Tuesday, January 27, 2009
Rasulullah Utamakan Mendidik Berbanding Menghukum
Nabi Muhammad saw ketika menyelesaikan masalah masyarakat Islam pada zamannya sentiasa menjuruskan kepada keamanan dan kesejahteraan. Demikian juga yang Rasulullah lakukan ketika berhadapan musuh Baginda.
Dalam berdakwah umpamanya, Baginda tidak mendahulukan menghukum daripada mendidik. Baginda sentiasa mengajar sahabat bahawa mendidik lebih utama daripada menghukum.
Jika sahabat mendahulukan herdikan kepada Arab Badwi(bukan Pak Lah Badawi..:p)yang kencing dalam masjid, maka Rasulullah bertindak sebaliknya. Sikap lemah lembut Rasulullah menggambarkan sikap rahmat yang dibawa oleh Baginda.
Sikap ini dilihat menjuruskan kepada wujudnya perasaan kasih sayang kepada sahabat. Kekecohan bukan sifat Rasulullah. Maka, Islam dapat dilihat sebagai agama yang membawa kepada keamanan dalam diri dan kehidupan sahabat Baginda masa itu.
Adakah contoh lain yang lebih baik daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah? Adakah kita melihat apa yang dibawa oleh Rasulullah masih wujud masa kini? Namun ancaman, tuduhan dan ugutan semakin mengambil tempat daripada mengutamakan mendidik dan menasihati pada bibir umat Islam masa ini.
Jika inilah sikap kebanyakan generasi Islam, maka bagaimanakah keselamatan dan keamanan dapat diwujudkan di dada umat Islam masa kini? Apatah lagi kepada bukan Islam.
Islam yang dibawa oleh Rasulullah adalah agama untuk kesejahteraan, kedamaian dan keselamatan.
Musyawarah pula menjadi keutamaan Baginda. Maka, itu juga yang sepatutnya menjadi keutamaan umat Islam masa kini. Jika Rasulullah dapat bertolak ansur dengan kaum Musyrikin dalam Perjanjian Hudaibiah apakah kita tidak boleh mengamalkan sikap demikian?
Sayangnya ketika mencari perpaduan sesama umat Islam masa kini, kita melihat ada golongan Islam yang lebih mengutamakan syarat daripada kesatuan dan kesejahteraan umat.
Perlu ditegaskan bahawa Rasulullah hendaklah dijadikan contoh. Kebijaksanaan yang dipamerkan Rasulullah perlu diikuti, lebih-lebih lagi oleh mereka yang menganggap diri sebagai ulama.
Kita juga perlu mencontohi keamanan dan kesejahteraan yang menjadi strategi Rasulullah dalam meningkatkan dakwah di kalangan bukan Islam.
Serentak itu, Rasulullah berjaya menjadi model lantaran mempamerkan kepada musuh bahawa Islam mementingkan kesejahteraan bukannya permusuhan.
Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.
8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
Terlebih Dahulu Baiki Diri
Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana: "Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka."
"Good books, like good friends, are few and chosen; the more select, the more enjoyable." - Louisa May Alcott
Friday, January 09, 2009
Top Ten Resolutions Not to Make This Year
1. Quit your job and wait for a dream career opportunity to present itself. Recession shmecession.
Reality check: Suck it up and hang on to your gig for now. Appease yourself by taking a class or picking up a hobby that will make your résumé stand out, like learning a foreign language or starting a blog.
2. Lose five pounds.
Reality check: Hot chicks like Jessica Biel, Beyoncé, and ScarJo are proof that toned and curvy is the new skinny.
3. Finally win back your ex-boyfriend.
Reality check: Move on. We give you permission to engage in some rebound relationship therapy.
4. Buy into all the latest trends.
Reality check: It’s okay to be a slave to fashion...just be a slave to cheap fashion, rather than dropping serious bank on each and every look. Kick yourself later for wearing it, but don’t kick yourself for blowing your paycheck on it.
5. Change your man.
Reality check: While some relationship tweaking is to be expected (hey, few guys are natural-born good kissers), if the words “fixer-upper” and “project” could describe your boyfriend, it’s time to get real.
6. Triple the number of friends you have on Facebook.
Reality check: Less time stalking your friends’ friends’ friends. More time catching up with buddies you actually care about.
7. Don’t eat any junk food.
Reality check: Cutting out all unhealthy food from your diet will most likely lead to binge eating, followed by intense guilt, by mid-January.
8. Watch less trashy TV.
Reality check: Zoning out and de-stressing for a bit every night with the help of good bad television is harmless.
9. Save more money.
Reality check: Let’s be honest. In this economy, we’re just happy to be able to pay our rent, gas, and credit card bill.
10. Keep your number down.
Reality check: Nothin’ wrong with notches on your bedpost, as long as you’re being safe.
-yahoo.com
Hak cipta Popeye jadi milik rakyat eropah bermula 2009
Artis yang mencipta Kartun Popeye, Elzie Segar telah meninggal dunia pada tahun 1938 ketika berusia 43 tahun. Undang-undang Eropah telah melindungi hak cipta Elzie selama 70 tahun, sehingga 31 Disember 2008.
Mulai 1 Januari 2009, sesiapa sahaja boleh menciplak,melukis,mencetak, menjual poster popeye, atau pun membuat komik popeye tanpa perlu memohon kebenaran seperti sebelum ini. Popeye telah menjadi hak orang ramai di Eropah.
Walau bagaimanapun, hak cipta popeye masih lagi berkuatkuasa di US, sehingga tahun 2024 (95 tahun selepas kematian pemilik asal). Hak cipta di US dimiliki oleh King Features(anak syarikat Heast Corp).
DI Asia, atau lebih spesific lagi kat Malaysia macam mana? selamba je zul yahya jadi popeye kat Malaysia nih..tak tau kena bayar royalti ke tak..:p
Ultraman dan Superman ada hak cipta gak ke? siapa yg pegang hak cipta tu? kena tanya Jiman dan Men nih..jawab2!!
Wednesday, January 07, 2009
Tips Belanjawan Harian
Tips 1 : Tentukan Matlamat Kewangan
Apa matlamat kewangan korang tahun ni? Beli Keta? kawin? Dah cukup duit ke? Kalau belum tu, azam dan usaha untuk kumpul duit bebanyak dulu. Zaman sekarang kalau nak kawin bukannya sekupang seposen. paling kurang kena ada Rm15000. (lebam nak kumpul)..Kena korban sikit kumpul duit bebanyak.
kalau ada matlamat, hidup pun jadi focus.. Jadikan matlamat atau target korang tu sebagai salah satu ikhtiar untuk korang lebih berjimat dan berusaha untuk menyimpan duit dengan lebih banyak.
Tips 2 : Tambahkan Wang Simpanan
Dalam sebulan berapa agak-agaknye korang simpan dan labur ke dalam akaun bank korang?5%?7%?10%?20%?30%?00%(wak lu, tak der langsung nih).
Jika sebelum ni korang simpan sebanyak 10% hasil dari pendapatan tahunan, jadi pada tahun baru ni apa kata korang kasi ‘UP’ 10% lagi menjadikan ia sebanyak 20% or 30 %. lagipun, tahun 2009 ni, ekonomi teruk.so, time ni la bleh berjimat skit..cut unneccessary spending.
Tips 3 : Elakkan Dari Berhutang
Memang ramai suka pakai kad kredit..lebih-lebih lagi kalau guna Gold or platinum Card..mau nye kembang hidung sepam time nak bayar tu.. Nikmat oo. Tambah lak, pakai lebih dari satu kad kredit. main swipe je, sambil tersenyum..Lepas tu, bila dah dapat bil kad kredit, mulalah nak check account bank. pastu, tak cukup duit nak byar..hmm..
Masuk tahun baru ni, cuba azam kurangkan penggunaan kad kredit. bykkan guna cash. Ingat! gunakan kad kredit sebagai method of payment(pemudahcara pembayaran) sahaja. Pastikan duit cukup dalam account bank untuk bayar kesemua hutang credit card bulanan anda!!beringat sebelum terkena..kalau dah kena, kopak la nak bayar!18 % setahun beb...
