Wednesday, January 07, 2009

Tips Belanjawan Harian

Tips 1 : Tentukan Matlamat Kewangan

Apa matlamat kewangan korang tahun ni? Beli Keta? kawin? Dah cukup duit ke? Kalau belum tu, azam dan usaha untuk kumpul duit bebanyak dulu. Zaman sekarang kalau nak kawin bukannya sekupang seposen. paling kurang kena ada Rm15000. (lebam nak kumpul)..Kena korban sikit kumpul duit bebanyak.

kalau ada matlamat, hidup pun jadi focus.. Jadikan matlamat atau target korang tu sebagai salah satu ikhtiar untuk korang lebih berjimat dan berusaha untuk menyimpan duit dengan lebih banyak.


Tips 2 : Tambahkan Wang Simpanan

Dalam sebulan berapa agak-agaknye korang simpan dan labur ke dalam akaun bank korang?5%?7%?10%?20%?30%?00%(wak lu, tak der langsung nih).

Jika sebelum ni korang simpan sebanyak 10% hasil dari pendapatan tahunan, jadi pada tahun baru ni apa kata korang kasi ‘UP’ 10% lagi menjadikan ia sebanyak 20% or 30 %. lagipun, tahun 2009 ni, ekonomi teruk.so, time ni la bleh berjimat skit..cut unneccessary spending.


Tips 3 : Elakkan Dari Berhutang

Memang ramai suka pakai kad kredit..lebih-lebih lagi kalau guna Gold or platinum Card..mau nye kembang hidung sepam time nak bayar tu.. Nikmat oo. Tambah lak, pakai lebih dari satu kad kredit. main swipe je, sambil tersenyum..Lepas tu, bila dah dapat bil kad kredit, mulalah nak check account bank. pastu, tak cukup duit nak byar..hmm..

Masuk tahun baru ni, cuba azam kurangkan penggunaan kad kredit. bykkan guna cash. Ingat! gunakan kad kredit sebagai method of payment(pemudahcara pembayaran) sahaja. Pastikan duit cukup dalam account bank untuk bayar kesemua hutang credit card bulanan anda!!beringat sebelum terkena..kalau dah kena, kopak la nak bayar!18 % setahun beb...


Tips 4 : Berbelanja Biarlah Berpada

Masuk je tahun baru, byk je bende nak fikir..macam2 nak tukar..kasut baru, beg baru, baju baru.hand phone baru..wak lu..stop dulu!!tenang sekejap..fikirkan betul2 apa yg perlu di"upgrade" tuk tahun 2009 nih..susah payah keje, tak kan nak buang duit cam tu je? survey baik2 barang yg nak dibeli tu.tgk dua tiga tempat..mana ada bleh dapat harga murah.

extra tips : jgn membeli belah ketika sedang lapar..sure nafsu membeli tinggi!


Tips 5 : Senaraikan Aliran Kewangan dan Perbelanjaan

Bila dapat duit gaji mesti terfikir nak bayar hutang, nak bayar bil telefon, astro, electrik, air, dll.. Duit untuk simpanan? Kalau ada lebih, bleh la simpan.if tak der, tunggu bonus jelah!!ceh, bleh blah..kalau selalu fikir cam ni, mmg "kais pagi makan pagi la jawabnye"..

Sebaik-baiknye utamakanlah duit simpanan tu dulu. Bila dapat gaji, asingkan terus bahagian untuk simpanan. lepas tu, untuk diri sendiri, allowance ibu bapa(if any). ketiga, baru fikir sal bayaran bil/hutang/loan. sesiapa yang pakai software like Quicken/Microsoft Money, make sure aliran tunai bulanan bukan merah!

paling malas pun, tulis kat buku..daily spending..macam housemate aku- Fakri.. :)


Tips 6 : Emergency Fund

Emergency fund ni pun penting gak. at least kena ada simpanan enam bulan gaji. untuk apa lak fund byk nih? untuk ketika darurat.mana tau, rumah terbakar ke, kereta kena curi ke, kene buang keje ke..so, kalau ada fund, tak la kelam kabut sgt. sempat la cari keje dalam masa 6 bulan tu. anak, isteri pun tak gelabah..

jgn jadikan kad kredit sebagai emergency fund.itu tips membunuh diri namanye!..kalau tak leh byar kad kredit tu, lebam la korang..

so, bila nak start simpan tuk emergency fund nih? bermula dari sekarang!buat permulaan, simpan dulu 5 % ke..

tuk isteri yg bekerja(jika pekerjaan suami stabil), bleh la simpan lebih skit, after tolak duit tuk diri sendiri, parents, etc. pompuan tak der tanggungjawab kewangan kepada keluarga(tapi, bleh atas dasar tolong suami).

**************************************************************************

if korang ni jenis malas nak buat bende2 ni semua, terima kasih jelah..hidup jelah ngan cara korang skrg..tak der maknanya berjela bg tips!kalau pompuan, senang je jawapan dia, "tak pelah , bg laki aku buat jelah"..huhuhu..

tak der siapa bleh ubah diri, selain diri kita sendiri!
renung2kan dan selamat berjimat!!


1 comment:

fakri said...

hahaha siap letak nama aku jd contoh tuu..hahhaa