Monday, December 14, 2009
i'm back!
After approximately 3 months "vacation",i'm back to blogging world! :).
i spent most of my time for the past 3 months to focus on final semester of post grad study and now, it's unofficially finished (waiting for official letter from uni).
i can start blogging again ..:)..huhu..
Thursday, September 17, 2009
Carta Berbelanja Rakyat Malaysia
Berdasarkan kajian Visa Travel Smart, pengembara Malaysia berada dalam senarai lima teratas gemar berbelanja barangan bebas cukai di Asia Pasifik dengan purata kos perbelanjaan AS$195 (RM678) seorang.
Malaysia berada di tempat keempat yang mana Korea berada dalam posisi teratas, dengan perbelanjaan sebanyak AS$358 (RM1,245.84) seorang, di ikuti oleh China sebanyak AS$333 (RM1,158.84) dan Hong Kong sebanyak AS$224 (RM779.52) seorang.
Kajian itu dilakukan terhadap 2,226 pengembara dari seluruh rantau Asia Pasifik.
Penilaian tabiat mengembara yang dilakukan terhadap pengembara menunjukkan pengembara Korea dan China membelanjakan lebih banyak wang mereka kepada barangan bebas cukai dengan masing-masing membelanjakan AS$358 (RM 1,245.84) dan AS$333 (RM1,158.84).
Jumlah perbelanjaan tersebut lebih AS$100 (RM 348) daripada purata perbelanjaan di rantau Asia.
Selain itu jugak, kajian ini juga ada menyatakan bahawa pengembara Australia dan New Zealand adalah paling banyak menggunakan kad kredit diikuti Korea dan China. Kemudahan pembayaran secara kad kredit di mana-mana mendorong para pengembara memilih kaedah pembayaran tersebut. Pembayaran tunai dilihat menyukarkan proses tukaran wang asing.Tuesday, August 25, 2009
Kartika to be caned after fasting month
Saturday, August 22, 2009
Penang Hard Rock Cafe will be opened soon
|
Hard Rock Hotel Penang general manager John Primmer said the figure includes wages and spin-offs to local businesses, including transportation companies and an estimated 100 local vendors.
Three Rock Shop merchandise outlets (in the hotel) will be opened, offering 150 items from t-shirts, caps, pins to Hard Rock souvenirs.
These outlets are located at different parts of the hotel and each shop carries a different range of items and it will be Rock Shop by the main driveway to the hotel will allow convenience and access to the public who are not hotel guests.
The RM150 million Hard Rock Hotel Penang will open its doors on September 19 and has created over 200 jobs.
Friday, August 21, 2009
New template..
i updated this blog with new template yesterday. i forgot to copy over all my widgets configuration data from previous template..all gone! need to create a new one...:(..
Wednesday, August 19, 2009
FLYKLIA. Next Generation KLIA portal for passengers
This facilities will help the passengers to travel in our airport(KLIA) in a more comfortable manner. Currently, there are 54 airlines in KLIA featured in the website. KLIA Airport operator will add more airlines as they come on board.
The itinerary builder was developed in partnership with an Iceland-based technology company which provides
innovative technology solutions for the travel industry.
The Flight Planner, which is free to use, searches more than 660 airlines worldwide for the best flights and connections available. The search results include links to airlines and other travel portals where travellers can book flights directly.
The portal would be continually enhanced and for the next phase of development, MAHB is already looking at including hotel booking engine which will compare prices for properties in and outside Malaysia.
MAHB also plans to add an Airport Frequent Connector Loyalty programme, which is aimed at rewarding the frequent travellers. (source : bernama)
glossary :
MAHB - Malaysia Airport Holding Berhad
KLIA - Kuala Lumpur International Airport
Tuesday, August 18, 2009
20 contoh soalan temuduga SPA
Contoh-contoh soalan temuduga SPA.
1. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan peranan yang dimainkan oleh SPA?
2. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI(Key performance Index) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
3. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
4. Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya?
5. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?
6. Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?
7. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh Juruukur (atau jawatan yang dipohon) di jabatan ini?
8. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?
9. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?
10. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada beliau untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan beliau menjadi seorang jurutera yang serba boleh?
11. Di manakah anda 5 tahun dari sekarang?
12. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda lakukan untuk memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada pada tahap yang tertinggi?
13. Mengapa anda memohon jawatan ini?
14. Kenapa jawatan dalam kerajaan yang dipilih. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?
15. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa ini?
16. Sebagai pereka lanskap, apakah langkah langkah yang perlu diambil, serta faktor faktor yang mesti diambil kira sebelum anda melakukan sebarang rekaan di atas kertas?
17. Nyatakan sebarang pencapaian atau keterlibatan anda dalam membangunkan sistem teknologi maklumat, samaada di tempat kerja sebelum ini, di universiti atau di tempat tempat lain.
18. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?
19. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?
20. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.
rasa-rasanya yakin tak nak jawab soalan-soalan ni? kepada sesiapa yang nak join government, bleh test jawab soalan ni..
selamat mencuba..:)
Monday, August 17, 2009
Survey : Genting directors are highest paid
According to a leading Malaysian business magazine, the annual survey revealed that the top-50 firms in terms of total payouts generously forked out RM553 million in 2008.
The payout for the top-10 companies alone was nearly RM300 million, the business magazine said. This show that despite the slowing economy, listed companies paid their directors a higher remuneration in 2008 compared to 2007.
Boardroom remuneration has become a hot topic in the current economic environment, with directors seen as reaping huge rewards as investors faced dwindling share values, the magazine said.
The survey report, which appeared in the August 16 issue, listed 630 firms that paid their top-earning directors RM300,000 and above for financial year 2008, amounting to a total of RM1.7 billion to their boards collectively.
***************************************************************
Genting had the highest remuneration band of RM77.65 million to RM77.7 million for a single director, according to the survey, but the firm did not name who it was.
The top executive listed for Genting is its chairman and chief executive officer Tan Sri Lim Kok Thay.
IOI Corporation Bhd came in second as the company doubled the payout to its board members last year to RM45.16 million, of which the bulk went to a key director who received a sum in the RM41.1 million to RM41.15 million band.
"We assume that this recipient would be IOI Corp director and founder Tan Sri Lee Shin Cheng," said the magazine.
Other firms with the highest remuneration bands for a single director were Genting's subsidiary, Genting Malaysia Bhd (formerly Resorts World), which paid out RM37.25 million and above to its top executive.
But these payouts might have been paid to the same person, giving rise to the possibility of double counting, the magazine said.
SP Setia, a firm that has consistently kept to high governance standards, came in fourth as it upped the remuneration of group managing director Tan Sri Liew Kee Sin by 32 per cent to RM10.26 million on the back of increased profitability, according to the magazine.
Tan Sri Teh Hong Piow, chairman and founder of Public Bank, was back on the list as the highest-paid director at the bank, with a remuneration package totalling RM6.96 million.
The bank's managing director and chief executive officer, Tan Sri Tay Ah Lek, who was the highest paid in 2007, received RM5.15 million in 2008, the magazine said.
The magazine noted that SP Setia and Public Bank were among the handful of companies which disclosed the exact remuneration received by each director.
"Sadly, only about five per cent or 44 companies were transparent in stating the exact remuneration of their top executive.
Interestingly, several companies with huge losses still rewarded their directors with huge payouts," it said.
Ancom Bhd propelled to the top 10 list when its top executive received a huge increase in remuneration in 2008 compared to the previous year, the magazine said.
It said that other notable shifts came from firms like DRB-Hicom Bhd and Huline Bhd, whose biggest increases in remuneration to their single top executive got them a place in the top 50 list.
Bumiputra-Commerce Holdings Bhd cut its total director payout by close to half last year to RM10.54 million from RM17.37 million.
In tandem, remuneration to its key director, Datuk Seri Nazir Razak was down to RM5.13 million from RM9.35 million the bank paid him in 2007.
This pushed the company to the 12th spot in the survey from the sixth spot previously, the magazine added.(bernama)
how about GLCs directors? are they being paid huge amount of money too?
Saturday, August 15, 2009
New National Automobile Policy by end Sept 2009
The NAP review will take into account the various automotive policies worldwide, including Thailand's, which has been highly successful.
International Trade and Industry Minister Datuk Mustapa Mohamed said that Thailand, known as the "Detroit of Asia", had a sound automotive policy, and that "we acknowledge Thailand's strength in the industry; it started late but is now a giant in the field," he told Malaysian journalists in Bangkok, where he is attending the 41st Asean Economic Ministers Meeting.
Thailand, which does not have a national carmaker, has 14 automobile assembly plants owned by major automotive manufacturers; these produce a total of 1.2mil vehicles a year, with more than 50% of production exported to over 100 countries annually.
Mustapa did not elaborate on the possible changes in the revised policy. The DPM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, had said in May that the Malaysian automotive industry needed to be energised and revitalised to boost investment, and it is believed that Malaysia wants to remove rules which protect the auto industry from foreign competition in order to achieve this aim.
When the NAP came into place in 2006, the government reduced import taxes on most imported vehicles and lowered car prices in an attempt to make the country a regional auto hub, though this has not happened; critics have voiced that there are still barriers to protect Proton and Perodua, the national carmakers.
He noted the policy was important due to the crucial nature of the industry that employs some 120,000 people and is key to the country’s industrialisation programme. “Now we are going through a difficult period, therefore we need to build up our capacity. We also have to position ourselves to meet future challenges. We have to be in-line with current global developments,” he added.
“We have to re-examine who qualifies to retain incentives from the government and are cars within Asean allowed into Malaysia with only five per cent duty because before this, there was no differentiation between cars manufactured in Asean and Europe,” he said.
Mustapa also hinted that the government plans to liberalise the auto industry in the near future and is confident that the national automaker is able to overcome the challenges. “We have opened up over the years. We started with very high tariffs. It was a very protected market but it is now more and more open.
The competition is good and I think Proton is ready to face the challenges of intense competition. That is the name of the game. You must be able to compete and be efficient.
So in terms of going forward, I think Proton has done a lot in the last few years in enhancing its competitive position and I know that Proton will continue to do that,” he concluded.
it'll be interesting to see what changes come about in the review. :)
source : the star, asean auto biz
Friday, August 14, 2009
I'm one of the Lucky winner of the Home Shirt Launch Prize Draw
Thursday, August 13, 2009
Pemergian Ustaz Asri, satu kehilangan besar kepada industri nasyid tanah air
Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kurang sejam yang lalu akibat serangan jantung di Hospital Pantai, Bangsar.
Menurut rakannya, Azadan, jenazah arwah Asri akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas ini.
Dimaklumkan, arwah meninggal dunia selepas jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.
Pada dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.
Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.
Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.
Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.
"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.
Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.
Arwah meninggalkan seorang balu, Halizah Shahzan, 39, dan enam orang anak.
Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.
Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.
Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani.
Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut.
Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).
Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.
Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.
Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.
Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.
Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.
Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.
Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.
Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.
Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.
Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.
Thursday, July 30, 2009
F1 gives international exposure to Petronas
Petroliam Nasional Bhd has been a sponsor of Formula One for over a decade and its association with the sport has paid off handsomely for the company. In an interview with StarBizWeek, chairman and CEO Tan Sri Mohd Hassan Marican talks about the benefits and challenges, and how F1 has accelerated its branding efforts and helped position both the company and Malaysia on the global stage.
StarBizWeek: Can you give us an overview of the impact of Formula One (F1) in Malaysia?
Tan Sri Mohd Hassan Marican: People who come to Malaysia for F1 actually come back for a vacation because they fall in love with the country. They go to Langkawi, Sabah and other places. The F1 teams themselves (during the gap between the Australian and Malaysian Grand Prix) spend their time in Malaysia. In the early days, they would go to Phuket or Bali but after the first couple of years, they prefer to park themselves here. The F1 spectators are also varied. You get the well-off, the middle-income group and the back-packers but these are people who are dedicated to F1. There is a lot of unseen economic activity and airlines, such as SIA, have additional flights during F1. What made Petronas decide that being involved in F1 was a good thing? Even before F1, motorsports has always been an integral part of our business development, and this started with local rallies, motorbikes, saloon touring cars, whether it was at Batu Tiga or Pasir Gudang. We have been involved in motorsports since the mid-1980s. Over the years we migrated from the low-level to the high-level of motorsports. We have been very involved in motorsports and used it as a platform to promote our lubricants for motorcycles and cars. Than, as we plotted our global strategy, we needed an avenue to market our brand. The exposure we get from F1 is great. About 350 million viewers tune in for each race and the viewership is only behind the World Cup and Olympics. F1 is also recognised as a high-technology-driven sport. You can learn a lot from the technology and teamwork that you see on the track. But initially it was for branding. We needed a vehicle to promote the Petronas brand and Malaysia, and it has become a huge extension of our involvement in motorsports. It fits into our lubricant business. And it creates acceptability of our products in the market and that is important because we are competing with the premium brands of the other oil companies. How successful has it (F1) been for Petronas? It’s been very successful. It has brought us to the same level as our global partners and competitors. F1 has a large following in Africa and when they see the Petronas logo, they immediately link it to F1. It helps reduce the learning curve for other people to know about us. It’s the same in Europe, Latin America or Asia. When we introduced our lubricants in China, we did it at around the same time as the F1 race in Shanghai and we were immediately recognised. The shortening of the learning curve reduces the entry point of advertising and promotion cost for a particular market you’re going into, because F1 re-markets our brand. From the audit numbers, our annual cost of sponsoring F1 is less than 5% of what it would have cost us to gain similar exposure. What has F1 done for Petronas’ lubricant business? Apart from the Synthium brand that you get in Malaysia, we also own a company called Selenia. Before we owned it, it was the second largest independent lubricant company in the world. It operates out of Italy. When we first entered F1, we were with an independent team, Sauber, and was linked with Ferrari. After that, we moved out and needed to be linked with a car manufacturer to get greater exposure. Since 2006, when BMW took over Sauber, the exposure has been greater. Over the last 10 years, our market share of the lubricant business has grown by 10% to 18% currently. There’s also a business relationship with BMW for our lubricants. We started it in Malaysia and we’re looking at expanding that. Our Primax 3 fuel is also used by the touring cars in Asia. We also use the Petronas Adventure Team, which travels thousands of miles in all weather conditions and terrain, to test our lubricants. What’s next for Petronas in this arena? In terms of branding, we have achieved the objective that we initially set out to do. Now we want to expand our business strategy with BMW. F1 has seen teams, such as Honda, pull out and with a global slowdown, will that affect your involvement? We need to look at Honda’s situation differently. They are both an engine developer and racing team, and they made a decision to leave F1 because of the cost. The cost of running a F1 team is a lot. Honda has different objectives and cost commitments. We are not a car manufacturer and our strategy is very different from them. Each party will have different reasons for joining F1. But like any business, it has to adapt to the environment. F1 is a business and it would need to adapt to the present times. Every year there are initiatives put forward to ensure cost is brought down and to reduce the gap between the top-tier and lower-tier teams. What do you say to people who question Petronas’ involvement in F1? For us, it is a business expense. It is not about being part of the elite and it is not a waste of money. The annual cost for us is about 5% of what it would have otherwise cost us to achieve global brand exposure. And 40% of our revenue comes from international operations. It is a justifiable expenditure. Domestically, we have created a lot of awareness. We have our CSR (corporate social responsibility) work like the Petronas Tech Tour that goes to visit rural towns and schools all over the country to promote awareness of F1. We bring about 300 children from all over the country through an educational competition to Kuala Lumpur to spend a week when the F1 is here. These kids are from the most remote villages in Malaysia and we expose them to science and technology, and F1, at a young age. What are the challenges for Petronas in F1? If you want to be involved in something, you want to be a major player in it. You need to have a strategy to see how it fits to your overall game plan. We have an independent audit that tells the number of minutes our brand is exposed and the value it generates. (Last year, the value of exposure Petronas received from its sponsorship of F1 was worth RM1bil). How much do you spend on F1? That’s not important. It’s what you get out of it. After the 1999 race, University Malaya did a study that says that the economy benefited by about RM1.5bil during the F1 week. What is F1 doing to put the next Malaysian behind a F1 drive? We have a programme with BMW, called PFX (Petronas Formula Xperience), to develop a Malaysian F1 driver. It will take time, discipline and sacrifice to develop them and to achieve what we want.
