Tuesday, August 18, 2009

20 contoh soalan temuduga SPA

Contoh-contoh soalan temuduga SPA.

1. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan peranan yang dimainkan oleh SPA?

2. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI(Key performance Index) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?

3. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?

4. Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya?

5. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?

6. Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?

7. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh Juruukur (atau jawatan yang dipohon) di jabatan ini?

8. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?

9. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?

10. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada beliau untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan beliau menjadi seorang jurutera yang serba boleh?

11. Di manakah anda 5 tahun dari sekarang?

12. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda lakukan untuk memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada pada tahap yang tertinggi?

13. Mengapa anda memohon jawatan ini?

14. Kenapa jawatan dalam kerajaan yang dipilih. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?

15. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa ini?

16. Sebagai pereka lanskap, apakah langkah langkah yang perlu diambil, serta faktor faktor yang mesti diambil kira sebelum anda melakukan sebarang rekaan di atas kertas?

17. Nyatakan sebarang pencapaian atau keterlibatan anda dalam membangunkan sistem teknologi maklumat, samaada di tempat kerja sebelum ini, di universiti atau di tempat tempat lain.

18. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?

19. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?

20. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.


rasa-rasanya yakin tak nak jawab soalan-soalan ni? kepada sesiapa yang nak join government, bleh test jawab soalan ni..

selamat mencuba..:)

5 comments:

kishkun said...

wah...malasnya nak jawab.

Mohd Farhan said...

haaha...malas nak jawab, then susah la nak masuk gomen..:p

Alam Maya Mieda said...

ermmm...aku pena je g SPA nye interview...xde pun tnya soalan mcm ni?

Mohd Farhan said...

dah kata contoh(baca tajuk betul2)..hehehe

hilman said...

Salam Sonata,

takkan soalan je kot? Bagi la skali contoh jawapan..

Lps kawen ni wajah baru nmpk blog mu.....hehehhehe