Tuesday, August 08, 2006

Akal jangan dibiarkan bersendirian

Akal jangan dibiarkan bersendirian kerana ia adalah ciptaan Tuhan. Setiap ciptaan Tuhan mestilah berhadapan dengan
kekurangan dan kelemahannya.

Akal adalah makhluk rohani yang mempunyai sifat-sifat
kekurangan. Hendaklah dia diberi kekuatan. Kekuatannya mestilah dia bersandar dengan Tuhan jangan bersendirian.

Akal adalah guru diri manusia. Dia adalah penyuluh jalan kehidupan dunia dan Akhirat bagi insan. Pemandu hidup manusia di mayapada Tuhan.

Akal mestilah dipimpin oleh Tuhan dan dipandu oleh wahyu Tuhan. Dia tidak mempunyai kekuatan jika bersendirian.
Cuma manusia sahaja rasa akal ada kekuatan. Jika dia bersendirian memimpin diri manusia, mesti tersesat jalan
Tersesat jalan risikonya amat mengancam kehidupan insan.

Bukan sahaja padahnya diterima di dunia bahkan bersambung di Akhirat kelak dengan azab Tuhan. Akal di dalam diri memimpin diri manusia, dia mestilah dipimpin oleh Tuhan. Pemimpin di dalam pimpinan-Nya iaitu Tuhan agar dia memimpin manusia tidak tersesat jalan. Kerana itulah apabila dikatakan gunakanlah akal. Bukan ertinya menggunakan akal yang bersendirian.

Menggunakan akal yang dipandu oleh Tuhan, itulah yang
dimaksudkan. Bukan dia memimpin bersendirian tanpa Tuhan. Setiap manusia haraplah ambil perhatian. Jika manusia mahu selamat di atas jalan keselamatan.

2 comments:

Anonymous said...

"Akai ada? Hang punya akai hang letak kat lutut ka?" - ayat yang biasa aku dengar masa sekolah dulu.

Amacam life? Busy?

Anonymous said...

hahaha..ingat lagi hang..biasa sapa yg sebut?cikgu Hamid ke?hahah...life dah start busy beb..report pun tak siap2 pagi..huhuu