Tips 4 : Berbelanja Biarlah Berpada
Masuk je tahun baru, byk je bende nak fikir..macam2 nak tukar..kasut baru, beg baru, baju baru.hand phone baru..wak lu..stop dulu!!tenang sekejap..fikirkan betul2 apa yg perlu di"upgrade" tuk tahun 2009 nih..susah payah keje, tak kan nak buang duit cam tu je? survey baik2 barang yg nak dibeli tu.tgk dua tiga tempat..mana ada bleh dapat harga murah.
extra tips : jgn membeli belah ketika sedang lapar..sure nafsu membeli tinggi!
Tips 5 : Senaraikan Aliran Kewangan dan Perbelanjaan
Bila dapat duit gaji mesti terfikir nak bayar hutang, nak bayar bil telefon, astro, electrik, air, dll.. Duit untuk simpanan? Kalau ada lebih, bleh la simpan.if tak der, tunggu bonus jelah!!ceh, bleh blah..kalau selalu fikir cam ni, mmg "kais pagi makan pagi la jawabnye"..
Sebaik-baiknye utamakanlah duit simpanan tu dulu. Bila dapat gaji, asingkan terus bahagian untuk simpanan. lepas tu, untuk diri sendiri, allowance ibu bapa(if any). ketiga, baru fikir sal bayaran bil/hutang/loan. sesiapa yang pakai software like Quicken/Microsoft Money, make sure aliran tunai bulanan bukan merah!
paling malas pun, tulis kat buku..daily spending..macam housemate aku- Fakri.. :)
Tips 6 : Emergency Fund
Emergency fund ni pun penting gak. at least kena ada simpanan enam bulan gaji. untuk apa lak fund byk nih? untuk ketika darurat.mana tau, rumah terbakar ke, kereta kena curi ke, kene buang keje ke..so, kalau ada fund, tak la kelam kabut sgt. sempat la cari keje dalam masa 6 bulan tu. anak, isteri pun tak gelabah..
jgn jadikan kad kredit sebagai emergency fund.itu tips membunuh diri namanye!..kalau tak leh byar kad kredit tu, lebam la korang..
so, bila nak start simpan tuk emergency fund nih? bermula dari sekarang!buat permulaan, simpan dulu 5 % ke..
tuk isteri yg bekerja(jika pekerjaan suami stabil), bleh la simpan lebih skit, after tolak duit tuk diri sendiri, parents, etc. pompuan tak der tanggungjawab kewangan kepada keluarga(tapi, bleh atas dasar tolong suami).
**************************************************************************
tak der siapa bleh ubah diri, selain diri kita sendiri! renung2kan dan selamat berjimat!!
Software Pengurusan Perbelanjaan Harian (FREE)
Menulis rancangan atau pelan perbelanjaan ini adalah penting untuk kita memantau atau menjejak setiap perjalanan wang kita. Seandainya kita mengabaikan perkara ini, bermaksud kita sebenarnya masih gagal di dalam mengurus kewangan kita.
Tahniah sekiranya kawan2 dapat mendisiplinkn diri dengan menyenaraikan setiap perjalanan (kredit dan debit) wang. Tak kisahlah sama ada korang menulis menggunakan buku lejar Microsoft Excel / Quicken / Microsoft Money, dll.
Di sini saya ingin berkongsikan sebuah perisian yang amat menarik untuk digunakan khususnya untuk kita mengawal setiap penjalanan wang kita. Jika sebelum ini kita merasa agak leceh dengan perisian Microsoft Excel, tapi melalui perisian ini buku lejar/akaun/simpan kira kita kelihatan lebih teratur, kemas dan rapi.
Perisian yang saya maksudkan itu ialah perisian Money Manager Ex yang dihasilkan oleh syarikat CodeLathe. Menariknya perisian pengurusan perbelanjaan ini adalah PERCUMA dan amat mudah untuk digunakan.
Ia turut menyediakan sebanyak 23 jenis bahasa termasuklah bahasa Melayu (Indonesia)bahasa Cina- Yii Hee Hung pun bleh pakai.:p. Jadi anda tidak punya masalah untuk memahami dan menggunakan. Bukan itu saja, anda boleh menyemak dengan lebih teliti perjalanan kewangan bulanan berdasarkan pada laporan dan carta kewangan bulanan anda. dan juga
Untuk memuat turun (download) perisian Money Manager Ex ini. Klik di sini.
http://www.codelathe.com/mmex/mmex_download.php
Pilih " Windows 2000/XP/2003 installer"
Cubalah dulu dan saya amat mengalu-alukan komen dari rakan-rakan setelah menggunakan perisian Money Manager Ex ini.
