Tuesday, October 28, 2008

Kisah Doktor Muda, Mona Dan Lelaki

Samingan, seorang doktor muda, baru saja berhenti dari jadi doktor kerajaan di daerah terpencil di Negeri Sembilan. Dia baru buka klinik swasta. Senangnya hati Samingan menjalani hari pertamanya sebagai doktor swasta.

Pembantunya yang cantik, Mona, memberitahu bahawa ada seorang lelaki ingin menemuinya.

"Wah, seronoknya aku dapat pesakit pertama..." hatinya menjerit, macam KL menjerit.

Samingan pun meminta pembantunya mempersilakan laki-laki itu masuk. Samingan pun pura-pura sibuk. Dia mengangkat telefon dan pura-pura sedang online.

"Ya, ya, betul tu Datuk. Kosnya RM150 ribu. Ok, Ok, saya tunggu Datuk pukul 4 petang nanti. Jangan lupa tau Datuk, maklumlah sebagai doktor, saya ini memang amat sibuk, jarang ada masa terluang.." kata Samingan selamba, dia pura-pura buat temu janji dengan 'pesakitnya' seorang Datuk, melalui telefon.

Dengan megah dia meletakkan gagang telefon lalu menatap wajah lelaki yang duduk di hadapannya.

"Maaf kerana saya menyebabkan encik lama menunggu. Encik sakit apa?" tanya Samingan dengan gaya seorang doktor.

"Oh... Saya takde sakit, doktor.." kata lelaki itu.

"Saya pekerja dari Telekom, nak pasang line telefon di klinik doktor.."

------

MORAL: Buatlah kerja dengan ikhlas dan jangan berlagak nak menipu oranglain untuk tujuan kepentingan peribadi.;p

No comments: