Thursday, November 06, 2008

KWSP: Pengurangan 3% secara automatik mulai Januari 2009



Pengurangan caruman bulanan pekerja dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada 11 kepada lapan peratus akan dilaksanakan secara automatik mulai gaji Januari 2009 sehingga Disember 2010.

Bagaimanapun ahli yang ingin mengekalkan caruman pada kadar 11 peratus boleh berbuat demikian dengan mengisi borang KWSP 17A (AHL) dan dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk diserahkan kepada KWSP.

Menurut Pengurus Kanan Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, KWSP akan mengeluarkan jadual caruman bulanan yang baru. Jadual dan borang tersebut boleh didapati di pejabat-pejabat cawangan KWSP atau memuat turun daripada laman web myEPF di www.kwsp.gov.my mulai 1 Disember ini.


BERTINDAK SEGERA!!! :)

1 comment:

{ .. صدى said...

Welcome

I live in Saudi Arabia

I was happy because I saw the pictures of Mecca ..


I hope to always communicate ..

I am at your service


Your sister Muslim from Saudi Arabia


"sada"