Tuesday, April 21, 2009

ASB boleh dilabur dalam talian (ASB goes Online!)


Permodalan Nasional Bhd. (PNB) bersama Malayan Banking Bhd. (Maybank) telah melancarkan kemudahan pelaburan tambahan dalam talian(online) sejak pertengahan Mac 2009. Pengenalan kemudahan itu akan meningkatkan kecekapan dan keselamatan pembayaran secara elektronik, sekali gus membolehkan pelabur menambah pelaburan ketika berada di mana-mana sahaja di seluruh dunia.

Kemudahan terbaru ini juga membolehkan pelaburan dibuat untuk akaun pihak ketiga, sekali gus memudahkan ahli keluarga melabur bagi keluarga mereka.

Beliau berkata, Maybank tidak membelanjakan peruntukkan besar untuk menyediakan kemudahan tersebut sebaliknya menggunakan prasarana sedia ada.

Pelabur yang mahu menggunakan perkhidmatan ini perlu mengaktifkan akaun ASB dan kemudian membuat pilihan simpanan untuk membuat tambahan pelaburan. Semua rekod transaksi yang berjaya boleh dicetak. Pelaburan minimum adalah dari RM1 hingga RM200,000 dengan kos transaksi sebanyak RM1.

Pelaburan Min : RM1 - RM200 000

service Charge setiap transaksi online : RM1.

No comments: