Wednesday, December 03, 2008

Perangai-Perangai Yang Menyekat Rezeki

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa’yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. Tidak sembahyang atau solat. ( Sebab Utama )
2. Tidak membaca Bismillah ketika hendak makan. (Selalu terlupa maka Allah pun 'lupakan' kita)
3. Makan atas pinggan yang terbalik. (main belasah janji perut kenyang)
4. Memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. Menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan. ( makanan kotor otak lebab )
6. Berwuduk’ di tempat buang air besar atau air kecil. ( rumah kos rendah atau rumah kecil )
7. Suka bersandar pada pintu rumah. ( suka termenung )
8. Suka duduk di atas tangga. ( budaya lepak )
9. Membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan. ( Pemalas dan angkuh )
10. Membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung. (rezeki mesti kita hormati baru jimat)
11. Tidak membersihkan rumah. ( Pemalas )
12. Membuang sampah atau menyapu dengan kain. ( tak fikir panjang, janji kemas)
13. Suka membersihkan rumah pada waktu malam. ( Keje shift biasalah nak wat camna)
14. Suka tidur di atas muka. (lebam all the time)
15. Membakar kulit bawang. ( cuba bakar kulit sendiri kalau brani..)
16. Menjahit baju yang sedang dipakai. ( gelojoh )
17. Mengelap muka dengan baju. ( jalan mudah )
18. Berdiri sambil bercekak pinggang. (budget gangster la tu)
19. Tidur tidak memakai baju. ( panassss or what?? )
20. Makan sebelum mandi hadas. ( tak suci diri dulu)
21. Tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.(sambung tido..)
22. Pergi ke pasar sebelum matahari terbit. ( rezeki burung mencotok makanan waktu awal pagi)
23. Lambat pulang dari masjid. ( Lepak dulu , ngumpat sepam )
24. Doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak. ( minta Allah benda tak baik)
25. Kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan. ( setan kencing )
26. Suka memadam pelita dengan nafas. ( api petila/lilin bagaikan ikon islam, kalau tiup maka terbanglah islam)
27. Membuang kutu kepala dalam keadaan hidup. ( berjangkit ke orang lain)
28. Membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. Membuang air kecil pada air yang mengalir.(lemah nanti...)
30. Memakai seluar sambil berdiri.(huh, kena duduk ke??)
31. Memakai serban sambil duduk.
32. Mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. Makan dengan menggunakan dua jari. (makan control la ni..)
34. Berjalan di antara kambing.(xpaham yg ni, ada sesapa leh explain?)
35. Berjalan di antara dua perempuan.(kalau kahwin dua cam ne? )
36. Suka mempermainkan janggut.(jgn buat..)
37. Suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.(jauhkan tgn anda dari lutut..)
38. Meletakkan tapak tangan pada hidung.(kalau lubang hidung besar pun, jgn buat)
39. Suka menggigit kuku dengan mulut. ( kuman masuk perut )
40. Mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. Mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. Menguap ketika solat.
43. Meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

No comments: