Tuesday, December 16, 2008

Zakat Tahun 2008


Tahun 2008 dah hampir melabuhkan tirainye..so, make sure ada peruntukan untuk bayar zakat tahun ni. Zakat emas, zakat pendapatan,zakat wang simpanan, etc.

Zakat Pendapatan - punca pendapatan atau perolehan dari gaji, elaun, b
onus, pendapatan sampingan dan hasil-hasil yang dikategorikan sebagai pendapatan. Zakat pendapatan dikenakan selepas ditolak perbelanjaan asas seperti sara hidup, elaun ibu bapa, caruman KWSP, anak, isteri dan sebagainya.

Zakat Wang Simpanan - berdasarkan jumpa wang yang disimpan sa
haja. Zakat wang simpanan dikenakan pada jumlah terendah yang mencecah nisab semasa.

NISAB bagi 2008 ialah RM6400.

Klik di sini untuk pengiraan zakat anda :

http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp



HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT


Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada. Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  • Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.
  • Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat

2 comments:

a.c.H.i.k.A.n.i said...

dapat bonus bulan 12 kene bayar zakat ni..pa'an,terima kasih mengingatkan..

Mohd Farhan said...

ye..byr zakat..tak rugi pun..ROI tinggi nih..hehe..