Monday, July 27, 2009
15 tanda kematian mulia
Tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:
1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)
2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata:
"Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)
3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian? Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah. Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit." Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut: Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah. Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut. Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu':
"Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:
"Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)
13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak.
"Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."
16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.
Friday, June 26, 2009
Michael Jackson Dies at age of 50.
Jackson rented the Bel-Air home — described as a French chateau built in 2002 with seven bedrooms, 13 bathrooms, 12 fireplaces and a theater — for $100,000 a month. The home is about a six-minute drive from UCLA Medical Center. Jackson has three children — sons Prince Michael 7, and Michael Joseph Jackson Jr., 12, and daughter Paris Michael Katherine, 11.
Saturday, June 20, 2009
Rebat pembelian terus insurans mulai 1 Julai 2009
Menurut Bank Negara, langkah ini adalah pendekatan yang adil. Sebelum ini, jika pengguna membeli secara terus, sama ada mengunjungi syarikat insurans, menerusi internet, penghantaran terus melalui pos atau telepemasaran, maka bahagian 10 peratus komisen yang sepatutnya diberi kepada ejen akan diambil syarikat insurans. Penjimatan 10 peratus komisen itu diberi balik kepada pengguna kerana mereka bersusah-payah menguruskan pembelian itu sendiri.
Bagi pembeli perlindungan insurans dan takaful am lain seperti kebakaran, kemalangan dan marin pula, mereka akan menerima penjimatan antara lima peratus hingga 25 peratus, bergantung kepada jenis perlindungan.
Wednesday, June 03, 2009
Adakah Kita Cukup Sabar?
Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.
Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.
Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.
Thursday, May 28, 2009
Buku : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men
Menariknya, buku ini menceritakan mengenai kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki, hasil temu bual penulis berkenaan bersama lebih 1,000 kaum adam. Jika anda ingin menyelongkar mengenai perasaan, kehidupan dan peribadi lelaki itu sendiri, cuba selidikinya satu persatu yang mungkin boleh dijadikan panduan berguna.
# Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati. Kajian menunjukkan lelaki lebih rela melihat hilang perasaan sayang di hati isteri daripada tidak dihormati isteri masing-masing.
Suami perlu tahu isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka, tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.
# Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka.
# Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati si isteri.
Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, 'Awak langsung tidak menghormati saya', tetapi besar kemungkinan dia terluka dengan perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu satu penghinaan.
# Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin kepada diri sendiri. Lelaki selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup - tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu menerusi peranan sebagai suami. Mungkin mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.
Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.
# Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.
# Secara umumnya, tidak penting berapa gaji yang diperoleh lelaki atau isteri memperoleh gaji lebih besar. Apa yang pasti, lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.
# Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu, cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata penghargaan, galakan dan sokongan.
# Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan saja menolaknya dari segi fizikal, tetapi menidakkan peranannya sebagai suami dan lelaki. Justeru, hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan sangat penting. Hakikatnya, golongan adam memang suka berasmara.
# Lelaki bergelut dengan godaan mata. Maknanya, majoriti lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita.
Bukan hanya lelaki yang sememangnya bermata liar, lelaki baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian seksi dan menarik. Biarpun pandangan itu hanya sekilas, imej terbabit tersimpan dalam fikiran lelaki dan akan kembali terbayang bila-bila masa.
# Namun, mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak. Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu.
Lelaki juga mahu menjadi romantik, tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri malah turut dihantui kemungkinan risiko yang memalukan.
# Isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi romantik melalui galakan dan menafsirkan semula hubungan asmara mereka.
# Lelaki amat mengambil berat penampilan isterinya. Ini tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel.
Apa yang diingini lelaki supaya si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami).
# Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui dia amat sayangkan pasangannya itu. Lelaki memang ingin memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri, tetapi mungkin isteri perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.
# Kita cenderung mengorbankan sesuatu yang lebih bermanfaat hanya kerana kesenangan yang sedikit. Lebih malang lagi apabila gaya makan makanan segera ini turut diadaptasi dalam perkahwinan.
Seperti sistem imunisasi badan akan menurun apabila terlalu bergantung kepada makanan segera, begitu juga perkahwinan menjadi hambar apabila ambil mudah dalam hal berkaitan keintiman.
Budaya makan ini mungkin menjadi analogi paling tepat untuk menggambarkan perhubungan dalam perkahwinan. Jika tubuh manusia memerlukan diet makanan berkhasiat, begitu juga perkahwinan yang memerlukan 'makanan berkhasiat' dalam meningkatkan kehangatan perkahwinan.
# Jangan biarkan rumah tangga atau perkahwinan berlalu begitu saja. Rancang masa supaya suami isteri dapat berdua-duaan. Keluar 'bertemu janji' seminggu sekali mungkin satu idea yang bagus.
Letakkan peraturan untuk tidak bercakap mengenai kerja atau hal anak ketika 'bertemu janji', sebaliknya tumpukan pada hal lebih peribadi dan impian anda berdua.
# Pujian untuk pasangan tidak harus dipandang ringan lantas jangan lupa untuk memberi pujian kepada isteri yang membasuh baju atau suami yang membereskan segala bil rumah.
# Kadangkala apabila usia perkahwinan sudah menjangkau belasan atau puluhan tahun, hubungan menempuh rintangan emosi yang mungkin memerlukan anda untuk berhenti melihat sejenak apa yang berlaku dan mula belajar menghargai satu sama lain.
#Jangan biarkan cinta dan kasih sayang terhakis kritikan yang menyentuh emosi. Sebaliknya, bina semangat masing-masing dengan saling memuji.
# Sebagaimana kita menjadikan bacaan doa sebagai amalan harian sebelum makan, begitu juga dalam perkahwinan. Sebuah perkahwinan yang disirami dengan keimanan adalah petunjuk kepada satu hubungan yang sihat secara keseluruhannya.
Sunday, May 10, 2009
Derhaka Kepada Ibu Bapa Punca Hidup Berkemelut
Sesiapa yang menderhaka terhadap ibu bapanya bakal menjerumuskan dirinya ke dalam api neraka. Firman Allah bermaksud: "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua- dua ibu bapa."� (Surah al-Ahqaaf, ayat 15) Firman-Nya lagi bermaksud: "Sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu, kaum kerabat, anak yatim, orang miskin, jiran tetangga sama ada yang dekat atau yang jauh, rakan karib dan ibnu sabil, serta hamba sahaya."� (Surah an-Nisa, ayat 36) Jelas, betapa pentingnya setiap anak menghormati ibu bapanya.
Sesiapa yang derhaka terhadap ibu bapanya, maka Allah memberi balasan azab di dunia lagi. Rasulullah menjelaskan orang yang tidak menghormati orang tua sebagai bukan daripada golongan Muslim. Sabda Rasulullah bermaksud: "Bukanlah daripada golongan kamu, sesiapa yang tidak menghormati orang tua kami dan tidak pula mengasihi anak kecil kami."� (Hadis riwayat Tabrani). Hadis itu menjelaskan 'tidak menghormati orang tua' sudah dianggap boleh bukan daripada golongan Muslim.
