untuk diberikan ubat tertentu, maka pesakit tiada kuasa melihat harga, berbincang harga dan fungsi ubat. Jika boleh berbincang, maka masalah ‘jahalah' dapat dielakkan.

Dalam kes saya di atas tadi, iaitu hari esoknya apabila saya bertandang ke pusat perubatan itu, didapati tiada sebarang masalah pada tulang kecuali asid urik saya yang tinggi. Doktor pakar tulang terus meminta saya berjumpa dengan seorang doktor lain kerana beliau mengatakan sakit kaki saya kemungkinan adalah 'ghout'. Hari kedua ini juga hanya 4 minit bertemu tetapi dikenakan RM 60.

Rawatan hari pertama seperti harga x-ray tidak saya ketahui, harga ‘urine test', dan ujian darah, semuanya saya tidak ketahui sebeleum rawatan dilakukan. Ye, mungkin saya yang bersalah kerana tidak bertanya, tetapi demikianlah praktis majoriti orang awam, mereka tidak bertanya dan hospital atau pusat perubatan pula tidak memaklumkan. Pesakit sememangnya jarang bertanya, semuanya seolah-olah redha dengan apa juga harga yang diletakkan tanpa banyak soal. Itu bagi yang berkemampuan, bagaimana jika tidak berkemampuan.? Redha begini adalah tidak begitu menepati kehendak Shariah.

Ringkasnya, bagi mengelakkan jahalah dan gharar :-



1) Harga rundingan doktor perlu di nyatakan sebelum rundingan bermula.

2) Jenis ubat dan harga setiap ubat yang ingin dicadangkan kepada pesakit perlulah diberitahu.

3) Semua harga rawatan, pembedahan dan yang berkaitan perlu dimaklumkan sebelum ianya dilakukan.

Lebih malang lagi, ada sesetengahnya yang seperti mensyaratkan atau seolah mensyaratkan perkhidmatan ini dengan ubat ditempatnya sahaja. Ini sekali lagi membawa masalah Shariah di dalam industri perubatan apabila pesakit seolah dipaksa secara pakej untuk berubat dan membeli semua ubat yang dicadangkan tanpa sebarang soal. Biasanya pesakit memang tidak menyoal kerana mereka sakit dan hanya ingin sembuh secepat mungkin. Saya Cuma bimbang hasrat ingin sembuh ini menyebabkan mereka dinafikan hak untuk mengetahui harga ubat dan hak memilih.

Mekanik Kereta

Isu yang sama juga berlaku dalam industri servis kereta. Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah syarikat servis yang bagus apabila mereka pasti memberitahu pelanggan kos-kos yang terlibat sebelum sebarang servis dan pembaikan dibuat. Jika begini, alhamdulillah ia bertepatan dengan Shariah.

Masalahnya, ada juga yang sewenangnya menukar minyak gear, itu ini , tanpa memaklumkan kepada pelanggan, akhirnya pelanggan terpaksa membayar harga tinggi, sedangkan ia tidak bersetuju untuk menukar bahagian tertentu mungkin.

Maka, pendapatan para dokotr, klinik, hospital, mekanik kereta dan sapa juga yang mempunyai ciri pendapatan begini. Anda perlulah membuat perubahan dengan membuat pemakluman harga serta mendapatkan persetujuan pelanggan dengan lebih kerap. Ia menjamin harta dan pendapatan yang halal.

Adapun bagi orang awam pula, bagi mengelakkan anda terjebak dalam perkara syubahh ini, pastikan anda bertanya harga itu dan ini dengan jelas sebelum membut servis atau berubat.

Perunding & Peguam

Selain dua kumpulan yang saya nyatakan tadi, perunding mortivasi atau keluarga atau perancangan kewangan dan juga peguam juga perlu menyemak akan hal 'consultation fees' mereka. Adakah ianya di maklumkan di peringkat awal atau tidak. Jika tidak, ianya semua adalah pendapatan yang syubhah dan amat mudah jatuh kepada haram menurut Shariah.

Wallahu ‘alam

Zaharudin