Berita Baik untuk rakyat Malaysia...
BERKUAT kuasa 1 Julai ini mereka yang membeli polisi insurans am atau perlindungan tafakul am terus di syarikat insurans akan memperoleh rebat antara lima peratus hingga 25 peratus.
Menurut Bank Negara, langkah ini adalah pendekatan yang adil. Sebelum ini, jika pengguna membeli secara terus, sama ada mengunjungi syarikat insurans, menerusi internet, penghantaran terus melalui pos atau telepemasaran, maka bahagian 10 peratus komisen yang sepatutnya diberi kepada ejen akan diambil syarikat insurans. Penjimatan 10 peratus komisen itu diberi balik kepada pengguna kerana mereka bersusah-payah menguruskan pembelian itu sendiri.
Berkuat kuasa 1 Julai ini, pemilik kenderaan persendirian yang membeli perlindungan kenderaan secara langsung akan menerima rebat sebanyak lima peratus pada tahun pertama dan 10 peratus bagi pembaharuan pada tahun berikutnya.
Bagi pembeli perlindungan insurans dan takaful am lain seperti kebakaran, kemalangan dan marin pula, mereka akan menerima penjimatan antara lima peratus hingga 25 peratus, bergantung kepada jenis perlindungan.
Mengenai peranan ejen insurans yang dilihat bakal terhakis susulan langkah pemberian rebat itu, ia tidak sepatutnya berlaku kerana sebahagian pengguna akan terus memilih untuk berurus niaga menerusi ejen jika mereka mampu memberi perkhidmatan bernilai tambah.
No comments:
Post a Comment