Friday, October 24, 2008

Pisang turunkan berat



Satu cara diet baru yang dikatakan dapat menurunkan berat badan dengan pantas dan tidak mendatangkan tekanan kini melanda Jepun dinamakan 'Diet Pisang Waktu Pagi', lapor akhbar Sydney Morning Herald.


Kaedah itu berkemungkinan cara pemakanan paling mudah diikuti di dunia. Malah, populariti diet itu menyebabkan masalah kekurangan pisang paling teruk teruk dihadapi di negara Matahari Terbit.

Akibatnya, harga pisang meningkat, namun permintaan untuk buah itu tidak menunjukkan tanda menurun dan lebih 600,000 salinan buku mengenai diet berkenaan terjual.


Kegilaan itu mencapai tahap baru bulan lalu apabila Sistem Penyiaran Tokyo menyiarkan program televisyen menunjukkan bekas penyanyi opera Jepun yang gemuk, Kumiko Mori, kehilangan tujuh kilogram berat badan selepas ikut diet itu.

Diet itu diasaskan ahli farmasi Osaka yang begitu berminat dengan perubatan herba China.

Sumiko Watanabe mulanya memikirkan diet untuk suaminya, Hitoshi.


Selepas enam bulan, Hitoshi makin langsing dengan berat 59 kilogram daripada 72 kilogram.

3 comments:

a.c.H.i.k.A.n.i said...

Rasa nak beli pisang sekarang jugak...goreng pisang bole masuk kategori nak turunkan berat badan tak,bakal suami doctor??

Mohd Farhan said...

beli2..kat kulim byk pisang..harga pun bleh tahan jugak la..haha..kalau hari2 goreng, lebam jugak la..asyik "minum" minyak je hari2..hikhik..

"bakal suami doktor" --> dan2 je tambah ayat ni..:p

JaRiManis_Ku said...

memang pisang mampu memulaskan isi perut .. xkiralah ko mkn siang ke mlm ke ... nape ko xnk mkn pisang pa'an? tukar menulah roti>pisang... at least bole diet .. plk2 ko nk kwin .. fit skit