" SEWAKTU dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur bulan lalu, saya
berbual dengan penumpang di sebelah yang memperkenalkan diri sebagai V.
Manis orangnya dengan tahi lalat macam Siti Nurhaliza. Ketawanya nyaring
dan bertambah nyaring bila berbual tentang suami. V sudah berkahwin dan
katanya, " I tak pernah bayangkan akan mengahwini dia."
>Saya renung wajahnya dengan dahi berkerut. Mengapa?
>
>"Dia bukan cita rasa saya. Saya selalu angan-angan mengahwini seorang
doktor. Tapi dia.. emm... guru. Sudahlah tidak berapa tinggi, tidak
berapa kacak dan perut pun tidak berapa ramping."
>
>"Tapi sudah tiga tahun kahwin, sudah ada anak seorang, saya tahu sampai
mati pun saya akan cintai dia seorang saja,"
>
>Saya rumuskan begini: tidak berapa tinggi - pendek @ katek, tidak
berapa kacak - hodoh @ tidak sedap mata memandang, dan perut tidak
berapa ramping
>- gendut @ buncit. Saya hanya senyum sendiri. Kata Harvilee Hendrix
penulis buku "Getting the love you want" cinta romantis menyuburkan
fantasi juga kejahilan dan ia tidak sesuai untuk tempoh jangka masa
panjang.
>
>Jadi, jika anda sedang mencari-cari pasangan, jangan terlalu banyak
bermimpi. Sila lupakan gabungan lima kriteria utama ini dan berpijaklah
di bumi nyata.
>
>1. Lelaki kacak dengan badan atlit - jika anda tertarik pada lelaki
kerana kecantikan fizikalnya, oh.. Anda harus meminta dia berusaha keras
mengekalkannya hingga hujung usia. Paling penting, lelaki yang
menghabiskan masa di gym dan mengambil makanan tambahan untuk kecantikan
tubuh tentu saja tidak akan memaafkan anda, jika anda terlebih berat
(terutama selepas
>bersalin) atau baju terlebih saiz.
>
>2. Lelaki macho dengan gaya unggul - terpesona kerana kekemasan dan
ketrampilannya? Baca ini, "saya tahu dia seorang peguam dan menghabiskan
banyak masa untuk kelihatan mempersona dan berwibawa tapi adilkah jika
dia melepaskan peluang bercuti sekeluarga untuk membeli suit baru
sedangkan semuanya sama saja pada saya, hitam dan putih! Maaf ya,
nampaknya koleksi dalam almari lebih penting dari anda.
>
>3. Kerjaya prestij - kerja hebat dengan gaji mantap. Emm... tentu saja
kerjaya akan didahulukan daripada anda. Apa yang akan terjadi, dari
urusan bil air api, susu anak, yuran sekolah anak hinggalah hutang
kereta, anda yang akan selesaikan, jadilah anda superwomen! Lelaki yang
mampu fokus kepada kerja tapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan
anda walaupun dia tidak berbadan atlit, tidak bergaya adalah lebih
berbaloi.
>
>4. Kereta mewah menjalar - pasti punggung terasa mengembang duduk di
sebelah jejaka kacak dengan kereta mewah hingga rambut pun kusut masai
meredah angin. Lelaki selalu menjadikan kereta isteri nombor satu
terutama jika dia memandu kereta dengan dua tempat duduk adalah lelaki
yang selalu mengaitkan kereta dengan kelelakian. Mampukah nanti dia
menukar kereta dua tempat duduk atau kereta yang sudah diubahsuai ribuan
ringgit menjadi kereta keluarga dan membawa anak-anak yang tentu saja
akan mengotor dan menghenyak-henyak kerusi empuk?
>
>5. Datang dari keluarga sempurna - lelaki yang sempurna mesti datang
dari keluarga sempurna. Maksudnya, dia dan semua adik beradiknya graduan
universiti. Masing-masing berjawatan hebat, dari kalangan datuk-datin,
tan
>sri- puan sri, mesra dan sejahtera sepanjang masa. Walau siapa pun
kita, sesekali berkocak juga hubungan keluarga. Abang Ngah mungkin tidak
mesra dengan abang Chik. Dia pula anak kesayangan yang dicemburui. Itu
bukan luar biasa dan itu bukan tanda dia tidak mampu jadi suami yang
baik.
>
>Perkahwinan bukan untuk sehari tapi hingga jasad tertanam. Carilah yang
sesuai di hati, jangan hipokrasi... paling utama cerminlah diri sendiri.
>Bak lirik lagu popular, jangan kau harap jangan kau mimpi..."
3 comments:
tak hensem tak pe, janji hati baik..mana tau nanti dapat anak handsome& cantik..gabungan bini yang cantik dan husband yang tak handsome...
hahaha
abis tu org yg posting nih camne plakk?? ;)
orang yang posting ni tak handsome kot..syukur la kalau dia dapat bini yang cantik dan pandai jaga suami dia..tak tau dah ada calon ke tidak ya..cam kat siti, Biarlah rahsia...
Post a Comment