Tuesday, January 27, 2009

Rasulullah Utamakan Mendidik Berbanding Menghukum

ISLAM adalah agama pembawa kesejahteraan. Untuk itu sekali lagi ditegaskan ia tidak boleh dilihat sebagai agama yang mencetuskan keganasan atau memporak-perandakan kehidupan manusia.

Nabi Muhammad saw ketika menyelesaikan masalah masyarakat Islam pada zamannya sentiasa menjuruska
n kepada keamanan dan kesejahteraan. Demikian juga yang Rasulullah lakukan ketika berhadapan musuh Baginda.

Dalam berdakwah umpamanya, Baginda tidak mendahulukan menghukum daripada mendidik. Baginda sentiasa mengajar sahabat bahawa mendidik lebih utama daripada menghukum.

Jika sahabat mendahulukan herdikan kepada Arab Badwi(bukan Pak Lah Badawi..:p)yang kencing dalam masjid, maka Rasulullah bertindak sebaliknya. Sikap lemah lembut Rasulullah menggambarkan sikap rahmat yang dibawa oleh Baginda.

Sikap ini dilihat menjuruskan kepada wujudnya perasaan kasih sayang kepada sahabat. Kekecohan bukan sifat Rasulullah. Maka, Islam dapat dilihat sebagai agama yang membawa kepada keamanan dalam diri dan kehidupan sahabat Baginda masa itu.

Adakah contoh lain yang lebih baik daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah? Adakah kita melihat apa yang dibawa oleh Rasulullah masih wujud masa kini? Namun ancaman, tuduhan dan ugutan sem
akin mengambil tempat daripada mengutamakan mendidik dan menasihati pada bibir umat Islam masa ini.

Jika inilah sikap kebanyakan generasi Islam, maka bagaimanakah keselamatan dan keamanan dapat diwujudkan di dada umat Islam masa kini? Apatah lagi kepada bukan Islam.

Islam yang dibawa oleh Rasulullah adalah agama untuk kesejahteraan, k
edamaian dan keselamatan.

Musyawarah pula menjadi keutamaan Baginda. Maka, itu juga yang sepatutnya menjadi keutamaan umat Islam masa kini. Jika Rasulullah dapat bertolak ansur dengan kaum Musyrikin dalam Perjanjian Hudaibiah apakah kita tidak boleh mengamalkan sikap dem
ikian?

Sayangnya ketika mencari perpaduan sesama umat Islam masa kini, kita melihat ada golongan Islam yang lebih mengutamakan syarat daripada kesatuan dan kesejahteraan umat.





Perlu ditegaskan bahawa Ras
ulullah hendaklah dijadikan contoh. Kebijaksanaan yang dipamerkan Rasulullah perlu diikuti, lebih-lebih lagi oleh mereka yang menganggap diri sebagai ulama.

Kita juga perlu mencontohi keamanan dan kesejahteraan yang menjadi strategi Rasulullah dalam meningkatkan dakwah di kalangan bukan Islam.

Serentak itu, Rasulullah berjaya menjadi model lantaran mempamerkan kepada musuh bahawa Islam mementingkan kesejahteraan bukannya permusuhan.

2 comments:

kishkun said...

farhan...tulis sendiri eh entry nih? kagum :)

Mohd Farhan said...

insan biasa je kish..tak kahwin lagi, so tak expert lagi la bende2 gini..:p