Apa lagi jika tidak menghormati orang tua yang menjadi ibu bapa sendiri. Kini menular gejala anak menganggap satu beban terpaksa menjaga atau melayan kerenah ibu bapa atau salah seorangnya. Tidak kurang juga kes anak menjadikan ibu atau bapa tidak ubah seperti orang gaji. Menyakiti hati ibu bapa satu dosa besar. Apatah lagi dalam kes yang mana anak melakukan perbuatan yang mencederakan fizikal ibu bapa.
Undang-undang manusia juga melarang sebarang perbuatan mencederakan fizikal terhadap seseorang. Hukuman daripada Allah tentulah lagi besar menanti di akhirat. Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat berkat dalam kehidupan. Perhatikan nasib mereka yang membelakangi ibu bapa dalam kehidupan. Biarpun, secara luaran nampak ceria dan berjaya, hakikatnya mereka dalam pembalasan daripada Allah. Pelbagai bentuk pembalasan daripada Allah diperlihatkan kepada anak derhaka.
Kemelut kehidupan yang dihadapi kebanyakan manusia sekarang berpunca daripada menderhaka kepada ibu bapa. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. Sabda Rasulullah bermaksud: "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia adalah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa."� (Hadis riwayat at-Tirmizi) Allah bukan saja melarang melakukan perbuatan yang secara nyata menyakiti hati dan fizikal ibu bapa, bahkan menyebut perkataan 'kasar' juga ditegah. Allah memerintahkan agar anak bercakap dengan bahasa yang baik dengan ibu bapa.
Firman Allah bermaksud: "Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata 'ah' terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut."� (Surah al-Isra, ayat 23).
Kewajipan anak terhadap ibu bapa berterusan biarpun ibu bapa sudah lama meninggal dunia. Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud: "Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya."� (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah). Sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang memiliki anak yang salih yang memberikan balasan kebaikan kepadanya biarpun sesudah meninggal dunia. Anak salih adalah kebaikan yang tidak putus-putus pahalanya. Sabda Rasulullah bermaksud: "Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang salih yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya."� (Hadis riwayat Muslim).
Thursday, April 30, 2009
Exercise Myths: 6 Ab Mistakes That Are Holding You Back
Why: Abs need rest and recovery: It's only during rest that your muscles build. "Three to five days a week of consistent, dedicated abdominal training should get you strong, sleek abs," says Kathy Kaehler, trainer and author of Kathy Kaehler's Celebrity Workouts.
2. Myth: A good ab workout takes half an hour.
Why: "If it takes you that long to feel them working, you're doing something wrong," says Kaehler. "I trained Jennifer Aniston about three days a week, and we did no more than five minutes of abs each time." Check your form, don't use momentum and focus on quality rather than quantity.
3. Myth: Super-slow crunches make you stronger.
Why: Taking as much as a minute per crunch doesn't make you stronger than regular crunches do. In fact, ultra-slow ab work is less effective. Ideally, your workout should help you do everything better, from kickboxing to picking up a suitcase - neither of which you do in slo-mo.
4. Myth: The best time to train your abs is at the end of your workout.
Why: "It makes no physiological difference when you train abs, it only matters that you do it consistently," says abs researcher and physical therapist Gilbert Willett, M.S., associate professor at the University of Nebraska Medical Center. So the best time to work them is simply whenever you're most likely to do it. "But if you do abs at the beginning of your workout, make sure you warm up first. Getting blood moving prevents many types of injuries during a workout."
5. Myth: You can't get a six-pack by doing Pilates.
Why: "Pilates exercises your core, so if you practice it regularly and combine it with diet and cardio, it can give you a six-pack," says Kimberly Lyons, a personal trainer in L.A. But Pilates isn't a six-pack guarantee. "How your abs look has a lot to do with your genes, how lean you are, how long your torso is and how tall you are."
6. Myth: You won't get firm without a weight machine.
Why: You don't need weights to build sleek and sexy abs, although some competitive athletes do use them to build extra strength. "Many weighted ab machines aren't designed for women," says Lyons. "If you don't fit into the machine properly, you might stress your body in the wrong spot." Her advice: Stick to the floor - it's cheap, effective and available everywhere.
source : yahoo