Friday, June 26, 2009

Michael Jackson Dies at age of 50.


Michael Jackson has died yesterday(25th June 2009). He was 50.


Michael suffered a cardiac arrest earlier this afternoon at his Holmby Hills home and paramedics were unable to revive him. Jackson had no pulse when paramedics arrived and they never got a pulse back. The paramedics performed CPR and took Jackson to UCLA Medical Center, Ruda said. Hundreds of reporters gathered at the hospital awaiting word on his condition. The sources, who spoke on the condition of anonymity, said family members rushed to Jackson’s bedside, where he was in a deep coma.


The detectives plan to interview relatives, friends and Jackson’s doctors to try to figure out what happened. The L.A. County coroner’s office will determine a cause of death. A Los Angeles Fire Department source told The Times that Jackson was in full cardiac arrest when rescue units arrived.


Jackson rented the Bel-Air home — described as a French chateau built in 2002 with seven bedrooms, 13 bathrooms, 12 fireplaces and a theater — for $100,000 a month. The home is about a six-minute drive from UCLA Medical Center. Jackson has three children — sons Prince Michael 7, and Michael Joseph Jackson Jr., 12, and daughter Paris Michael Katherine, 11.

Jackson, 50, died as he was attempting a comeback after years of tabloid headlines, most notably his trial and acquittal on child molestation charges.

Saturday, June 20, 2009

Rebat pembelian terus insurans mulai 1 Julai 2009


Berita Baik untuk rakyat Malaysia...


BERKUAT kuasa 1 Julai ini mereka yang membeli polisi insurans am atau perlindungan tafakul am terus di syarikat insurans akan memperoleh rebat antara lima peratus hingga 25 peratus.


Menurut Bank Negara, langkah ini adalah pendekatan yang adil. Sebelum ini, jika pengguna membeli secara terus, sama ada mengunjungi syarikat insurans, menerusi internet, penghantaran terus melalui pos atau telepemasaran, maka bahagian 10 peratus komisen yang sepatutnya diberi kepada ejen akan diambil syarikat insurans. Penjimatan 10 peratus komisen itu diberi balik kepada pengguna kerana mereka bersusah-payah menguruskan pembelian itu sendiri.


Berkuat kuasa 1 Julai ini, pemilik kenderaan persendirian yang membeli perlindungan kenderaan secara langsung akan menerima rebat sebanyak lima peratus pada tahun pertama dan 10 peratus bagi pembaharuan pada tahun berikutnya.


Bagi pembeli perlindungan insurans dan takaful am lain seperti kebakaran, kemalangan dan marin pula, mereka akan menerima penjimatan antara lima peratus hingga 25 peratus, bergantung kepada jenis perlindungan.


Mengenai peranan ejen insurans yang dilihat bakal terhakis susulan langkah pemberian rebat itu, ia tidak sepatutnya berlaku kerana sebahagian pengguna akan terus memilih untuk berurus niaga menerusi ejen jika mereka mampu memberi perkhidmatan bernilai tambah.


Wednesday, June 03, 2009

Adakah Kita Cukup Sabar?

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.


Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian.


Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:


1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi. Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.


2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.


3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.


4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:


Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.
Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.


Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.


Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.Sabar satu sifat terpuji Rasulullah SAW. Oleh itu bersabarlah anda apabila ditimpa musibah dan ujian daripada Allah SWT pasti ada rahmat dan hikmah yang berlaku.