Bil. | Jenis Potongan Individu | Amaun (RM) |
1 | Individu dan saudara tanggungan | 9,000 |
2 | Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa | 5,000 (Terhad) |
3 | Peralatan Sokongan Asas | 5,000 (Terhad) |
4 | Individu Kurang Upaya | 6,000 |
5 | Yuran Pendidikan (Sendiri) | 5,000 (Terhad) |
6 | Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati | 5,000 (Terhad) |
7 | Pemeriksaan perubatan penuh | 500 (Terhad) |
8 | Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan | 1,000 (Terhad) |
9 | Pembelian komputer peribadi untuk individu | 3,000 (Terhad) |
10 | Tabungan bersih dalam skim SSPN | 3,000 (Terhad) |
11 | Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan | 300 (Terhad) |
12 | Yuran langganan Jalur Lebar | 500 (Terhad) |
13 | Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar. Syarat kelayakan: (i) pemastautin warganegara Malaysia; (ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja; (iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan (iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan. Di mana: (a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan (b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut: A x B C Di mana; A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan; B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan; C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu | 10,000 (Terhad) |
14 | Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri | 3,000 (Terhad) |
15 | Suami/Isteri kurang upaya | 3,500 |
16 | Anak di bawah umur 18 tahun | 1,000 |
17 | Anak berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan menerima pendidikan sepenuh masa | 1,000 |
18 | Anak berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan | 4,000 |
19 | Anak Kurang upaya Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan | 5,000 |
20 | Insuran nyawa dan KWSP | 6,000 (Terhad) |
21 | Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa) | 1,000 (Terhad) |
22 | Insurans pendidikan dan perubatan | 3,000 (Terhad) |
Wednesday, March 07, 2012
pelepasan Cukai Individu 2011/2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment