Thursday, March 30, 2006

Kerugian Bagi Wanita Yang Menolak Perkahwinan

Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari
ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya
ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat
kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah
dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada
hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang
tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang
tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas
dan kerjaya masing-masing.

Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang
tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana
tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh
dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang,
terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan
alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja
berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan
masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak
ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan
fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan
sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling
memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan
positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih
hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat.
Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap
jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan
mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di
akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih
banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu
syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan
anak-anak.

Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli
syurga di akhirat.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah: "Sekiranya seorang wanita dapat melakukan
empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga
maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia
kehendaki."

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat
mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun
ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin
tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan
mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan
redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia
akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan
Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air
susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan
diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh
kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan
daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000
pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang
tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat
tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela
dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi
wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.


Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita
yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu
berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu
wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang
dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut
telah berkahwin.

Sabda Rasulullah saw: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama
dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan
kebinasaan.

Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab
baginda, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)." Begitulah
besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk
keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita
hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah
memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang
isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini
tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia
telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah
naungan suami.

Oleh : Mcik Ptd Ltd

ADAB BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN SUAMI

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri.
Hanya isteri-isteri yang menderhakaisuami sahaja menganggap keulangannya
suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab.
Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap
sedemikian.Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai
penenang dan penyerirumahtangga.

Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengansuami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan
suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka Sikap
suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan
lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan
rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di
atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke
rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami
dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita
tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya
selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya.Bila dia
menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar,jangan cepat merajuk.
Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan.
Cuba kita perhatikan
perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak
kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja
dihentak-hentakkan kaki meraung
sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan
(jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).Pilihlah hari-hari yang
terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak.Bangun
segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak
mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.Jangan isteri
buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak
taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera
isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah
kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila
seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk
lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang
mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak
menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera
dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu
kelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan
melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan
berasa
bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya,
sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan
seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi.
Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan
tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah
minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukanlah kehendak
suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin
dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih.
Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap
isteri kecualilah jika uami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita
hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan
beri
dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya.Siapa tahu mungkin wang itu
amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan
kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat
apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan
bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi
kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami
berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian
supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.
Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami
isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia
minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman
panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos
supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalauboleh sediakan
kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,apam
ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli
makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin
kebersihannya.


Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan
keluargasuami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di
atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di
sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah
berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan
dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang
dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.


Wassalam..

10 Fitrah Manusia Cantik

1. Membetulkan misai. Lelaki yang menyimpan misai harus memastikannya dalam keadaan terurus dan digunting apabila perlu agar ia sentiasa kelihatan kemas dan bersih. Jika perempuan tumbuh misai, maka wajiblah dibuang.

2. Menjaga janggut. Menyimpan janggut adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Bagaimana pun, dalam masa yang sama ia mesti dijaga rapi.

3. Memendekkan kuku. Segala kotoran tidak melekat serta memudahkan air sembahyang sampai ke celah-celah kuku jika ia dipendekkan.

4. Membersihkan sendi tangan. Memastikan celah-celah jari serta tangan sentiasa digosok dan dibersihkan sebagaimana yang dianjurkan semasa mengambil wuduk.

5. Membersihkan sendi kaki. ia boleh dilakukan semasa mengambil wuduk atau semasa mandi.

6. Kebersihan hidung. Dengan beristinsyaq atau menyedut air ke dalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersih, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung.

7. Mencabut dan membersihkan bulu ketiak. Islam tidak menggalakkannya dicukur kerana ia akan menyebabkan bulu ketiak cepat tumbuh dan lebih kasar.

8. Kebersihan mulut. Dengan menggosok gigi atau bersiwak ketika berwuduk, sebelum solat, ketika mulut berbau, ketika masuk rumah, bangun tidur dan ketika hendak belajar.

9. Mencukur bulu ari-ari. Islam tidak menggalakkan dicabut kerana akan mengendurkan otot-otot di sekitarnya.

10. Mencebuk air. (mandi dan membasuh bahagian sulit). Wanita diwajibkan berdehem semasa membuang air kecil agar ia tidak bersisa.

Isteri Cantik Jelita, Suami Tak Hensem

" SEWAKTU dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur bulan lalu, saya
berbual dengan penumpang di sebelah yang memperkenalkan diri sebagai V.
Manis orangnya dengan tahi lalat macam Siti Nurhaliza. Ketawanya nyaring
dan bertambah nyaring bila berbual tentang suami. V sudah berkahwin dan
katanya, " I tak pernah bayangkan akan mengahwini dia."

>Saya renung wajahnya dengan dahi berkerut. Mengapa?
>
>"Dia bukan cita rasa saya. Saya selalu angan-angan mengahwini seorang
doktor. Tapi dia.. emm... guru. Sudahlah tidak berapa tinggi, tidak
berapa kacak dan perut pun tidak berapa ramping."
>
>"Tapi sudah tiga tahun kahwin, sudah ada anak seorang, saya tahu sampai
mati pun saya akan cintai dia seorang saja,"
>
>Saya rumuskan begini: tidak berapa tinggi - pendek @ katek, tidak
berapa kacak - hodoh @ tidak sedap mata memandang, dan perut tidak
berapa ramping
>- gendut @ buncit. Saya hanya senyum sendiri. Kata Harvilee Hendrix
penulis buku "Getting the love you want" cinta romantis menyuburkan
fantasi juga kejahilan dan ia tidak sesuai untuk tempoh jangka masa
panjang.
>
>Jadi, jika anda sedang mencari-cari pasangan, jangan terlalu banyak
bermimpi. Sila lupakan gabungan lima kriteria utama ini dan berpijaklah
di bumi nyata.
>
>1. Lelaki kacak dengan badan atlit - jika anda tertarik pada lelaki
kerana kecantikan fizikalnya, oh.. Anda harus meminta dia berusaha keras
mengekalkannya hingga hujung usia. Paling penting, lelaki yang
menghabiskan masa di gym dan mengambil makanan tambahan untuk kecantikan
tubuh tentu saja tidak akan memaafkan anda, jika anda terlebih berat
(terutama selepas
>bersalin) atau baju terlebih saiz.
>
>2. Lelaki macho dengan gaya unggul - terpesona kerana kekemasan dan
ketrampilannya? Baca ini, "saya tahu dia seorang peguam dan menghabiskan
banyak masa untuk kelihatan mempersona dan berwibawa tapi adilkah jika
dia melepaskan peluang bercuti sekeluarga untuk membeli suit baru
sedangkan semuanya sama saja pada saya, hitam dan putih! Maaf ya,
nampaknya koleksi dalam almari lebih penting dari anda.
>
>3. Kerjaya prestij - kerja hebat dengan gaji mantap. Emm... tentu saja
kerjaya akan didahulukan daripada anda. Apa yang akan terjadi, dari
urusan bil air api, susu anak, yuran sekolah anak hinggalah hutang
kereta, anda yang akan selesaikan, jadilah anda superwomen! Lelaki yang
mampu fokus kepada kerja tapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan
anda walaupun dia tidak berbadan atlit, tidak bergaya adalah lebih
berbaloi.
>
>4. Kereta mewah menjalar - pasti punggung terasa mengembang duduk di
sebelah jejaka kacak dengan kereta mewah hingga rambut pun kusut masai
meredah angin. Lelaki selalu menjadikan kereta isteri nombor satu
terutama jika dia memandu kereta dengan dua tempat duduk adalah lelaki
yang selalu mengaitkan kereta dengan kelelakian. Mampukah nanti dia
menukar kereta dua tempat duduk atau kereta yang sudah diubahsuai ribuan
ringgit menjadi kereta keluarga dan membawa anak-anak yang tentu saja
akan mengotor dan menghenyak-henyak kerusi empuk?
>
>5. Datang dari keluarga sempurna - lelaki yang sempurna mesti datang
dari keluarga sempurna. Maksudnya, dia dan semua adik beradiknya graduan
universiti. Masing-masing berjawatan hebat, dari kalangan datuk-datin,
tan
>sri- puan sri, mesra dan sejahtera sepanjang masa. Walau siapa pun
kita, sesekali berkocak juga hubungan keluarga. Abang Ngah mungkin tidak
mesra dengan abang Chik. Dia pula anak kesayangan yang dicemburui. Itu
bukan luar biasa dan itu bukan tanda dia tidak mampu jadi suami yang
baik.
>
>Perkahwinan bukan untuk sehari tapi hingga jasad tertanam. Carilah yang
sesuai di hati, jangan hipokrasi... paling utama cerminlah diri sendiri.
>Bak lirik lagu popular, jangan kau harap jangan kau mimpi..."

8C SEBAB SUAMI BENCI ISTERI

Oleh : Dr Fadillah Kamsah

C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar
terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar
lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata
"Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR
SUAMI... nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata...

C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu
langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim
tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan
(isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada
mertua...


C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih
kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas
cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah
wanita itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta
tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek
dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak
nampak yg comel2 aje... Ada isteri kata - mekap untuk suami,tapi kat rumah
tak praktik pun.


C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu
hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan
mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami
lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan... sikit2 dok telefon suami kat
tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik
lewat overtime dah syak yg bukan2...


C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal
percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya
kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak
ada air-cond aje.


C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak
cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga
anak...anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi....


C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia
melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada
masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan
membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.


8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran
tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa &
lalai... ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan
sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.Renungkanlah.....

10 tabiat merosakkan kepala otak korang smua..termasuk aku skali..heheh

1. Tidak mengambil sarapan pagi


- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah
akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi
pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental
otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan
boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein
dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak
yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran
udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan
keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang
panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih
banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan
kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang
sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak
dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya
berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu,
perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak
kita.


Sesungguhnya kita kenalah rajinkan sikit kepala otak kita biar jangan
jadi 'biol'kan... heheh enjoy anyway...

SEBELUM vs SELEPAS...

sebelum kawin kupandang macam brad pitt,
lepas kawin kupandang macam katak tersepit...
sebelum kawin suaranya macam jamal abdillah,
lepas kawin suaranya macam hamid gurkha ...
maka benarlah cinta itu buta...

sebelum kawin makan dia sorang bayar,
lepas kawin makan sama-sama bayar...
sebelum kawin minum satu straw,
lepas kawin 'aku punya jangan kacau'!
maka benarlah cinta itu buta...

sebelum kawin janji kul 9 kul 8 dah muncul,
lepas kawin janji kul 9 pukul 10 tak muncul2...
sebelum kawin keluar makan pegang tangan...
lepas kawin satu jalan belakang satu jalan depan...
maka benarlah cinta itu buta...

sebelum kawin hari-hari gayut kat tiang talipon,
lepas kawin ada handphone pun malas nak tipon...
sebelum kawin nak ke ladies pun sanggup temankan,
lepas kawin nak gi shopping, ' drive la sendiri'!
maka benarlah cinta itu buta...

sebelum kawin, 'apalah gunanya i idup kalau u tiada'...
lepas kawin, 'apalah gunaya idup kalau i tak cari lain...'

MORAL : CINTA ORANG BUTA LEBIH INDAH SEBAB MEREKA AKAN SENTIASA BERPEGANGAN TANGAN TAK KIRA DIMANA,TAK AKAN SEKALI-KALI MEMBANDINGKAN WAJAH PASANGANNYA DENGAN WAJAH ORANG LAIN,
TAK PERLU RAMBANG MATA BERSHOPPING, TAK PERLU BERGAYUT KAT TIANG TALIPON DAN 99.99% TAK CURANG... ITULAH KENAPA ORANG ISTIMEWA NI LEBIH GEMBIRA DARI MEREKA YANG TAK ISTIMEWA....


karya asal : Dininie Nishda

76 Petua Ilmiah Memenangi Hati Wanita

1. Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.
2. Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.
3. Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.
4. Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.
5. Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.
6. Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.
7. Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu, jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang dia hendak buat.
8. Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.
9. Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.
10. Akui perasaannya bila dia merasa marah.
11. Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.
12. Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.
13. Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.
14. Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.
15. Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya 'Saya kasihan awak tersinggung'. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung. Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.
16. Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar, katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.
17. Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah, bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.
18. Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.
19. Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku, majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.
20. Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih. Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.
21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.
22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.
23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.
24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.
25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.
26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.
27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.
28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.
29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.
30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.
31. Basuhkan kereta yang dipakainya.
32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.
33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.
34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.
35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.
36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.
37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.
38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.
39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.
40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.
41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.
42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.
43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.
44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.
45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.
46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.
47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.
48. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.
49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.
50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.
51. Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terialu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.
52. Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti 'Awak nampaknya gembira hari ini' atau 'Awak nampak letih' dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.
53. Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.
54. Solat bersama dan berdoa bersama.
55. Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.
56. Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.
57. Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.
58. Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.
59. Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.
60. Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.
61. Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.
62. Bila dia memasak, pujilah masakannya.
63. Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan 'Betul kata awak'. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.
64. Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.
65. Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.
66. Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.
67. Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.
68. Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.
69. Rancanglah untuk makan angin bersamanya.
70. Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.
71. Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.
72. Belikan untuknya makanan yang dia gemari.
73. Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.
74. Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untu membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya.
75. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.
76. Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.

10 sikap wanita yang disukai lelaki

sekadar renungan buat kita semua...(aku tak minat sgt nak tulis sendiri bende2 gini..ni ambil dari tempat lain)...:)

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatlelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik
kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua
dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

100 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasud dan iri atas kesuksesan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksesan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambisius akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah dan di masjid;
25. Biasakan solat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi fikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
42. Berlakulah adil dalam segala urusan;
43. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
45. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
46. Perbanyak silaturahim;
47. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
48. Bicaralah secukupnya;
49. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
50. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
51. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
52. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin;
53. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
54. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
55. Hormatilah kepada guru dan ulama;
56. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
57. Cintai keluarga Nabi saw;
58. Jangan terlalu banyak hutang;
59. Jangan terlampau mudah berjanji;
60. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
61. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bersembang pada perkara yang tidak berguna;
62. Bergaullah dengan orang-orang soleh;
63. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
64. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
65. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
66. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
67. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendirian;
68. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
69. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan;
70. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapat kesulitan;
71. Jangan melukai hati orang lain;
72. Jangan membiasakan berkata dusta;
73. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
74. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
75. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
76. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita;
77. Jangan membuka aib orang lain;
78. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih
berprestasi dari kita;
79. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
80. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
81. Jangan merendah diri kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya;
82. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama, bangsa dan negara;
83. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
84. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
85. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
86. Hargai prestasi dan pemberian orang;
87. Jangan habiskan waktu untuk sekadar hiburan dan kesenangan;
88. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan;
89. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
90. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizik atau mental kita menjadi terganggu;
91. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
92. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
93. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu,dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
94. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita, sebelum dipastikan kebenarannya;
95. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
96. Sambutlah uluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
97. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang di luar kemampuan diri;
98. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan.Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
99. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan;
100. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang;

Kuatnya seorang IBU...

Tersebut al-kisah..seorang suami yang begitu mencintai isterinya. Maklumlah kan, baru kawin, cinta masih segar, kasih masih wangi..sewangi-wanginya. Setelah memadu kasih, maka isterinya yang tercinta pun mengandunglah.

Setelah sarat mengandung, maka terbitlah rasa kesian dan simpati teramat sangat melihatkan kepayahan isterinya. Dirasakan tidak termampu isterinya membawa kandungan perutnya yang memboyot, tambahan lah isterinya berbody kecil.

Si Suami yang kebetulannya seorang ahli sukan bina badan cubalah membayangkan berat kandungan isterinya yang perlu dibawa selama sembilan bulan itu. A''arghh..*****a seberat lima kilogram aje...kata hati si-suami tu. Seberat sekampit beras saiz kecik.

Maka, suami itupun berjumpalah dengan seorang bomoh dengan niat supaya dipindahkan sakit bersalin isterinya itu ke kakinya..maklumlaa..ahli bina badan. Dengan izin Allah, pada tibalah hari isterinya mengalami tahap gesaan bersalin tahap awal. Si suami tadi, terasa seluruh otot tanganya menyentap2 sakit, kejang yang amat sakit, tak tertanggung olehnya. Tidak pernah rasa sakit yang sebegitu. Maka berjumpalah semula suami itu dengn bomoh, supaya dipindah dan dialihkan sakit itu kepada isterinya.

Hairanlah suami melihat isterinya masih boleh bertenang menghadapi kesakitan itu. Itu baru contraction awal, belom bersalin lagi. Hairan betul melihat isterinya masih boleh tersenyum sejurus melihat baby nya selamat dilahirkan.

Kini barulah ia sedar wanita merupakan orang yang paling kuat menahan sakit besalin, yang merupakan sakit kedua azab selepas sakit menghadapi sakaratul maut. Selayaknya syurga itu di bawah tapak kaki ibu....Kuatnya seorang wanita..isteri dan ibu...:)

Monday, March 27, 2006

Taubat Seorang Perempuan Buta

Saleh Al-Muri bercerita, bahawa dia pernah melihat seorang perempuan tua memakai baju kasar di Mihrab Daud Alaihissalam. Perempuan yang telah buta matanya itu sedang mengerjakan sholat sambil menangis terisak-isak. Setelah selesai solat dia mengangkat wajahnya ke langit dan berdoa:

"Wahai Tuhan, Engkaulah tempatku memohon dan Pelindungku dalam hidup. Engkaulah penjamin dan pembimbingku dalam mati. Wahai Yang Maha Mengetahui perkara yang tersembunyi dan rahasia, serta setiap getaran batin tidak ada Rabb bagiku selain Engkau yang kuharap dapat terhindar bencana yang dahsyat."

Saleh Al-Muri memberi salam kepada perempuan tersebut dan bertanya: "Wahai Ukhti! Apa yang menyebabkan hilangnya penglihatanmu?"

"Tangisku yang disebabkan sedihnya hatiku kerana terlalu banyaknya maksiatku kepada-Nya, dan terlalu sedikitnya ingatan dan pengabdianku kepada-Nya. Jika Dia mengampunkan aku dan menggantinya di akhirat nanti, adalah lebih baik dari kedua-dua mataku ini. Jika Dia tidak mengampunkan aku, buat apa mata di dunia tetapi akan dibakar di neraka nanti." Kata perempuan tua itu.

Saleh pun ikut menangis kerana sangat terharu mendengar hujjah wanita yang mengharukan itu.

"Wahai Saleh! Sudikah kiranya engkau membacakan sesuatu dari ayat Al-Quran untukku. Kerana aku sudah sangat rindu kepadanya." Pinta perempuan itu.

Lalu Saleh membacakan ayat yang ertinya:
"Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya." (Al-An'am: 91)

"Wahai Saleh, siapakah yang berkhidmat kepada-Nya dengan sebenarnya?" Kata perempuan itu lalu menjerit kuat-kuat dengan jeritan yang boleh menggoncangkan hati orang yang mendengarnya. Dia jatuh ke bumi dan meninggal dunia seketika itu juga.

Pada suatu malam Saleh Al-Muri bermimpi berjumpa dengan perempuan tua itu dalam keadaan memakai baju yang sangat bagus. Dalam mimpi tersebut Saleh bertanya: "Bagaimana keadaanmu sekarang?"

Perempuan itu menjawab: "Alhamdulillah sangat baik, sebaik saat rohku dicabut. Aku didudukkan di hadapan-Nya dan berkata: "Selamat datang wahai orang yang meninggal akibat terlalu sedih kerana merasa sedikitnya khidmatnya kepada-Ku."

Why Are Men Happier?

Men Are Just Happier People.What do you expect from such simple creatures?

Your last name stays put .

The garage is all yours.

Wedding plans take care of themselves.

Chocolate is just another snack.

You can be President.

You can never be pregnant.

You can wear a white T-shirt to a water park. You can wear NO shirt to a water park.

Car mechanics tell you the truth.

The world is your urinal.

You never have to drive to another gas station restroom because this one is just too icky.

You don't have to stop and think of which way to turn a nut on a bolt.

Same work, more pay.

Wrinkles add character.

Wedding dress $5000. Tux rental-$100.

People never stare at your chest when you're talking to them.

The occasional well-rendered belch is practically expected.

New shoes don't cut, blister, or mangle your feet.

One mood all the time.

Phone conversations are over in 30 seconds flat.

You know stuff about tanks.

A five-day vacation requires only one suitcase.

You can open all your own jars.

You get extra credit for the slightest act of thoughtfulness.

If someone forgets to invite you, he or she can still be your friend.

Your underwear is $8.95 for a three-pack.

Three pairs of shoes are more than enough.

You almost never have strap problems in public.

You are unable to see wrinkles in your clothes.

Everything on your face stays its original color.

The same hairstyle lasts for years, maybe decades.

You only have to shave your face and neck.

You can play with toys all your life.

Your belly usually hides your big hips.

One wallet and one pair of shoes. One color for all seasons.

You can wear shorts no matter how your legs look!

You can "do" your nails with a pocket knife.

You have freedom of choice concerning growing a mustache.

You can do Christmas shopping for 25 relatives on December 24 in 25 minutes.

You don't freakout when you go to a party and see another man wearing the same shirt, instead you become buddies.


No WONDER men are happier..

Send this to the women who can handle it, and to the men who will enjoy reading it.

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban
daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional
dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam
sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali
kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam
dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini
didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya,
khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan
genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran
dan kekuatan daya ingatan :


1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya
sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat",
dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan
keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,
antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental
individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti
kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium),
kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan
kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal,
hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati
penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja
otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi
memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab
dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah
seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan
tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu
keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam
kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak,
protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati
kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah
s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal,
memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik
untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar.
Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah
s.a.w.

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang
lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium,
kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi,
air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang
nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t
memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning,
berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau
dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus
dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan
fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau-limau jenis lain juga elok untuk
diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah
delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40
hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia
mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif
untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat
popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati
dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh
dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat
pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya
berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a
meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat
meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan
bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan
lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan
kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan
amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di
Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai
runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w.,
"Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika
kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana
ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Berzina dengan IKHLAS...ada ke??

Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada dari Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya.

Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

Jawapan dari. Danial Zainal Abidin
Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas…..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223)

Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar ada Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia – Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia – Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya.

Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.

Kaum Lut hancur kerananya.
Kota Pompei hancur kerananya.
Empayar Rom juga hancur keranannya.
Justeru, kembalilah ke pangkal jalan.
(Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)

Nukilan dari. Danial bin Zainal Abidin
(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)
Doktor Perubatan,
Pengarah Urusan Danial Zainal Consultancy,
Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang),
Penulis 8 buah buku,
Kolumnis Majalah I terbitan Karangkraf,
Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa,
Imam Waris Beradat Pertubuhan Seni Silat Gayung
Pendakwah Bebas dan Khatib Jemputan dan
Bapa 8 Orang Anak (3 Belia 4 Remaja dan 1 Tadika)

Friday, March 24, 2006

Rezeki Melalui Perkahwinan...

Berkahwin atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. Manakala sunnah itu sendiri merupakan satu amalan yang dijanjikan balasan pahala terhadap orang yang melakukannya. Sabda Baginda yang bermaksud: "Perkahwinan itu sunnahku. Sesiapa yang menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku." (Riwayat Bukhari) Hari ini sering kita melihat bahawa sesuatu perkahwinan itu menjadi perkara yang rumit dan menyusahkan. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Ramai di antara kita yang beranggapan untuk berkahwin memerlukan kenderaan, memiliki rumah besar, wang yang banyak dan sebagainya. Cuba kita renungkan dan mengambil iktibar dari kisah yang berlaku lebih kurang 1,400 tahun dahulu yang boleh kita jadikan panduan hidup ini. Insya Allah.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah didatangi oleh seorang lelaki. Lelaki ini mengaku dirinya seorang yang miskin. Kemudian ia meminta jalan keluar agar terlepas dari belengu kemiskinan. Tanpa berlenggah lagi, Rasulullah SAW terus menyuruh lelaki tersebut supaya berkahwin. Lelaki tersebut sangat gembira dengan saranan yang diberikan Rasulullah. Dengan keyakinan yang mantap, akhirnya lelaki itu berkahwin. Setelah sekian lama berkahwin, lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan nasibnya, "Ya Rasulullah! Aku telah pun berkahwin, tetapi masih dalam keadaan miskin. Apa yang harus aku lakukan wahai Rasulullah?". "Kahwin lagi," jawab Rasulullah singkat. Si lelaki tersebut tidak banyak bertanya. Beliau mempercayai Rasulullah SAW sepenuhnya kerana tidak mungkin Rasulullah mahu menipu umatnya. Akhirnya lelaki itu berkahwin lagi dengan gadis lain. Namun beberapa waktu kemudian lelaki itu datang lagi kepada Rasulullah dan mengadukan masalahnya : "Wahai Rasulullah, isteriku sudah dua pun dua orang, tapi aku masih tetap miskin, bagaimana ya Rasulullah... ?" keluh lelaki itu. "Kahwinlah lagi," jawab Rasulullah singkat. Hati lelaki itu berasa senang apabila mendengar jawapan Rasulullah. Kemudian beliau berkahwin buat kali ketiga. Namun setelah beberapa lama, keadaan tetap juga belum berubah. Mulanya ia berasa malu untuk mengadu kepada Rasulullah, tapi apakan daya ia masih tetap miskin. Dengan berat hati, beliau menemui Rasulullah dan menyampaikan masalahnya. "Wahai Rasulullah, engkau telah menyuruhku menikah untuk ketiga kalinya, tapi aku tetap miskin. Sekarang apa yang harus aku lakukan? ", adu lelaki itu. "Berkahwinlah lagi,"kata Rasulullah. Akhirnya si lelaki itu menikah buat kali keempat. Ternyata benarlah segala kata-kata Rasulullah. Ternyata isteri keempatnya ini membawa keberkatan perkahwinan di dalam kehidupannya. Dengan kepandaiannya menenun, ia mengajar kemahiran tersebut kepada ketiga-tiga madunya. Akhirnya usaha tersebut mendatangkan keuntungan dan kekayaan. Perusahaan industrinya semakin maju dan mampu mencukupi keperluan rumahtangga lelaki itu serta isteri-isterinya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Carilah rezeki dengan menikah" (Riwayat Ibnu Abbas) Firman Allah SWT yang bermaksud: " Dan kahwinilah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32) Dengan mengambil iktibar dan teladan dari kisah di atas, Insya Allah jika niat kita ikhlas dan murni serta tujuan berkahwin itu kerana Allah, tidak mustahil segala gejala-gejala sosial dapat dihindarkan. Hai insan yang alpa Kehinaan bagi mu Kebanggaan bagi ku..

Wednesday, March 01, 2006

lama menyepi

assalamualaikum...
lama tuk tak tulis apa2 kat blogspot aku ni...nak buat cam ne sibuk giler la...ngan test, assignment and projek aku yang masih tak siap2..tunggu reader tak sampai2 sampai sekarng...tak kan dia hantar ngan keretapi arang batu dari UK...hahahah....
tak pelah..sabar.
apa lagi nak tulis?
nanti aku upload video2 yang lagi menarik untuk ditonton..nantikan..skrg ni dalam proses editing video2 tu..
ok..
apa2 pun, selamat berjaya kepada kawan2 semua..terutamanya yang akan graduate semester ni..buat projek baik2..hahah..tinggal 2 bulan lagi kat UTM ni...:(...