Tuesday, November 18, 2008

Angkasawan kitar semula air kencing untuk minum

CAPE CANAVERAL: Kapal angkasa Endevour yang dinaiki tujuh angkasawan Jumaat lalu bagi misi 15 hari membina semula Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) membawa dua bahagian baru untuk ruang tidur dan sistem mengitar air yang membolehkan krew menapis air kencing dan air sisa lain untuk diminum. "Kami sudah menguji rasa air itu. Tiada siapa membuat bantahan keras mengenainya. Selain daripada sedikit rasa iodin, ia menyegarkan sama seperti air jenis lain. "Saya ada menyimpan beberapa air tapisan itu dalam peti sejuk saya. Rasanya biasa bagi saya," kata ketua jurutera sistem NASA, Bob Bagdigian. Endeavour sudah tiba di ISS, semalam, sejak berlepas antara jam 7.55 malam Sabtu lalu dari Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Florida. NASA merancang untuk menggandakan saiz krew stesen angkasa lepas daripada tiga anggota kepada enam tahun depan. Kapal angkasa itu Penghantaran peralatan pengitar semula air sisa bernilai AS$250 juta (RM900 juta) antara sasaran utama misi angkasa lepas ke-124 NASA. Jika kapal angkasa itu tiba mengikut jadual, angkasawan akan menghabiskan 11 hingga 12 hari memperbaiki tempat tinggal di sana.


men, ko kena belajar2 la..kata nak jadi angkasawan..ahaks...ooohh..huhuhu

2 comments:

a.c.H.i.k.A.n.i said...

angkasawan pakai baju supermen..

Mohd Farhan said...

sambil terbang, sempat lagi tido...