Saya pun masih baru dengan perisian ini..selama ni saya menggunakan perisian Quicken Premier untuk merekodkan semua transaksi harian - cash/online/bill payment/loan/credit card/investment (ASB and Intel Stock). saya masih menggunakan perisian ini so far. walau bagaimanapun, perisian ini agak complex kepada rakan-rakan yg masih baru dalam bidang pengurusan kewangan. so, saya syorkan guna perisian yg mudah dahulu. then, kemudian, boleh belajar perisian yg lebih complex seperti Microsoft Money and Quicken Premier.
Detail documentation for this software :
http://moneymanagerex.svn.sourceforge.net/viewvc/moneymanagerex/trunk/mmex/runtime/help/index.html
Dividen ASB 2008
Pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah mengumumkan bahawa pulangan pelaburan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2008 ini adalah sebanyak 7.00 sen seunit (dividen/pendapatan) manakala 1.75 sen seunit untuk bonus.
Tahun ini (2008) :
Dividen/Pendapatan = 7.00 sen seunit.
Bonus = 1.75 sen seunit.
Prestasi Dari 1993 hingga 1997
- 1993: Dividend=9.00, Bonus=4.50*
- 1994: Dividend=9.00, Bonus=4.50*
- 1995: Dividend=10.0, Bonus=3.00*
- 1996: Dividend=10.25, Bonus=3.00*
- 1997: Dividend=10.25, Bonus=1.25*
- 1998: Dividend=8.00, Bonus=2.50*
- 1999: Dividend=10.5, Bonus=1.50*
- 2000: Dividend=9.75, Bonus=2.00*
- 2001: Dividend=7.00, Bonus=3.00*
- 2002: Dividend=7.00, Bonus=2.00**
- 2003: Dividend=7.25, Bonus=2.00**
- 2004: Dividend=7.25, Bonus=2.00**
- 2005: Dividend=7.25, Bonus=1.75**
- 2006: Dividend=7.30, Bonus=1.25**
- 2007: Dividend=8.00, Bonus=1.00**
berita mengenai pengagihan dividen untuk pelabur-pelabur ASB bagi 2008.
******
KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) hari ini mengisytiharkan agihan pendapatan 7.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2008.
Anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu juga mengumumkan bonus sebanyak 1.75 sen seunit.
Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan itu akan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM4.22 bilion, hampir sama dengan peruntukan yang dibuat bagi agihan pendapatan ASB tahun lepas.
Bahagian bonus itu akan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM678.03 juta oleh PNB, kata beliau kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini.
Menurut Ahmad Sarji, pembayaran itu akan memberi faedah kepada 6.56 juta pemegang unit yang kini memegang 62 bilion unit ASB.
Sehingga 10 Dis, 2008, ASB mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM5.14 bilion dan pendapatan dividen daripada syarikat penerima pelaburan yang menyumbangkan RM3.12 bilion atau 60.71 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham pada RM1.58 bilion atau 30.75 peratus.
Selebihnya daripada pendapatan sebanyak 8.54 peratus atau RM439 juta diperoleh daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan lain.
Agihan pendapatan dan bonus akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit masing-masing yang boleh mengemas kini akaun mereka mulai 2 Jan 2009.
Semua transaksi bagi ASB di ibu pejabatnya, pejabat dan ejen-ejen ASB akan digantung mulai 9 Dis hingga 1 Jan ini bagi mempermudah pengiraan agihan pendapatan dan bonus.
ASB ialah dana pendapatan ekuiti harga tetap, yang dibuka untuk Bumiputera berusia 12 tahun ke atas, yang bertujuan menjana pendapatan jangka pendek, pulangan yang konsisten dan kompetitif kepada pemegang unit sambil memastikan pengekalan pulangan pada paras toleransi risiko yang minimum.
Presiden dan ketua pegawai eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata di bawah keadaan pasaran yang tidak stabil, rizab empat peratus dibawa ke tahun depan.
“PNB menyusun semula kedudukannya dengan kerap kerana kami adalah pengurus dana jangka panjang. Kami mahu mengekalkan prestasi dan portfolio kepada pulangan yang sentiasa memberikan pulangan yang kompetitif,” katanya.